Pr1ma - cara mohon perumahan rakyat 1 Malaysia

Mesti korang pernah dengar pasal pr1ma kan, ala yang rumah murah kerajaan nak buat dan bagi tuh kat rakyat tuh. Ada orang panggil 1malaysia house, 1malaysia home, 1malaysia perumahan, skim perumahan rakyat 1malaysia, macam-macam lagi lah. Aku baru semak akaun aku kat pr1ma, belum siap sepenuhnya lagi, step ke -6 ( akhir ) aku belum penuhi lagih. Kalau korang pun nak apply jugak rumah pr1ma ni, silahlah ke pr1ma.my, ingat tuh pr1ma.my je, jangan pr1ma.com atau pr1ma.net, kelain plak pegi tuh. Pendaftaran di buka sepanjang masa. Kalau ada terima sms/email yang mengatakan pendaftaran pr1ma dah tutup, itu tipu. Kita daftar kat pr1ma, dapat satu akaun, lain kali pun boleh log in nak ubah maklumat yang telah diisikan, mana lah tahu pendapatan dah bertambah, bilangan anak dah bertambah, kan.


Syarat-syarat kelayakkan mohon rumah pr1ma.


  • warganegara Malaysia
  • umur 21 ke atas ( bujang atau kahwin )
  • pendapatan isu rumah ( individu atau keluarga ) rm2500 - rm7500
  • tidak memilikki lebih dari 1 hartanah ( kalau ada 2 buah rumah, tak layak )


Cara daftar rumah pr1ma


Senang je proses daftarnya, sila ke 


https://register.pr1ma.my/Account/Register 


untuk mendaftar. Satu email akan di hantar ke email anda, sila sahkan email anda dalam masa 14 hari. Selepas email anda di sahkan, akaun anda ah aktif dan anda boleh mula isi maklumat peribadi termasuk rumah jenis apa yang anda nak pohon.Jika ada soalan, korang boleh cuba baca kat bahagian faq:


http://www.pr1ma.my/faq.php


Setelah siap isi maklumat, langkah ke akhir, anda kena upload scan ic, penyata gaji dan surat2 sokongan ( jika ada ) dan juga tanda tangan borang deklarasi:


http://www.pr1ma.my/download/BorangDeklarasi.pdf


Harga rumah pr1ma dalam linkungan rm100 000 ke rm400 000.


Lokasi dan contoh rumah pr1ma


Di bandar-bandar besar seluruh negara. Contohnya di Bukit Jalil, Selangor:



Rumah pr1ma di Bukit Jalil- akan datang.



Rumah pr1ma di Kuantan - akan datang.


Lokasi-lokasi lain rumah pr1ma, anda boleh semak kat sini:


http://www.pr1ma.my/pr1ma_homes.php?lang=bm


Rumah Pr1ma berdasarkan cabutan


Jadi, pohon lah rumah pr1ma nih, murah dari harga pasaran tapi anda kena duduk kat rumah ni kalau dapat. Kalau tak anda kena jual kat pr1ma balik dengan harga pr1ma lah. Rumah pr1ma ni murah dari pasaran kerana nilai tanah telah di tanggung oleh kerajaan ( aku rasa le ). Lepas 10 tahun baru boleh jual balik dengan harga pasaran sebenar.


Bakal Suami Kuat Cemburu : Hanez Suraya Jaga Pergaulan


Rakyat News

Duta produk kecantikan Aura White Beauty Collagen, Hanez Suraya mengakui buat masa ini beliau perlu menjaga adab pergaulan memandangkan pelakon tersebut kini hampir mendirikan rumah tangga tidak lama lagi.

Beliau yang lebih mesra dipanggil Hanez berkata tindakan menjaga adab pergaulan itu perlu dilakukan bagi menjaga hati bakal suaminya yang dikatakan kuat menanam perasaan cemburu terhadap pelakon tersebut.

"Biasalah lelaki mana yang tidak cemburu, saya pun ada perasaan cemburu. Saya kini ada pihak untuk menjaga hati, jadi sekarang ini saya mempunyai batas.

"Saya pun ada masa untuk cemburu tetapi perkara tersebut boleh diselesaikan. Bagi saya sekiranya saya tidak mahu dia membuat perkara yang memberikan saya rasa cemburu, dia harus membuat perkara yang sama," katanya.



Ketika ditanya pemberita mengenai tarikh pernikahan yang bakal dilangsungkan, pelakon tersebut enggan mengulas lebih lanjut berhubung perkara tersebut memandangkan buat masa ini Hanez belum mendapat tempat dan tarikh yang sesuai bagi melangsungkan majlis perkahwinan yang dijangka dilaksanakan pada tahun ini.

"Bila itu saya tidak boleh bagitahu sekarang. Saya akan umumkan kepada semua apabila saya sudah bersedia untuk beritahu saya akan berkahwin.

"Buat masa ini, masa untuk saya selesaikan apa yang patut. Nanti saya umumkan tempat dan tarikh. Saya akan umumkan bila semua sudah diselesaikan," katanya.
 

alt

 

Di samping itu, pelakon yang menjadi watak dalam drama bersiri Autumn Di Hatiku musim ke-2 ini turut berkata, pada masa ini ada pihak yang mahu menaja majlis perkahwinan pelakon tersebut namun Hanez enggan menerimanya atas alasan buat masa ini pelakon itu tidak mempunyai tempat yang sesuai untuk mengadakan majlis perkahwinan.

Hanez menambah masanya banyak dihabiskan untuk mencari tempat untuk mengadakan majlis perkahwinannya itu bersama seorang ahli perniagaan yang dijangka bakal dilangsungkan pada tahun ini.

"Ada juga pihak-pihak yang mahu menaja majlis perkahwinan saya tetapi saya tidak berani nak cakap sebab buat masa ini saya risau mengenai tempat perkahwinan saya.

"Kalau ada yang bermurah hati mahu menaja kita boleh bawak bincang perkara itu," katanya.

Hanez Suraya sebelum ini bercinta dengan penyanyi lagu hits yang memenangi tempat ke-3 Anugerah Juara Lagu (AJL28) Awi Rafael tetapi percintaan mereka tidak bertahan lama dan putus beberapa bulan yang lalu.

Namun, Hanez menekankan untuk memberitahu bahawa dia tidak sama sekali memusuhi Awi selepas kedua-dua artis tersebut berpisah bahkan Hanez mendoakan kejayaan Awi.

Kamera Nikon Kalis Beku

Nikon, pengeluar kamera terkemuka, memperkenalkan kamera canggih dengan kemudahan Coolpix AW120. Seperti kamera luaran lain, Coolpix AW120 mempunyai ketahanan pada suhu dingin selain mampu bertahan dalam air. 
 
Rekaan terkini Nikon itu boleh berfungsi dalam air dengan kedalaman sehingga 18 meter. Kamera ini juga memiliki ketahanan terhadap hentakan dari ketinggian sehingga dua meter. 
 
Kamera digital ini juga boleh digunakan tanpa sebarang masalah pada suhu minimum negatif 10 darjah celsius. Kamera Coolpix AW120 didatangkan dengan sensor 16MP, lensa 24-120mm dan aperture f/2.8-4.9. 

alt

 
Memiliki ciri WiFi bina dalam, rekaan Nikon ini dilengkapi sambungan GPS atau peta dunia. 
 
Kamera dengan paparan OLED 3 inci, mula dijual bermula 27 Februari dengan harga sekitar AS$350 (RM1,164).

Atai letak jawatan demi nyanyian. Siapa Atai?

“SAYA meletakkan jawatan sebagai Naib Presiden Pos Malaysia untuk meneruskan cita-cita sebagai seorang penyanyi,” demikian kata-kata Atai, anak saudara kepada penyanyi tersohor negara, Allahyarham Sudirman Haji Arshad ketika ditemui pada majlis pelancaran single terbaharunya, Kul It di Restoran Puteri, Kuala Lumpur baru-baru ini.

Atai atau nama sebenarnya, Razman Azrai Zainudin, 41, berkata, dia begitu yakin dengan keputusannya untuk kembali beraksi dalam dunia nyanyian walaupun sudah meninggalkan bidang tersebut selama lebih 25 tahun.

“Setelah lama meninggalkan bidang nyanyian, saya begitu rindu untuk kembali menyanyi. Saya juga percaya dengan kata-kata arwah pak cik saya yang mengatakan saya mempunyai bakat untuk pergi lebih jauh dalam industri seni.

“Jika dia percaya pada saya, mengapa saya tidak yakin dengan diri sendiri? Justeru, selepas beberapa tahun berfikir untuk meneruskan hasrat tersebut, akhirnya saya mengambil keputusan untuk meletakkan jawatan pada bulan Januari lalu,” ujarnya.

Menurut bekas graduan Universiti Staffordshire, United Kingdom ini lagi, kemunculan semulanya dalam industri seni bukan untuk meraih populariti dan wang ringgit semata-mata, tetapi untuk meneruskan apa yang telah dimulakan bersama dengan bapa saudaranya.

“Setelah pemergian bapa saudara saya, hidup saya berasa kosong. Saya boleh meneruskan kehidupan seperti biasa dengan meneruskan tugas di syarikat lama tempat saya berkhidmat, tetapi saya tetap mahu menyanyi.

“Justeru, setiap perancangan yang melibatkan karier nyanyian saya perlu dijalankan dengan teliti agar hasilnya nanti berbaloi dan dapat diterima ramai,” ujar Atai yang baru sahaja dilantik sebagai duta minuman kesihatan Yakult bersama penyampai radio dan pengacara terkenal, Fara Fauzana.

Pilih Kul It

Atai yang pernah muncul dengan sebuah album solo pada tahun 1985 berjudul Sahabat sengaja memilih lagu Kul It sebagai single pertamanya. Kata Atai, Kul It merupakan sebuah lagu yang berkualiti tetapi kurang mendapat sambutan pada zaman kegemilangan Sudirman.

“Ketika lagu tersebut muncul di corong-corong radio, ia tidak berapa diminati ramai. Peminat-peminat Sudirman lebih meminati lagu-lagu berentak balada berbanding lagu-lagu rancak seperti Kul It.

“Bagi memberikan penghormatan kepadanya, saya mengambil keputusan untuk merakamkan semula lagu tersebut dengan sususan muzik baharu. Tetapi, struktur lagu tersebut tidak berubah,” jelasnya yang turut merakamkan klip video singlenya itu bagi tujuan promosi.

Single tersebut turut mengukir sejarah apabila menjadi lagu Malaysia pertama yang boleh dikirim sebagai hadiah dalam bentuk poskad. Hasil kerjasama Sudirman Asset Management dan Trinerva Technology, poskad yang berharga RM9 itu boleh dibeli secara online menggunakan aplikasi telefon pintar iprinz.

Suara mirip Sudirman

Ketika sesi pra dengar lagu tersebut, suara Atai yang menyanyikan versi baharu Kul It kedengaran mirip suara Sudirman.

Tidak melatah dengan kritikan tersebut, Atai memberitahu, memang vokalnya kedengaran mirip dengan suara penyanyi yang pernah popular dengan lagu Merisik Khabar itu.

“Tidak dinafikan, vokal saya memang mirip suara arwah bapa saudara saya. Walaupun ia mungkin mengelirukan, tetapi saya menganggapnya sebagai satu perbandingan yang positif.

“Tetapi, jika pendengar meneliti suara saya dengan betul, saya pasti mereka dapat membezakan kelainan suara saya dengan Sudirman,” jelas Atai yang menyifatkan pelancaran single ini sebagai batu loncatan untuknya menghasilkan banyak lagu-lagu baharu pada masa akan datang.

Halitosis - Mulut Berbau

PERNAHKAH anda mengalami mana-mana situasi yang berikut?

  • Mulut yang berbau memberi kesan pada kehidupan sosial dan profesional anda
  • Anda selalu mempunyai rasa kurang sedap dalam mulut sendiri
  • Orang akan selalunya melangkah ke belakang apabila bercakap dengan anda atau mengelak daripada berkomunikasi langsung dengan anda
  • Seseorang pernah memberi komen tentang mulut anda yang berbau dan telah mempelawa atau memberi anda gula-gula pudina
  • Anda mengalami satu lapisan putih atau kuning di lidah anda
Jikalau jawapan anda ya, anda mungkin sedang mengalami masalah mulut berbau atau lebih dikenali sebagai halitosis.

Punca Mulut Berbau


Mulut berbau disebabkan oleh beberapa faktor. Bau kurang menyenangkan itu boleh datang dari masa ke semasa atau untuk jangka masa yang panjang, bergantung kepada puncanya.

Berjuta-juta bakteria hidup di dalam mulut, terutamanya di belakang lidah.

Bagi kebanyakan orang, bakteria itu adalah punca utama mulut berbau.

Keadaan mulut kita yang suam dan lembap menjadikan ia tempat yang ideal bagi pertumbuhan bakteria.

Kebanyakan masalah mulut berbau disebabkan oleh sesuatu di dalam mulut.

Mulut berbau boleh disebabkan oleh faktor-faktor berikut:


  • Penjagaan kebersihan mulut yang lemah - Jarang memberus gigi dan tidak memberus gigi dengan betul akan mengakibatkan sisa-sisa makanan mereput di dalam mulut.
  • Jangkitan di dalam mulut - Periodontal (masalah gusi)
  • Jangkitan saluran respirasi - Tekak, resdung atau masalah paru-paru
  • Agen luaran - Bawang putih, bawang, kopi, merokok dan mengunyah tembakau
  • Mulut kering (xerostomia) - Disebabkan oleh masalah penghasilan air liur yang tidak betul, pengambilan ubat tertentu atau 'pernafasan mulut'
  • Penyakit sistemik (keseluruhan badan) -l Kencing manis, penyakit hati, penyakit buah pinggang, penyakit paru-paru, resdung, penyakit 'refluks' dan lain-lain.

Mencegah mulut berbau


Mulut berbau yang disebabkan oleh masalah dental boleh dicegah dengan mudah melalui penjagaan di rumah dan secara profesional.

Ini bermakna:

  • Memberus gigi anda selepas setiap kali makan dengan menggunakan ubat gigi berfluorida untuk menanggalkan sisa makanan dan plak.
  • Memberus lidah anda juga, sebaik-baiknya menggunakan berus gigi yang mengandungi pembersih lidah.
  • Menggunakan flos gigi atau alat untuk mencuci ruangan di celah gigi sekali setiap hari.
  • Menggunakan cecair pencuci mulut bagi memastikan mulut anda sentiasa rasa bersih dan nafas anda segar setiap masa.
  • Kerap mengunjungi doktor gigi (sekurang-kurangnya dua kali setahun) untuk membuat pemeriksaan dan pembersihan gigi.
Jika anda rasa mulut sentiasa berbau, catatkan makanan yang anda makan dan senaraikan jenis ubatan yang anda ambil.

Sesetengah ubat mungkin boleh jadi punca mulut berbau.


Maklumkan kepada doktor gigi anda jika anda telah melakukan sebarang pembedahan atau mendapat penyakit sejak temu janji anda yang terakhir.

Anda juga boleh mencegah mulut berbau dengan minum lebih banyak air setiap hari untuk menolong badan menghasilkan air liur.

Setiap tegukan air melalui mulut sedikit sebanyak boleh melonggarkan serpihan makanan dalam mulut.

Produk-produk lain yang boleh membantu menyegarkan mulut dan mencegah pembentukkan plak adalah termasuk:

  • Gula-gula tanpa gula
  • Gula-gula pudina tanpa gula
  • Lobak mentah
  • Salari 

Awas! Kesan sampingan minyak wangi

Memang tidak dapat dinafikan, anda semua sukakan haruman, sehinggakan kereta dan blik tidur turut dihiasi dengan bahan pewangi. Namun, apa yang anda tidak sedari adalah risiko yang dibawa olehnya yang boleh membawa kesa terhadap kesihatan anda. 

Jika anda ingin tahu, terdapat lebih kurang 500 bahan kimia digunakan dalam produk wangian, yang kebanyakannya tidak disenaraikan di belakang produk. 

Antara bahan kimia yang sering digunakan adalah etanol, aseton, alkohol benzil, metilena klorida, kapur barus dan pelbagai lagi yang boleh mengakibatkan anda kelesuan, ketegangan otot, lelah, radang kulit, alahan, pening dan sakit tekak. 


Bagi anda yang menghidapi ekzema akan mengalami kesan yang lebih padah. Ini kerana kulit yang bermasalah akan menjadi lebih teruk sekiranya terkena bahan yang menggunakan ramuan pewangi, tidak kira sama ada ianya sabun ataupun syampu. 

Dalam satu kajian saintifik turut mengesahkan bahawa kebanyakan bahan pewangi mempunyai kandungan neurotoksin yang tinggi, yang memberikan kesan negatif terhadap mental, fizikal dan emosi. Kesan-kesan tersebut berupaya mendatangkan penyakit otak seperti Alzheimer dan Parkinson. 

Walaupun ada banyak kesan sampingannya, penghindaran diri dari bahan wangian bukanlah suatu perkara yang mudah kerana hampir semua produk jagaan peribadi mengandunginya.

5 Makanan yang membuatkan anda kelihatan letih

Dengan kehidupan seharian yang sibuk dan hari yang panjang, anda akan berasa sangat letih di penghujung hari. Kadang-kadang ia berpunca daripada makanan yang anda makan. Jika anda sering kelihatan letih walaupun sudah 4 inci solekan di muka, kemungkinan besar ia berpunca daripada makanan anda. Ayuh semak senarai di bawah iaitu makanan yang membuatkan anda nampak letih.


Garam 
Walaupun garam merupakan makanan wajib setiap hari, tetapi kandungan garam yang berlebihan boleh membuatkan kulit muka anda menjadi kering dan membuatkan seri muka anda agak tenggelam. Pilih alternatif natrium lain atau kurangkan pengambilan garam ialah jalan penyelesaiannya. 

Pemanis tiruan 
Gula biasa boleh menggalakkan keradangan tetapi pemanis tiruan boleh menjadi lebih teruk jika tidak di kawal. Jika tidak, ia akan membuatkan wajah anda seakan membengkak. Pemanis tiruan mengandungi aspartame yang boleh mengakibatkan sakit sendi dan boleh membuatkan anda ketagih dengan gula atau minuman/makanan manis. Seelokknya, pilih gula semula jadi daripada buah-buahan atau sayur-sayuran. 




Alkohol 
Tiada yang lebih teruk daripada segelas alkohol ketika makan malam. Alkohol membuatkan anda dihidrasi lebih cepat dari garam.

Makanan bergoreng 
Makanan bergoreng adalah musuh ketat anda! Makanan yang bergoreng penuh dengan minyak dan lemak yang bermakna ia akan membuatkan arteri kulit anda tersumbat dan mengeraskan sel-sel darah sekitar wajah. Hasilnya, kulit anda kelihatan kusam dan letih. 

Makanan pedas 
Makanan pedas memang baik untuk metabolisma, tetapi tidak sesuai untuk kulit muka. Makanan pedas membolehkan kulit anda menjadi gatal-gatal dan kulit anda akan menjadi tidak sekata dan nampak sedikit lebih tua dari usia

Facebook beli WhatsApp

Laman sosial popular, Facebook semalam mengumumkan pembelian perkhidmatan mesej popular, WhatsApp dengan nilai lebih daripada AS$16 bilion (RM52.8 bilion).Facebook dalam kenyataannya memberitahu, jumlah itu termasuk pembelian dalam bentuk saham Facebook bernilai AS$12 bilion (RM39.7 bilion) dan AS$4 bilion (RM13.23 bilion) dan bentuk wang tunai.


Perjanjian itu turut merangkumi dana tambahan bernilai $3 bilion (RM10 bilion) dalam bentuk saham sebagai jaminan kepada pengasas dan kakitangan WhatsApp yang akan dijadikan hak setelah lebih empat tahun.Perjanjian tersebut dilihat dapat meningkatkan rangkaian sosial terbesar di dunia berkenaan dengan tambahan sebanyak 450 juta pengguna WhatsApp, yang akan dikendalikan secara bebas dengan ahli lembaga pengarah sendiri.



Ini merupakan pengambilalihan terbesar Facebook dan dilakukan kurang daripada dua tahun selepas Facebook milik Mark Zuckerberg meningkatkan jumlah saham dalam pasaran sebanyak AS$16 bilion (RM52.8 bilion).Pengambilalihan berkenaan menandakan sokongan usahasama Facebook dan WhatsApp mengembangkan komunikasi dan aktiviti kepada pengguna di seluruh dunia dengan menyediakan perkhidmatan internet yang cekap dan mampu milik.


Pengasas dan Ketua Eksekutif Facebook, Mark Zuckerberg berkata, WhatsApp mempunyai kira kira satu bilion pengguna dan ia menjadi perkhidmatan mesej yang sangat bernilai.

"Saya telah lama mengenali pengasas WhatsApp, Jan Koum dan berasa sangat teruja untuk bekerjasama dengannya," katanya.


Sementara itu Koum di dalam laman blognya berkata, beliau juga berbesar hati dapat bekerjasama dengan Zuckerberg dan Facebook.


"Kerjasama ini membuka peluang kepada WhatsApp untuk berkembang selain memberi WhatsApp lebih banyak masa membina perkhidmatan komunikasi yang cepat dan murah", katanya.


Pejanjian itu juga menyaksikan Facebook membeli kesemua 450 juta pengguna WhatsApp dengan harga AS$42 (RM139) setiap pengguna,


Bayaran itu lebih tinggi berbanding AS$30 (RM99) yang dibayar kepada setiap pengguna Instagram pada tahun 2012.


Facebook membeli Instagram pada 2012 yang ketika itu mempunyai seramai 33 juta pelanggan dengan nilai AS$1 bilion (RM3.3 bilion).


Sumber


REHDA Cadang Bank Beri Subsidi Kadar Faedah Bantu Golongan Berpendapatan Rendah Miliki Rumah Pertama

Persatuan Pemaju Hartanah dan Perumahan (REHDA) menggesa institusi kewangan supaya memberi subsidi kadar faedah pinjaman hartanah untuk membantu golongan berpendapatan rendah memiliki rumah pertama mereka.Pengerusi REHDA Pulau Pinang Datuk Jerry Chan berkata kadar semasa tidak memberi manfaat kepada golongan berpendapatan rendah kerana kadarnya yang tinggi.


Beliau berkata golongan miskin kini membayar kadar faedah tertinggi setelah bank-bank bimbang mereka mungkin tidak dapat membayar ansuran bulanan pada masa yang ditetapkan.


“Kerajaan persekutuan dan Bank Negara Malaysia perlu melihat perkara ini memandangkan kebanyakan pembeli berpendapatan rendah gagal mendapat kelulusan pinjaman mereka,” katanya kepada pemberita selepas majlis Tahun Baru Cina REHDA di sini Rabu malam.


Beliau berkata kerajaan perlu melakukan sesuatu untuk membantu pembeli kali pertama kerana bergantung kepada Skim Perumahan Perbadanan PR1MA Malaysia sahaja tidak mencukupi untuk menampung permintaan.


“Harga hartanah akan terus meningkat kerana inflasi dan dengan kadar pinjaman semasa, golongan miskin tidak akan dapat memiliki rumah pertama mereka,” katanya.Chan berkata, bajet sebelum ini tidak menangani keperluan pembeli rumah kali pertama.

5 Cara Mudah Bina 'Portfolio' Pelaburan Hartanah

Semalam kita dikejutkan dengan laporan daripada The Star yang anda perlu ada banyak wang untuk beli rumah? Tahukan anda ramai bermula beli rumah dengan tanpa modal dan modal yang ciput saja. Hari ini saya nak kongsikan dengan anda 5 Cara tersebut.

#1 Buat Peta Hidup

Dalam peta hidup anda, letak target anda. Berapa banyak wang yang anda mahu? Berapa banyak wang untuk cukup sara hidup? Sasaran bukan hanya pada wang saja, boleh juga letak matlamat untuk tambah kemahiran dalam apa saja bidang.

#2 Ukur badan sendiri

Ramai tak pernah periksa apa yang mereka ada? Hanya berapa kerat saja tahu berapa banyak mereka belanja dan berapa mereka boleh simpan untuk melabur. Anda boleh periksa kewangan anda setiap bulan.



#3 Faham kewangan dan pembiayaan

Apabila dah tahu berapa nilai yang ada untuk invest, boleh la pulak fahami bagaimana nak guna leverej pembiayaan. Jika anda faham bagaimana pembiayaan berfungsi, lagi mudah untuk bina portfolio anda. Contohnya, flexi loan dengan term loan, dua-duanya ada beza dan boleh mengoptimumkan kegunaan pembiayaan.

#4 cari hartanah berpotensi tinggi, HPT

Purata kenaikan harga hartanah pada tahun sebelum ini adalah sekitar 5-6%. Namun ada lokasi yang ada kenaikan sehingga lebih daripada 50%. Perbanyakkan network anda dengan pelabur hartanah dan juga pemaju hartanah atau sesiapa saja yang ada kaitan dengan hartanah.

#5 Urus dan ‘Grow’ Aset Anda

Setiap hari tajam dan asah minda pelaburan dan minda jutawan anda. Deria deria yang cakap dapat menghidu peluang.


Malah cara pengurusan yang bersistem akan menambahkan keyakinan anda untuk terus ‘grow’. Share artikel ini dan rakan rakan FB anda jika ianya sangat berguna. Terima kasih.

Kunyit: Ubat sebelum sakit

Kita sering mengambil mudah tentang kehebatan kunyit. Mungkin kerana kunyit hanya dikenali dan ditemui di dapur. Namun bahan yang digunakan nenek moyang kita kini mendapat perhatian yang serius daripada pakar-pakar dan hospital ternama di Amerika dan Eropah. Kehebatan herba ini terletak kepada ekstrak pigmen yang menjadikan kunyit kelihatan kuning. Pigmen yang begitu besar khasiatnya dan berupaya mengubati pelbagai jenis penyakit dikenali sebagai curcumin.

 


Khasiat curcumin

Curcumin ialah antara bahan penyembuh terbaik dalam perubatan tradisional dan moden. Sebiji pil daripada ekstrak curcumin ini seolah-olah mengambil 20 sudu teh serbuk kunyit yang terdapat di setiap dapur. Pakar perubatan Pusat Kanser Texas mendapati curcumin mempunyai keupayaan anti oksida yang meneutralkan radikal bebas yang menjadi akar umbi kepada penyakit kanser. Radikal bebas ialah bahan kimia yang meresap ke dalam darah dan merosakkan sel-sel di dalam badan. Menurut salah seorang pasukan penyelidik ini, Dr. Thomas Evans, curcumin mengandungi komponen bioaktif polifenol yang membantu mencegah tanda-tanda awal kanser.


Anti radang

Selain kanser, curcumin juga baik untuk melawan radang yang menyebabkan bengkak, angin, sakit-sakit sendi dan sengal badan. Curcumin ialah bahan utama yang meringankan beban kesakitan. Dalam kajian ke atas para pesakit artritis di Eropah, pakar perubatan mendapati khasiat curcumin boleh dibandingkan dengan ubat-ubatan tahan sakit moden seperti phenylbutazone. Malah didapati para penghidap artritis merasakan kekurangan sakit pada waktu pagi, mampu berjalan dengan lebih lama dan bengkak berkurangan. Selain itu, curcumin juga membantu mengurangkan risiko serangan jantung dan strok.


Teh hijau

Salah satu lagi herba tradisional yang turut mendapat perhatian masyarakat dunia ialah teh hijau. Teh hijau ialah daun teh yang masih hijau dan belum diproses untuk dijadikan serbuk minuman. Daun teh hijaukaya dengan pelbagai komponen aktif baik terutamanya polifenol baik untuk kesihatan dan kecantikan. Lagi hijau daun teh itu, lagi tinggi kandungan polifenolnya. Menurut pakar nutris di Boston Amerika, Dr. Beth Reardon, teh hijau turut mengandungi bahan aktif Catechins yang mencegah kerosakan sel-sel di dalam badan.


Untuk jantung, kencing manis dan otak

Teh hijau juga turut dipercayai melancarkan peredaran darah dan menurunkan kadar kolesterol. Malah ia kini menjadi saranan kepada mereka yang menghidap penyakit berkaitan jantung dan tekanan darah tinggi. Teh hijau juga baik untuk otak. Satu kajian MRI di Switzerland membuktikan mereka yang mengamalkan pengambilan teh hijau setiap hari berjaya meningkatkan tahap memori dan menghalang pembentukan plag yang menjadi punya kepada penyakit Alzheimer. Menurut Dr. Reardon, teh hijau juga boleh diambil oleh penghidap kencing manis bagi menstabilkan paras gula dalam darah.


Ubat sebelum sakit

Kombinasi curcumin yang diekstrak dari kunyit dan teh hijau merupakan kombinasi terbaik bagi melawan dan mencegah pelbagai jenis penyakit dengan mudah. Tidak terhad untuk mereka yang ingin mengatasi masalah kesihatan, curcumin dan teh hijau harus dijadikan amalan harian untuk menguatkan sistem imunisasi badan dan mengurangkan kerosakan sel-sel badan. Pendek kata, kombinasi ini adalah seumpama ubat untuk sebelum sakit.


Moto G Google Play di pasaran

Sebuah lagi telefon pintar Google Play Edition kini boleh didapati di pasaran. Telefon pintar itu adalah Moto G Google Play Edition dilancarkan oleh Google di Google Play.

Seperti telefon pintar Google Play Edition lain, inovasi ini didatangkan dengan sistem operasi Android. Motorola juga memilih menggunakan Android KitKat 4.4 pada telefon pintar berkenaan. Harga pasarannya adalah sekitar AS$179 (RM587). 


Telefon pintar ni ada skrin 4.5inci HD, 1280x720 piksel. Google turut menyediakan pilihan model 8GB dan 16GB. Selain itu, telefon pintar itu turut dilengkapi prosesor Snapdragon 400 quadcore 1.2GHz serta bateri berkapasiti 2070 mAh. 




Moto G Google Play Edition mempunyai sambungan HSPA+ sesuai dengan rangkaian GSM. Terdapat juga sambungan lain seperti wi-fi dan bluetooth 4.0. Teknologi terkini itu turut, dilengkapi kamera utama 5mp dan kamera kedua 1.3mp.

Sistem PBS ditambah baik

Kementerian Pendidikan sedang dalam peringkat pembaikan sistem Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) dan dijadual dapat beroperasi dengan lebih berkesan pada April ini.Pengarah Lembaga Peperiksaan, Dr. Na'imah Ishak berkata, usaha meningkatkan keberkesanan sistem tersebut sedang giat dijalankan sejak beberapa bulan lalu bagi mengelakkannya menjadi bebanan kepada guru.Menurutnya, beberapa kaedah termasuk mengganti sistem baharu dan membuat ujian keberkesanan sedang dijalankan sebelum sistem itu dapat berfungsi dengan lebih baik untuk memudahkan guru mengisi data murid.''Memang sistem PBS menghadapi masalah dan kementerian sedang dalam usaha mengatasi kelemahan ini, ia sedang dalam peringkat pembaikan.


''Pembaikan sistem ini memerlukan sedikit masa lagi sebelum dapat digunakan sepenuhnya pada April kerana yang penting ia dapat membantu guru menjalankan tugas mereka dengan baik dan berkesan tanpa mendatangkan sebarang masalah selepas ini," katanya dalam sidang akhbar di pejabatnya Putrajaya, baru-baru ini.


Pelaporan ini diharap dapat memberi gambaran tentang potensi murid secara holistik dan maklumat tersebut dapat membantu murid membuat keputusan yang lebih tepat dalam pemilihan aliran pendidikan di peringkat menengah atas.

PBS merupakan transformasi sistem pendidikan negara yang sebelum ini berfokuskan peperiksaan diubah kepada sistem pentaksiran pendidikan yang lebih holistik namun didakwa membebankan guru ekoran sering tergendala menyebabkan data murid terpaksa dimasukkan pada lewat malam.


Selain itu, Na'imah berkata, berbanding PMR yang mana murid akan diuji pada akhir tingkatan 3 dengan peperiksaan pusat yang dikendalikan Lembaga Peperiksaan, penilaian PBS melalui empat komponen tersebut ditaksir mengikut pengetahuan, kefahaman, kemahiran dan nilai yang menjurus kepada profil, pencapaian, perkembangan serta penyertaan murid.


''Ibu bapa akan mengetahui tahap pencapaian anak mereka melalui pernyataan keputusan bagi empat komponen PBS yang mengandungi komponen akademik dan bukan akademik yang dikeluarkan pihak sekolah mengikut Band 1 hingga 6.

''Keputusan pernyataan Pentaksiran Pusat (PP) A hingga F iaitu Cemerlang atau belum mencapai tahap minimum masih dikeluarkan oleh pihak Lembaga Peperiksaan manakala Pentaksiran Sekolah, keputusan kokurikulum dan inventori murid dikeluarkan pihak sekolah," jelas Na'imah.


Katanya, beberapa penambahbaikan dilakukan dalam pelaporan PBS antaranya termasuklah semua mata pelajaran murid ditaksir menyeluruh dari tingkatan 1, 2 hingga 3 mengikut Band dan pelaporan dijana oleh sistem.

Penilaian melalui PBS itu merangkumi empat komponen iaitu Pentaksiran Sekolah (PS), Pentaksiran Pusat (PP), Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan dan Kokurikulum (PAJSK) dan Pentaksiran Psikometrik (PPsi).


Menurutnya, konsep PBS menekankan pentaksiran bersifat holistik bertujuan membangunkan modal insan menyeluruh dengan memiliki ciri profil murid PBS, maklumat tentang kebolehan murid dikumpul lebih komprehensif melalui profil dan pencapaian murid.


Harga Toyota Corolla Altis 2.0G baru sama dengan harga 1.8G model lama

TOYOTA Corolla dikenali sebagai satu daripada barisan model popular di dunia dengan lebih 40 juta unit terjual di lebih daripada 150 negara. Sejak pertama kali diperkenalkan pada 1966, Toyota Corolla telah melalui 10 perubahan model.Evolusi 'Kereta Global' ini telah menyaksikan banyak penambahbaikan bagi memenuhi permintaan pelanggan. Altis mewakili satu dalam lima kenderaan yang dijual dalam sejarah 76 tahun Toyota.

Altis pertama kali diperkenalkan ke pasaran Malaysia pada 2001. Hampir 64,000 buah telah terjual sehingga tahun lalu, yang merupakan bukti keyakinan rakyat Malaysia terhadap jenama Toyota


Bagi model terbaharu ini, Toyota telah mengambil pendekatan yang lebih terkehadapan dan dinamik dalam pembangunan Altis ini dan oleh itu, memenuhi kesemua ciri Toyota iaitu kualiti, keselamatan, kebolehpercayaan, prestasi dan nilai cemerlang.Direka bentuk baharu sepenuhnya, Altis membawa standard baru terhadap kecemerlangan automotif dalam kelasnya. Nadi Altis dibina di atas platform baru, manakala kereta telah diberi penambahbaikan dalam semua aspek bagi menawarkan keselesaan, ruang luas yang terbaik dan standard kualiti tinggi yang lebih baik lagi.


Altis yang baharu dilancarkan ini mengambil pendekatan segar dengan penambahbaikan yang banyak berbanding model sebelumnya, menawarkan keseimbangan sempurna dalam pakej, prestasi, selain gaya luaran dan dalaman. Dengan ini, model terbaharu dalam keluarga Toyota ini pasti menonjol kepada generasi baru pengguna yang arif dan mengukuhkan kedudukan model ini sebagai peneraju pasaran dalam segmennya.


Gaya luaran 'prestij moden' menghasilkan penambahbaikan yang besar keseluruhannya. Bahagian hadapan kereta menampilkan reka bentuk jeriji trapezoid dengan batang bersalut krom yang melangkaui dari lambang ikonik Toyota hingga ke luar tepi lampu hadapan LED dengan DRL yang merupakan pertama dalam kelasnya, iaitu lampu hadapan yang lebih tahan lama dan cekap tenaga bagi mengurangkan kelesuan semasa memandu di waktu malam. Asas roda (wheelbase) Altis telah ditambah untuk menjadikan kabin lebih luas dan kedudukan pemanduan sport yang lebih selesa.


Altis boleh didapati dalam lima warna bertenaga. Ini merangkumi White Pearl CS, Silver Metallic, Attitude Black dan dua warna yang baru diperkenalkan - Grey Metallic dan Dark Brown Mica Metallic.Ruang dalaman Altis juga menampilkan penambahbaikan yang banyak. Menggunakan bahan yang lembut semasa disentuh bagi mewujudkan rupa yang licin. Perkakasan dan perhiasan moden dan bersih juga tambah meneguhkan tema 'Dinamisme Ikonik' dalamannya.


Altis juga telah melalui reka bentuk semua bahagian di bawah hud bagi memberikan pengalaman pemanduan lebih lancar dan menyeronokkan, merangkumi paras terbaik kesenyapan dalam kelasnya. Penumpang kerusi belakang dalam varian 2.0V akan menikmati sentuhan tambahan daripada segi keselesaan dan kemewahan yang lazimnya hanya terdapat pada kereta mewah. Ini termasuk kerusi belakang boleh lipat dan pemegang cawan berlampu, iaitu antara penambahbaikan dalamannya yang banyak.


Altis boleh didapati dalam tiga varian. Varian 1.8E berharga RM114,000 sementara varian 2.0G ialah RM123,000. Kalau model sebelum nih, 1.8G harga sama dengan model 2.0G sekarang. Model tertingginya, 2.0V dijual pada harga RM136,000 (semua harga adalah di atas jalan dengan insurans).


p/s: gambar coming soon.


Proton lancar dua varian baharu Satria dan Inspira

Proton Holdings Bhd. (Proton) melancarkan varian terbaharu Proton Satria Neo Standard 4AT dan Inspira Super Premium yang lebih sporty dengan tawaran harga istimewa untuk pelanggannya.Timbalan Ketua Pegawai Ekskutif Proton, Datuk Lukman Ibrahim berkata, kedua-dua model baharu itu dilengkapi ciri-ciri keselamatan terkini dan menjanjikan pemanduan lebih mantap.Katanya, diskaun sebanyak RM1,388 daripada harga asal RM54,963.50 ditawarkan kepada pelanggan yang menempah Proton Satria Neo Standard 4AT sepanjang tiga hari Karnival Jualan Proton yang berlangsung di Auto City, Juru bermula pada hari ini.


"Model ini boleh dikatakan sebagai penambahbaikan bagi model Satria Neo Standard kerana dilengkapi dengan dengan rim sport 17 inci, kit badan R3, skirt sisi dan spoiler.

"Terdapat empat pilihan warna yang dikeluarkan iaitu merah, putih, hitam dan kelabu. Orang ramai dijemput hadir sendiri ke tapak jualan bagi memandu uji model kereta yang diminati selain turut ditawarkan pelan pinjaman pembiayaan dengan kaedah faedah serendah 2.5 peratus," katanya pada majlis pelancaran varian terbaharu kereta berkenaan di sini hari ini.


Bagi varian Inspira Super Premium pula katanya, dijual pada harga RM102 000 dan diskaun sebanyak RM1,888 diberikan sepanjang karnival berkenaan.

Lukman berkata, varian berkenaan dilengkapi dengan rim sport 18 inci, R3 kit badan dengan splitter hadapan, skirt sisi, dan spoiler belakang serta dilengkapi dengan ciri keselamatan dan didatangkan dalam satu warna sahaja.


Lukman berkata, Proton menyasarkan untuk menjual sebanyak 727 unit model tersebut sepanjang tiga hari karnival berlangsung iaitu sama seperti ketika penganjuran di Melaka pada minggu lepas.

Sepanjang tiga hari karnival berlangsung pelbagai aktiviti menarik turut dianjurkan seperti skimpinjaman kereta istimewa dinamakan Ambil Sekarang Bayar Kemudian dengan kaedah faedah berpatutan dengan kerjasama Bank Muamalat, pelbagai permainan menarik dan aktiviti kekeluargaan, pandu uji kereta, persembahan artis tempatan dan penampilan pasukan bola sepak Kedah.