Festival belon udara panas Putrajaya 2014 - tengok gambar skit.

Semalam saya sempat juga ke belon udara panas Putrajaya, walaupun saat-saat akhir dah nak tamat cuti sekolah. Bawak keluarga jalan-jalan sekali sekala ni pun bagus gak untuk kesihatan. 2-3 hari ada festival belon udara panas putrajaya, orang kata best, aku pun pegi le. Bukannya jauh pun, Subang Jaya je ke Putrajaya dekat je tuh. Selepas baca citer-citer kat blog ctfand.com dan kat blog kayyana baru aku teringat belum update lagi pasal belon udara panas nih. Harap Hot Air Ballon Festival ni ada lagi tahun depan.


Jalan pasti jem le nak cari presint 2 berdekatan monumen alaf baru tuh tempat festival ni diadakan tapi tempat parking ada.


Sebelum tengok belon udara panas, singgah Alamanda dulu makan-makan skit.


Dah nama budak perempuan, kaler-kaler kuku skit.

 

Masih kecik lagih, tapi garang dan manja

 

Main-main warna batik kat Alamanda

 

Ramainya orang nak tengok belon udara naik

 

Ini sampai ke sudah aku tunggu tak naik-naik belon bentuk motor ni

 

 Posing skit.

 

Dah naik belon uadara panas nih.

 

 

 Pekerja berusaha keras nak naikkan belon, kena tengok tiupan udara gak.

 

Paling best ni, tak sempat nak tengok belon ni naik.

13 000 Rumah mampu milik di KL

Rumah, masalah yang makin meruncing di mana bagi saya kenaikan harga rumah nih tak selari dengan kenaikkan gaji pekerja, sebab tuh lah jadi rasa macam mahal harga rumah nih. Dalam hal ini, kita kena berpijak di bumi nyata dan ukur baju di badan sendiri. Beli rumah yang kita mampu dan selesa bayar bulan-bulan. Memang semua orang nak rumah besar, tapi kalau duit tak cukup, tangguhkan dulu le hasrat tuh. Tapi ini ada satu berita baik ( kepada sesetengah orang KL ) sebab sebanyak 13,000 lagi rumah mampu milik akan dibina di kawasan strategik di sekitar Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (WPKL) bermula tahun ini.

    
Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Seri Ahmad Phesal Talib berkata, harga rumah itu dianggarkan kurang daripada RM300,000 seunit dengan keluasan binaan dalaman minimum 800 kaki persegi (243.84 meter persegi) selaras dengan usaha kerajaan memperbanyakkan perumahan mampu milik di kawasan bandar.
 

Rakyat News


"Ini rumah yang kami kira sebagai rumah mampu milik yang akan dibina di sekitar ibu kota dan dijangka siap dua tahun lagi," katanya kepada pemberita selepas merasmikan program Masyarakat Sihat Hidup Selamat di sini, hari ini.
    
Ahmad Phesal berkata projek berkenaan yang dikendalikan DBKL, Projek Perumahan Rakyat 1Malaysia dan pemaju swasta, disasarkan untuk golongan berpendapatan rendah dan sederhana.
    
Katanya DBKL juga akan membuka sebuah galeri untuk mempamerkan semua rumah mampu milik yang telah siap bagi membantu orang ramai mendapatkan informasi mengenainya.

BAGAIMANA AGAKNYA RUPA PATUNG BARBIE TANPA MEKAP DAN BENTUK BADAN TIPIKAL?

Patung barbie sering dianggap sebagai ikon kecantikan  yang ideal bagi kebanyakan wanita. Dengan bentuk badan langsing, kaki yang panjang, rambut yang menawan, mata bundar dan dagu yang runcing,  maka ramailah wanita yang memasang angan-angan dan fantasi yang alangkah baiknya jika punya rupa cantik bak patung Barbie.

Ketika bersolek misalnya, ramai wanita yang berusaha keras untuk mendapatkan hasil dan menjadikan patung yang menjadi mainan anak gadis sejak kecil ini sebagai inspirasi. Antaranya pemakaian kanta lekap berwarna ( dan memberi ilusi anak mata tampak lebih  besar), bulu mata palsu dan teknik shading. Malah bukan perkara baru dan asing lagi wanita sanggup melakukan pembedahan plastik untuk tampil seperti patung Barbie seperti Valeria Lukyanova.

sleeping beauty barbie

Namun, pernahkah anda terbayang rupa patung ini tanpa mekap? Adakah masih ideal dan cantik seperti yang diagung-agungkan?

barbie tanpa mekap

Patung Barbie yang lebih realistik dan neutral ini adalah idea seorang artis bernama Nickolay Lamm.

Selain wajah, Barbie juga sering direka dengan bentuk badan langsing dan mempunyai kaki panjang. Bagaimana pula rupa anak patung Barbie dengan badan tipikal.

real-proportions-barbie

barbie real 2

Patung Barbie hanyalah ikon kecantikan fantasi sahaja. Tidak ada manusia yang sempurna serba -serbi dan kecantikan itu tidak wajar didefinisikan sebagai kesempurnaan. Beauty is in the eyes of the beholder , setuju?

8 KESILAPAN SEMASA MENCUCI RAMBUT

1. Guna syampu yang sama

Selain terlalu kerap mencuci rambut, setia dengan  syampu yang sama juga adalah salah satu kesilapan dalam mencuci rambut. Menurut pendandan rambut Mario Rusia sekali-sekala  anda perlu menukar syampu  untuk mengelakkan pembentukan bahan tertentu (seperti silikon). Setiap beberapa bulan,tukar syampu anda dengan syampu lain tetapi masih sesuai dengan  jenis rambut anda, kata ahli kimia kosmetik Mort Westman. Menurut pendandan rambut Kimberly Kimble,  anda juga boleh menggunakan clarifying shampoo sebulan sekali.

2. Anda tidak membasahkan rambut anda secukupnya.

Tanpa air yang cukup, syampu juga tidak akan menghasilkan buih yang cukup. Akibatnya anda akan menggunakan syampu dengan lebih banyak lagi dan ini sebenarnya merupakan satu pembaziran ; pembaziran syampu dan juga pembaziran wang !

3. Anda sentiasa mula mencuci rambut  di kawasan kepala/ rambut yang sama (biasanya pada bahagian mahkota) ...

Anda mungkin perasan bahawa bahagian atas kulit kepala anda kering atau tidak stabil. Cuba selang-selikan  rutin anda dengan mula mencuci di bahagian leher anda dan edar buih ke rambut anda sebelum bergerak ke arah bahagian atas kepala anda.

4. Terlalu banyak mencipta geseran 

Untuk mengelakkan kerosakan rambut , urut kulit kepala anda dengan hujung jari , elakkan menggunakan kuku atau tapak tangan.

kesilapan dalam syampu rambut5. Bilas rambut dengan air panas 

Air panas akan membuatkan kulit kepala dan rambut anda kering. Bilaslah menggunakan air suam. Air panas juga akan menjejaskan warna rambut yang diwarnakan.

6. Tidak perlu cuci berulang kali

Dalam mencuci rambut, sekali sudah cukup. Tidak perlu cuci berulang kali dalam satu masa.

7. Anda tidak membilas secukupnya.

Ambil masa anda ketika membilas rambut untuk memastikan tidak ada sisa syampu yang tertinggal. Sisa syampu yang tertinggal kerana tidak membilas rambut dan kulit kepala sebersihnya akan membawa kepada masalah lain.

8.Guna perapi  di bahagian rambut yang salah.

Proses mencuci rambut  tidak lengkap tanpa penggunaan perapi rambut (conditioner). Namun, kawasan yang tepat ketika memakai perapi adalah daripada tengah rambut ke hujung. Perapi tidak boleh terkena kawasan kulit kepala. Selain itu, sikat rambut anda menggunakan jari selepas merapi bukannya sikat.

KECUTKAN JERAWAT DENGAN 3 BAHAN SAHAJA! -KULIT KAYU MANIS, BEDAK SEJUK, AIR

Jerawat tiba-tiba naik! Ya Allah geramnya. Orang perempuan bila muka naik jerawat terus tak tenteram rasanya. Tekanan! Susah hati! Macam-macamlah! Semua benda serba tak kena. Penulis kongsikan tips yang mungkin boleh kecut jerawat bila aplikasikan cara ini. Insyaallah!

  • Anda hanya perlukan 3 bahan sahaja. Ya 3 bahan! Mudah dan cepat. Kulit Kayu Manis, Bedak Sejuk, Air
  • Ambil kulit kayu manis, kikiskan sedikit sahaja, masukkan dalam mangkuk kecil. Lepas itu, masukkan sedikit bedak sejuk ke dalam mangkuk yang berisi kulit kayu manis. Barulah masukkan beberapa titis air, kacau adunan dan tepekkan ke muka. Lepas biarkan semalaman, cuci dengan air. Insyaallah jerawat anda akan beransur hilang. Selamat mencuba!

Gambar-Kayu-manis1Tips:

  • Jangan bagi cair, pekat pun boleh juga.
  • Kikis kulit kayu manis jangan terlalu banyak sebab kulit kayu manis agak pedih, nanti anda terbuat banyak tepek dekat muka jadi pedih kemerahan. Sedikit sahaja okay.

*balik rumah penulis nak cubalah…:)

JERAWAT ASYIK TUMBUH SEMULA? APA AGAKNYA PUNCA

Wanita bila datang bulan pasti akan ada satu atau dua jerawat tumbuh. Tekanan betul! Macam-macam sudah dibuat tapi masih ada juga. Dah hilang dekat kawasan itu, tumbuh pula kawasan lain. Apa masalahnya?

1. Solekan Di Wajah

Ada di antara kita yang mengenakan solekan untuk menutup cela di wajah, tutup jerawat dengan concealer asalkan jerawat tidak kelihatan. Tapi tahukah anda, bahan-bahan dalam koleksi mekap anda, mengandungi pewarna tiruan dan pewangi tiruan yang boleh menyalurkan pada pertumbuhan jerawat. Bahan-bahan seperti lanolin, mineral oil, petroleum, dan isopropyl myristate yang boleh menyumbang kepada jerawat. Jika anda rasakan mekap penyumbang kepada pertumbuhan jerawat yang kerap, mungkin anda boleh beralih kepada koleksi mekap yang berasaskan mineral. 

2. Kerap Membersihkan Wajah

Apabila anda mempunyai jerawat yang kerap kali tumbuh, semestinya anda sering menggunakan banyak produk pencuci muka. Itu sebenarnya masalah anda. Pengeringan muka anda akan menyebabkan kulit anda untuk menghasilkan lebih banyak minyak kulit. Daripada menggunakan produk untuk mengeringkan kulit anda, cuba berpegang kepada pembersih lembut dan pelembap oil free. Jika anda perlu menghapuskan minyak berlebihan pada siang hari, hanya menggunakan beberapa helaian kertas serap minyak atau lap dengan tisu secara perlahan.

Gambar:www.bellasugar.com3. Kerap Menyentuh Wajah

Anda boleh mendapat jerawat dengan menyetuh muka anda dengan tangan atau pelbagai objek seperti telefon bimbit. Menyentuh muka mendedahkan kulit anda kepada bakteria, yang lebih cenderung untuk keluar. Ini sebenarnya adalah satu sebab paling mudah jerawat tumbuh semula walaupun ditempat lain. Apa yang anda perlu lakukan adalah berhenti menyentuh muka anda dan pastikan anda membersihkan telefon bimbit anda dengan sentiasa mengelapnya. Melakukan kedua-dua perkara ini akan membantu anda mencegah bakteria daripada memasuki liang anda dan menyebabkan jerawat.

4. Persekitaran Yang Kotor – Cadar, Tuala, Bantal

Sarung bantal, tuala, cadar katil merupakan punca kepada pertumbuhan semula jerawat. Anda tidur seperti biasa dan tanpa sedar pembiakan bakteria di sarung cadar atau sarung bantal berlaku. Untuk mengelakkan jerawat yang disebabkan tempat tidur, cuba tukar cadar dan sarung batal seminggu sekali ataupun dua kali seminggu.

5. Produk Rambut

Rambut anda menyentuh muka anda sepanjang hari, dan apabila anda mencuci rambut anda, syampu terkena pada muka. Bahan-bahan menjengkelkan termasuk silicones, plasticizers, dan minyak yang semua boleh membuatkan liang tersumbat. Jadi cuba cari syampu dan perapi lembut, sebagai contoh gunakan syampu bayi.

6. Barang-Barang Solekan – Berus Mekap, Span

Ini lagi satu sebab kenapa jerawat anda tumbuh semula. Contohnya berus mekap adalah penyebab besar jerawat. Kalau boleh pastikan bersihkan berus solek anda seminggu sekali. Hanya menggunakan syampu lembut untuk membersihkan berus dan biarkan ia kering berdiri jadi bulu tidak berpecah. Bagi anda yang menggunakan span, ingat bahawa anda perlu gunakan yang baru setiap kali ingin mekap.

7. Pemakanan

Ini memang tidak dapat dielakkan. Kurangkan makanan berminyak, gula, masin, minuman berkafein dan banyak lagi. Amalkan sayuran dan buahan. Sentiasa minum banyak air masak.

Anuar Zain Tangguh Konsert, Hormati Tragedi MH370

Penyanyi tersohor, Anuar Zain mengambil keputusan untuk menunda konsertnya iaitu Konsert Terindah...Anuar Zain yang bakal berlangsung pada 8 April ini bagi menghormati kejadian yang menimpa pesawat MH370.
 
Memetik laporan Kosmo, Anuar Zain memberitahu, konsert yang berdurasi 90 minit itu bakal diadakan pada 29 April depan di Hotel One World, Petaling Jaya,
 
walaupun tiket telah dijual sebanyak 70 peratus.
 
"Selepas mendapat tahu mengenai kehilangan pesawat MH370 pada 8 Mac lalu, saya sangat terkejut dan sedih. Perasaan saya terus berasa tidak ingin berhibur dan meneruskan konsert saya pada 8 April ini.
 
alt
"Saya terus berhasrat untuk menundanya, walaupun ia bakal menyusahkan semua pihak termasuk penaja-penaja dan peminat-peminat yang sudah membeli tiket," ungkapnya pilu ketika ditemui pada majlis penundaan konsertnya di Zebra Square, Kuala Lumpur.
 
Mengulas lanjut, kata Anuar, perasaannya lebih hiba apabila mendapat tahu mengenai nasib pesawat yang dikatakan berakhir di Lautan Hindi malam kelmarin.

Catuan Air Sehingga 31 Mac Atau Dilanjutkan

Pelan catuan bekalan air peringkat pertama dan ketiga di negeri Selangor, Wilayah Persekutuan dan Putrajaya diteruskan sehingga 31 Mac ini, atau dilanjutkan.
    
Penolong Pengurus Besar, Jabatan Komunikasi Korporat dan Hal Ehwal Awam Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (Syabas) Priscilla Alfred berkata ini kerana fenomena cuaca panas dan ketiadaan hujan sejak beberapa hari lepas menyebabkan tiada aliran air tambahan di Sungai Selangor.
   
"Bagaimanapun, pihak Syabas masih menunggu keputusan lanjutan catuan air daripada pihak kerajaan negeri Selangor," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
 
Beliau berkata catuan bekalan air ke semua kawasan yang terlibat di peringkat pertama dan ketiga akan terus dilakukan mengikut jadual berdasarkan pelan catuan sebelum ini.
   
Oleh itu, Priscilla berharap pengguna memandang serius perkembangan terkini situasi bekalan air di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya.
 
Beliau berkata pelan catuan peringkat pertama dan ketiga di Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya masing-masing dilaksana pada 27 Februari dan 10 Mac 2014.
   
Pelan catuan peringkat ketiga adalah gabungan pelan kedua dan ketiga.
   
alt"Pelan catuan bekalan air peringkat pertama dilaksanakan ekoran penutupan Loji Rawatan Air (LRA) Cheras Batu 11 dan LRA Bukit Tampoi disebabkan pencemaran ammonia di dalam Sungai Langat melibatkan beberapa kawasan di wilayah Hulu Langat, Kuala Langat dan Sepang," katanya.
   
Priscilla berkata Syabas dimaklumkan oleh syarikat operator loji iaitu Puncak Niaga (M) Sdn Bhd bahawa LRA Cheras Batu 11 yang beroperasi mulai 17 Mac lepas telahpun menghentikan operasi sejak 2 petang ini.
   
"Ini berikutan kandungan ammonia di LRA Cheras Batu 11 telahpun meningkat semula sejak semalam disebabkan kekurangan hujan sejak empat hari lepas.
 
"Bacaan paras ammonia sehingga 2 petang hari ini adalah pada tahap 4.2 part per juta (ppm) iaitu melebihi paras kandungan yang dibenarkan oleh pihak Kementerian Kesihatan," katanya.
   
Beliau berkata LRA Bukit Tampoi sehingga 2 petang ini masih beroperasi seperti biasa disebabkan paras ammonia masih di tahap yang dibenarkan.
   
Priscilla juga berkata pelan catuan bekalan air peringkat ketiga dilaksana di kawasan Gombak, Petaling, Kuala Lumpur, Kuala Selangor, Hulu Selangor, Klang dan Shah Alam.
   
"Ini adalah ekoran pengurangan pelepasan air mentah dari Empangan Sungai Selangor dan Empangan Klang Gates seperti yang diputuskan oleh kerajaan negeri Selangor," katanya.

MH370 : Majlis Fatwa Tentukan Solat Jenazah Ghaib

Jawatankuasa Khas Majlis Fatwa Kebangsaan akan bersidang petang ini untuk menentukan tarikh dan waktu pelaksanaan solat jenazah ghaib bagi penumpang dan anak-anak kapal pesawat Malaysia Airlines MH370.


Perkara itu diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak ketika membentangkan usul khas di Dewan Rakyat bagi menzahirkan rasa sedih, dukacita dan pilu terhadap tragedi malang yang menimpa pesawat berkenaan.

Najib menarik perhatian, selain solat jenazah ghaib, pada masa ini kerajaan menerima pelbagai cadangan berkaitan penumpang dan anak-anak kapal pesawat itu antaranya untuk berkabung dengan mengibarkan bendera separuh tiang.

"Kerajaan berpendapat, kita perlu menemui objek dan serpihan itu terlebih dahulu sebelum kita melakukan perkara tersebut," katanya.

Tegasnya, ketika ini bukanlah waktu untuk mana-mana pihak mempolitikkan isu kehilangan pesawat tersebut sebaliknya mengambil peluang menunjukkan solidariti dengan keluarga yang terlibat dalam tragedi berkenaan.

"Saya ingin merayu kepada rakan-rakan kita sama ada dengan parti kerajaan atau pembangkang...dalam krisis seperti ini, kita mesti menunjukkan rasa simpati kepada semua pihak yang menjadi mangsa kepada tragedi yang amat menyayat hati.

Rakyat News


"Kita mesti tunjuk kematangan dan rasa cinta, lebih-lebih lagi perasaan sensitiviti kepada keluarga yang berada dalam keadaan begitu sedih dan pilu sekali," katanya.

Dalam sidang akhbar malam tadi, Perdana Menteri mengumumkan penerbangan pesawat Malaysia Airlines MH370 berakhir di selatan Lautan Hindi.

Penerbangan MH370 yang membawa 227 penumpang dan 12 anak kapal berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa KL pada pukul 12.41 tengah malam 8 Mac menuju ke Beijing, hilang daripada skrin radar sejam kemudian.

Pesawat itu sepatutnya mendarat di Beijing pada 6.30 pagi hari yang sama.

Pulau Pinang Rampas Kedudukan Teratas Liga Perdana

Pasukan Pulau Pinang merampas kedudukan teratas Liga Perdana daripada Polis Diraja Malaysia (PDRM) selepas menang tipis 1-0 ke atas Kedah di Stadium Bandaraya.

Gol tunggal hasil tandukan pemain import dari Korea Selatan, Lee Kwang-Hyun, pada minit ke-56 membolehkan skuad 'Harimau Kumbang' mengumpul 22 mata selepas sembilan perlawanan.

Terdahulu, Pulau Pinang terpaksa beraksi dengan 10 pemain pada minit ke-72 selepas Mohd Fakhrul Radzi Yaacob dilayang kad merah oleh pengadil kerana mengutip kad kuning kedua.

PDRM pula turun ke kedudukan kedua liga selepas mencatat keputusan seri 2-2 menentang Negeri Sembilan di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya, Kelana Jaya.


altDua gol skuad 'The Cops' kendalian Dollah Salleh dijaring menerusi sepakan penalti oleh Charles Chad Souza pada minit ke-46 dan Rafael Souza (85') manakala dua gol Negeri Sembilan disumbang Jean-Emmanuel Effa Owona (2') dan S. Sivanesan (72').

Johor Darul Ta'zim II pula naik dua tangga ke kedudukan ketiga liga selepas mengalahkan SPA Putrajaya FC 2-0 di Stadium Majlis Perbandaran Pasir Gudang.

Dua gol skuad 'Harimau Selatan' dijaring oleh Braulio Nobrega Rodriguez pada minit ke-50 dan Nicolas Delmonte (54').

Felda United FC turut meraih tiga mata berharga selepas menewaskan UiTM FC 4-2 di Stadium UiTM Shah Alam.

Empat gol skuad 'The Settlers' dijaring oleh Edward Junior Wilson pada minit ketiga, Indra Putra Mahayuddin (26'), Mohd Haris Safwan Mohd Kamal (38') dan Zah Rahan Krangar (90+1') manakala dua gol UiTM FC disumbang oleh Charles Obi Ikechukwu pada minit ke-20 dan 72'.

Di Stadium Darul Aman, Alor Setar pasukan Perlis meraih kemenangan kedua musim ini selepas menang tipis 2-1 ke atas pasukan tercorot liga, Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang FC (PBAPP FC).

Mohd Badrul Hisani Abdul Rahman meletakkan wakil Pulau Pinang itu di depan menerusi rembatan deras seawal minit kedua sebelum Perlis bangkit meraih dua gol pantas menerusi Dao Bakary pada minit ke-10 dan Rosli Muda empat minit kemudian.

GST : Lebih 15,000 Pengusaha Restoran Terlibat

Sebanyak 15,542 restoran dijangka mengutip Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) apabila ia dilaksanakan 1 April tahun depan.Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Ahmad Maslan berkata, jumlah itu meningkat berbanding ketika cukai perkhidmatan dikenakan iaitu 4,357 restoran.

"GST merupakan satu daripada langkah kerajaan menyusun semula struktur percukaian negara supaya lebih telus, cekap dan mesra peniaga," katanya menjawab soalan Teo Nie Ching (DAP-Kulai) pada Persidangan Dewan Rakyat, di sini Rabu.

Beliau berkata bagi memastikan kepentingan semua lapisan masyarakat diambil kira, GST akan dikecualikan bagi kategori barangan keperluan asas dan perkhidmatan asas seperti kesihatan, pendidikan swasta, pengangkutan awam, tol dan rumah kediaman.


Rakyat News

Ahmad berkata kajian Jabatan Kastam Diraja Malaysia mendapati golongan berpendapatan RM1,000 ke bawah membelanjakan lebih 33.4 peratus daripada pendapatan mereka ke atas makanan dan minuman manakala 31.4 peratus lagi bagi perumahan, air, elektrik dan bahan api lain.

Ahmad berkata dengan jumlah 64.8 peratus itu, hampir kesemua barangan dan perkhidmatan itu dikecualikan daripada GST.

Selain itu, beliau berkata sehingga bulan lepas, 4,967 program kesedaran dan latihan GST dijalankan dan dihadiri 271,288 individu terdiri daripada golongan sasar iaitu pengguna, jabatan kerajaan, pelajar sekolah dan institusi pengajian tinggi.

"Bagi golongan peniaga yang merupakan kumpulan kritikal dalam pelaksanaan GST, kerajaan telah merangka dan sedang menjalankan program taklimat dan latihan melalui tiga kaedah iaitu sama ada dianjurkan oleh kerajaan atau pihak swasta ataupun secara bersama oleh kerajaan dan swasta," katanya.

Sementara itu, ketika ditemui di lobi Parlimen, Ahmad berkata kerajaan akan memberi tambahan bantuan tunai secara 'one-off' atau sekali pembayaran berjumlah RM300 kepada penerima Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) tahun depan bagi menampung kenaikan Indeks Harga Pengguna (IHP) akibat pelaksanaan GST.

Beliau berkata jumlah bantuan itu akan membabitkan peruntukan RM2.5 bilion yang merupakan sebahagian kutipan hasil GST pada tahun terbabit.

"Jika kerajaan umum nilai BR1M tahun depan RM700, maka tambah RM300 akan dapat RM1,000, jika RM800, maka nilainya RM1,100, jika lebih maka lebihlah lagi rakyat dapat (BR1M)," katanya.

Beliau berkata mekanisme lain yang akan dilaksanakan ialah pengurangan cukai pendapatan persendirian sebanyak satu hingga tiga peratus membabitkan peruntukan RM2.44 bilion.

Kereta mewah Sultan Johor, jom tengok!

Koleksi kereta  mewah sultan Johor. Perghhh... banyak tul keta mewah ni, kalau dah dapat stau pun dah kira mewah. Pelik-peliknya keta nih, nak maintain satu hal ni. Tapi kalau bijak guna duit, boleh je nak milikki keta cam nih. Jadi, kalau tengok kereta-kereta ni, sila lah mula kumpul duit mana tahu, kot-kot la ya kita pun boleh guna kereta macam nih. Jom tengok koleksi kereta mewah Sultan Johor. Harap rakyat Johor boleh berbangga.



ferrari sultan johor


kereta bugatti veyron sultan johor


kereta mewah sultan johor


kereta mewah tmj


kereta sport sultan johor


lamborghini aventador sultan johor tmj

lamborghini sultan johor


porsche sultan johor

Keputusan SPM Teruk, Saya Nak Kerja

Saya terima beberapa email bertanyakan pelbagai soalan ‘masa depan’. Anak-anak yang baru mendapat keputusan SPM mencari maklumat mengenai hala tuju selepas SPM. Yang dapat keputusan cemerlang, dia ada banyak pilihan untuk melanjutkan pelajaran. Nasihat saya mohon kos yang anda minat dan anda mempunyai kebolehan di bidang tersebut. Dua perkara ini perlu seiring. Yang sederhana, boleh memohon bidang yang sesuai dengan keputusan.

Keputusan saya SPM saya tak cukup syarat untuk memohon melanjutkan pelajaran, saya tidak minat untuk belajar lagi, saya dari keluarga susah tidak mahu melanjutkan pelajaran, saya ingin bekerja selepas SPM dan beberapa keadaan lagi.

Saya terima email dari seorang anak muda yang bercerita dia mendapat keputusan yang tidak begitu baik dalam SPM dan ingin bekerja tetapi dia tidak tahu nak mulakan dari mana.

Bagi yang tidak berminat untuk melanjutkan pelajaran selepas SPM dan ingin bekerja, saya sangat mengesorkan anda mengambil latihan kemahiran supaya anda mendapat kemahiran  kursus yang terancang.  Tiap orang ada jalan hidup dan bidang kerja masing-masing.  Kalau pun tidak cemerlang di bidang akademik, tetapi biarlah memasuki dunia pekerjaan dengan kemahiran yang tertentu.

Salah satu tempat yang boleh anda cuba adalah di Akademi Binaan Malaysia ( ABM)

Akademi Binaan Malaysia

Akademi Binaan Malaysia

Terbuka kepada golongan belia berusia 16 tahun ke atas yang telah tamat belajar. Program kemahiran belia disediakan untuk melengkapkan golongan belia tempatan dengan kemahiran dalam berbagai bidang pembinaan. Mereka diberikan latihan yang dibiayai sepenuhnya oleh CIDB disalah sebuah daripada 6 Akademi Binaan Malaysia (ABM) yang terletak diseluruh Malaysia.

ABM menyediakan kelengkapan kepada pelatih secara percuma, antaranya (kasut,baju dan topi keselamatan) untuk digunakan dalam kerja-kerja bengkel dan di bilik kuliah.

Yuran Pendaftaran

Yuran pendaftaran sebanyak RM 80
Deposit asrama = RM50
Urin test = RM30 .

Senarai Kursus

  1. Building
  2. Crane Operation
  3. Plant Operation
  4. Industrilised Building System
  5. Civil
  6. Blasting & Painting
  7. Mechanical & Electrical
  8. Non Destructive Testing
  9. Drafting

Tempoh Kursus

1-3 bulan- bergantung kepada kursus yang diambil.

Cara memohon

Walaupun permohonan boleh dibuat secara online, saya cadangkan telefon ABM yang berkenaan untuk menyemak kekosongan tempat.

Akademi Binaan Malaysia Wilayah Tengah
Tel: +603 9200 2008
Fax: +603 9200 2009
Pegawai Untuk Dihubungi:
Hasmawati Hasnan / Aswat Ahmad

Akademi Binaan Malaysia Wilayah Sabah
Tel: +6088 430 615/614
Fax: +6088 431 359

Pegawai Untuk Dihubungi:
Sabdani Manjidi / Razalee Dulaip

Akademi Binaan Malaysia Sarawak
Tel: +6082 446 700
Fax: +6082 442 700
Pegawai Untuk Dihubungi:
Abg Mohd Annaafi Abg Ibrahim / Faezah Sabil

Akademi Binaan Malaysia Wilayah Timur
Tel: +609 681 8327
Fax: +609 681 8329
Pegawai Untuk Dihubungi:
Mohd Zaki Ismail / Che Nor Fadzilah Che Mahmud

Akademi Binaan Malaysia Wilayah Utara
Tel: +604 924 2200
Fax: +604 924 1100
Pegawai Untuk Dihubungi:
Siti Zaiton Abu Bakar / Lariza Sharif

Akademi Binaan Malaysia Selatan
Tel: +607 238 8152
Fax: +607 234 5808
Pegawai Untuk Dihubungi:
Shahid Nansok / Mohd Zaidi Rahmat

Boleh klik dapatkan maklumat lebih lengkap di laman web Akademi Binaan Malaysia

Satu lagi pilihan yang ada ialah memasuki Kursus di Kolej Komuniti.  Boleh ambil Sijil Kolej Komuniti ( SKK ) atau Diploma Kolej Komuniti .

  • Tempuh pengajian untuk sijil antara 16 -24 bulan bergantung  kursus yang diambil.
  • Selain memohon secara online, pemohon boleh datang sendiri ke Kolej Komuniti yang dikehendaki.
  • Pelajar yang layak  akan menerima elaun setiap bulan.
  • Kursus yang ditawarkan seperti  Sijil Landskap, Sijil Kulinari, Sijil Pelukis Pelan Senibina, Sijil Operasi Perhotelan, Sijil Multimedia Kreatif Pengiklanan dan banyak lagi. Semak kursus yang ditawarkan di Kolej Komuniti di laman web Jabatan Pengajian Kolej Komuniti

Ini adalah 2 contoh pusat yang menawarkan kursus pendek peringkat sijil yang membolehkan anda mempunyai kemahiran untuk terlibat di dunia pekerjaan.

Nota : ada yang email dan panggil saya cikgu… saya bukan cikgu ye anak-anak, saya makcik suri rumah yang ada anak remaja seperti korang .