Gambar setem 1918 US

Seorang pemilik kedai barang kemas, Art Van Riper berasa bangga kerana dia memiliki setem kapal terbang yang terbalik.

Setem kapal terbang terbalik itu pada asalnya dikeluarkan pada tahun 1918 oleh Perkhidmatan Pos Amerika Syarikat sebelum ia ditarik balik.

Namun pada September lalu, setem yang tersilap cetak itu dikeluarkan semula oleh pihak perkhidmatan pos tersebut.

Ia dikeluarkan bagi tujuan menggalakkan orang ramai mengumpul setem.


Setiap satu lembaran mengandungi enam keping setem terbalik itu.

Perkhidmatan pos itu hanya mengeluarkan 100 lembaran setem tersebut.

Setiap lembaran setem itu berharga AS$12 (RM39.53).

Riper memperoleh setem itu semasa dia membeli 45 lembaran setem di pejabat pos di Waverly baru-baru ini.

Namun, salah satu lembaran tersebut mempunyai gambar kapal terbang terbalik yang telah dicetak semula oleh pihak perkhidmatan pos.

Van Riper berkata, dia enggan menjual lembaran setem itu - Kosmo

20,000 objek berbentuk sfera di Teluk Marina

Sempena tahun baru 2014 ni, macam -macam acara di adakan, ada gak yang pelik-pelik seperti di bawah nih.

Kira-kira 20,000 objek berbentuk sfera terapung di sepanjang Teluk Marina Singapura semalam menjelang sambutan tahun baharu.

Sfera itu ditulis oleh penduduk di negara ini tentang hasrat mereka untuk tahun 2014.

Golongan tua dan muda dari beberapa badan kebajikan diberi peluang untuk menulis hasrat mereka pada objek tersebut.


Cahaya akan muncul di objek tersebut pada malam sambutan tahun baharu.

Pada sambutan itu, persembahan konsert turut diadakan bagi meraikan kedatangan tahun baharu. - Kosmo



Pesta tangkap ikan di Tasik Chagan, China

Sejumlah penduduk etnik Mongolia menangkap ikan dengan menggunakan teknik yang diamalkan 1,000 tahun lalu.

Mereka menebuk lapisan ais sebelum menggunakan jaring untuk menangkap pelbagai jenis ikan antaranya, ikan kap di Tasik Chagan di wilayah Jilin pada Sabtu lalu.

Suhu di kawasan itu ialah - 22 darjah Celsius.

Ikan pertama yang dapat ditangkap dianggap bertuah dan dijual pada harga kira-kira AS$47,000 (RM154,545).

Suasana di kawasan tasik itu seperti sebuah pesta apabila ribuan orang yang mengambil bahagian untuk menangkap ikan.


Tasik itu mempunyai 70 spesies ikan.

Orang ramai yang menangkap ikan itu memakai topi yang diperbuat daripada bulu haiwan dan baju kulit kambing. - Kosmo


Keistimewaan Ahli Toyota Merit

Kereta korang dah habis bayar ke tak nih? Kalau dah habis bayar, rilek dulu, jangan cepat sangat nak upgrade kereta tu ke cc yang lebih power. Cuba nikmati dulu detik-detik setiap bulan tak perlu bayar kereta, boleh hilang stress ooo. Tak payah tukar terus pun takpe, pakai je kereta mana-mana yang ada, apa kisahkan dah habis bayar lagi, lagi menarik dari pakai kereta besar tapi masih bayar bulan-bulan. Tul tak? Sama je kereta mana-mana pun, cuma selesa dan keselamatan lain skit, dari segi pandangan atau prestij tuh rasa je macam lain.


Apa tu Toyota Merit?


Kat sini aku nak kongsi skit pasal Toyota la tapi bukan pasal kereta baru, pasal servis kereta toyota. Kalau yang memiliki kereta toyota dan servis kat toyota, diorang boleh jadi ahli Toyota Merit, boleh check kat site Toyota Merit nih. Macam mana nak jadi ahli Toyota Merit nih?


Senang jer:

Beli kereta toyota baru

Servis kat toyota servis center, sekurang 4 kali setahun dan belanja min rm1000

atau 

Belanja min utk repair komponen rm5000.


Toyota nak tarik orang servis kat dia le nih kan. Tapi apa pulak kelebihan jadi ahli Toyota Merit ni?


Keistimewaan sebagai ahli Toyota Merit

Sebagai ahli Toyota Merit, anda akan menikmati ganjaran dan 
keistimewaan berikut pada tahun 2013:

  • Penyerahan prioriti sebuah Toyota baru
  • Setangki petrol percuma dengan penyerahan sebuah Toyota baru
  • 5% diskaun servis
  • Pembaharuan keahlian tahunan secara percuma untuk Toyota 24SEVEN Road Assist
  • Travellowance, dalam bentuk eBaucer Servis apabila anda menghubungi Toyota 24SEVEN Road Assist untuk menunda
    Toyota anda ke mana-mana Pusat Servis Toyota untuk dibaiki
    apabila mengalami kerosakan semasa di dalam perjalanan
  • Jemputan untuk menyertai acara-acara eksklusif (acara gaya 
    hidup, prebiu model-model terbaru dan banyak lagi)

Prebiu Model Baru?


Nampak tak keistimewaan last tuh, sesuai untuk blogger kan.

Tips Senang Dapat Pinjaman Rumah bagi pemilik bisnes

Pernahkah korang terfiir, "Saya bekerja sendiri/pemilik bisnes. Bagaimana nak appy loan rumah kalau saya tak ada slip gaji?"

Di sini,  aku nak kongsikan kepada anda tips-tips senang dapat pinjaman rumah bagi mereka yang bekerja sendiri atau pemilik bisnes, dipetik dari ebook 'Rahsia Pinjaman Rumah:Beli Rumah Setiap 2 Tahun' 

"Salah satu faktor yang mempengaruhi saya berjaya mendapat pinjaman dengan mudah adalah kerana saya mempunyai akaun semasa" - ini kata tuan punya ebook tu la.


Buat masa ini pihak bank lebih mudah memberikan pinjaman sekiranya anda ada akaun semasa semasa perniagaan. Jenis perniagaan yang terbaik adalah milikan tunggal (sole proprietorship) Justeru aku mencadangkan korang mendaftarkan perniagaan milikan tunggal dan membuka akaun semasa.

Pastikan korang memasukkan semua pendapatan anda (gaji,jualan, bonus, komisen dan sebagainya) ke dalam akaun semasa berkenaan sebelum membelanjakannya. Seterusnya cuba simpan 10% daripada pendapatan berkenaan di dalam ASB atau Tabung Haji.

Bayar 8.4% extra setiap ansuran bulanan sedia ada. Sekiranya korang mengikuti tips yang aku cadangkan Insya Allah anda lebih mudah mendapat pinjaman.


Persediaan Yang Anda Perlu Buat Sebelum Memohon Pinjaman


  • Pastikan rekod kredit (CCRIS) anda bersih selama 12 bulan.
  • Sediakan salinan lesen perniagaan (milikan tunggal)
  • Sediakan salinan kad pengenalan pemilik perniagaan.
  • Sediakan penyata akaun semasa perniagaan selama 6 bulan.
  • Sediakan penyata gaji selama 6 bulan (sekiranya masih kerja).
  • Sertakan buku simpanan ASB, Tabung Haji, KWSP dan Saham sekiranya ada.
  • Profil kewangan (senarai hutang dan tunjukkan bagaimana anda membayarnya)
  • Dokumen perjanjian sewa kereta/rumah sekiranya ada 

Baiklah. Itu saja tips kali ni. Semoga mereka yang tak ada slip gaji dan memiliki perniagaan sendiri boleh amalkannya untuk mudah lulus loan rumah.

Ada banyak lagi tips yang dikongsikan dalam ebook ini, silalah dapatkan ebook ini pada harga promosi RM50 sahaja.

Cari jodoh dengan iklan belakang kereta

Seorang lelaki dari Florida, Amerika Syarikat yang terdesak ingin mencari calon isteri berbuat demikian dengan meletakkan iklan di belakang keretanya.
Stesen televisyen ABC News melaporkan, Alexander Gorbunov memaparkan iklan berbunyi "Saya mencari calon isteri" pada kadbod kuning yang dilekatkan di belakang kereta BMW miliknya. Dia juga melakukan perkara sama di belakang kenderaan merk Hummernya. 
Gorbunov berkata, cara itu cukup berkesan. Dia memperoleh kira-kira 500 mesej pesanan ringkas di telefon bimbitnya, selain menerima sekitar 250 panggilan setiap hari. 

Malah, panggilan bukan saja diterimanya dari Amerika, tetapi juga dari Perancis, Jamaica, Brazil, Switzerland, Finland dan pelbagai negara lain.
Foto
IKLAN mencari calon isteri yang dilekatkan di belakang kereta Gorbunov.

Lelaki yang berasal dari Moscow, Russia itu sudah lama mencari teman hidup sejak empat tahun lalu.

Walaupun mempunyai ramai kenalan di Internet, tetapi Gorbunov lebih gemar untuk bertemu dan berkenalan dengan calon isterinya secara empat mata. 

Gorbunov juga agak memilih untuk mencari calon isteri yang bersesuaian kerana dia tidak akan melayan wanita yang menghubunginya semata-mata untuk bertanya mengenai harta yang dimilikinya. Tidak kurang juga ada golongan gay atau lelaki yang menghubunginya untuk menawarkan bekas isteri mereka kepadanya. - myMetro

Tips Membeli 1 Rumah Setiap 2 Tahun

Ramai yang sedang bercuti di hujung tahun. Ada yang isi masa cuti dan pergi ke seminar pelaburan hartanah.Ada yang baca buku pelaburan hartanah. Ada yang pergi 'shopping' rumah, sebab tahun ini adalah tahun terakhir projek perumahan boleh memberikan Developer Interest Bearing Scheme (DIBS).

Tahun ini juga tahun terakhir di mana pemaju perumahan boleh memberi diskaun untuk projek-projek perumahan. Mulai tahun depan, harga rumah di dalam Sell and Purchase Agreement mestilah harga bersih selepas diskaun (Nett Price).

Jadi, tidak hairanlah ramai yang sakan beli rumah bulan ini!

Tips Membeli 1 Rumah Setiap 2 Tahun

Tapi, bukankah bagus kalau anda boleh beli rumah setiap 2 tahun?

Seorang usahawan, penulis dan speaker, tuan Wahi Abd Rashid, telah berkongsi pengalaman beliau membeli rumah setiap 2 tahun di dalam ebook terbaru keluaran beliau.

Antara tips yang dikongsikan adalah:

  • 6 langkah yang anda perlu lakukan sebelum anda membeli rumah pertama
  • Panduan lengkap bagaimana nak mudah dapat pinjaman perumahan
  • Teknik KONTROVERSI: Bagaimana nak menyusun strategi kewangan anda supaya anda nampak hebat di mata pihak bank
  • Teknik bagaimana membeli rumah jika anda bergaji RM2000


Saya sendiri seronok membaca ebook karya tuan Wahi Abd Rashid ini, dan syorkan kepada anda jika anda. Sangat sesuai untuk dijadikan sumber inspirasi, terutama jika anda dah kehabisan idea untuk melakukan pelaburan hartanah.

Dapatkan ebook "Rahsia Pinjaman Rumah: Beli Rumah 2 Tahun Sekali" jika berkesempatan.


Semoga sama-sama kaya dan berjaya.

Dividen ASN 6.45 sen seunit

Kuala Lumpur: Pelabur Skim Amanah Saham Nasional (ASN) akan menerima dividen 6.45 sen bagi setiap unit saham tahun ini, iaitu kadar tertinggi dalam tempoh 13 tahun.Jumlah itu meningkat 0.15 sen seunit berbanding tahun sebelumnya 6.30 sen seunit. Ia bakal membabitkan 1.25 juta pemegang unit yang melanggan 1.55 bilion unit ASN. Pengerusi PNB berkata agihan itu sesuai dengan objektif ASN serta selaras perkembangan ekonomi dan pasaran saham semasa. 


"Lembaga Pengarah ASNB bersetuju memperuntukkan RM100.27 juta sebagai pembayaran pengagihan pendapatan ASN bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2013," katanya dalam majlis pengumuman agihan pendapatan itu di sini semalam.Hadir sama Presiden dan Ketua Eksekutif PNB, Tan Sri Hamad Kama Piah Che Othman.

Prestasi ekonomi, saham baik


Ahmad Sarji berkata, secara umumnya prestasi ekonomi dan pasaran saham negara adalah baik sepanjang tahun ini walaupun persekitaran pelaburan berhadapan keadaan tidak menentu berikutan krisis hutang negara Eropah yang berpanjangan dan pertumbuhan ekonomi China semakin rendah serta kebimbangan pelabur terhadap pengumuman penarikan balik dasar pelonggaran kuantitatif oleh Amerika Syarikat. 
Beliau berkata, sebagai tabung harga berubah-ubah, matlamat ASNB adalah bagi menjana pertumbuhan modal dan pengagihan pulangan yang berpatutan secara berterusan.


Sehingga 21 Disember 2013, ASN meraih pendapatan kasar RM128.61 juta dengan pendapatan keuntungan jualan saham menyumbang RM82.59 juta atau 64.22 peratus daripada keseluruhan pendapatan kasar.

Beliau berkata, pendapatan dividen diterima daripada pelaburan dalam syarikat-syarikat menyumbang sebanyak RM34.67 juta atau 26.96 peratus daripada keseluruhan pendapatan kasar, manakala baki RM11.35 juta atau 8.82 peratus daripada pendapatan lain.

Pengiraan pengagihan pendapatan ASN adalah berdasarkan pegangan unit pada 31 Disember 2013, iaitu hari terakhir tahun kewangan tabung ASN. Ia akan dilabur secara automatik dan dikreditkan dalam buku pelaburan pemegang unit, berdasarkan nilai aset bersih ASN pada 31 Disember 2013.

Pemegang unit boleh mengemaskini buku pelaburan ASN di pejabat ASNB atau ejen ASNB di seluruh negara mulai 2 Januari 2014. Penyata pengagihan pendapatan serta laporan tahunan akan dihantar mulai akhir Februari depan.

Ganja Obamacare

Pasukan polis negeri Massachusetts menyatakan, pihaknya telah menahan sebuah kereta mengandungi 1,250 bungkusan ganja yang tertera perkataan Obamacare dan nama Kurt Cobain.Susulan penemuan tersebut, polis turut menahan empat individu yang berada di dalam kereta berkenaan.Polis berkata, pihaknya sedang mengadakan sekatan jalan raya di Northampton apabila beberapa anggota polis melihat sebuah kereta cuba memecut laju.

Ganja Obamacare

Siasatan awal mendapati kenderaan itu memiliki banyak kesalahan jalan raya.Polis kemudian menahan kereta suspek tidak jauh dari lokasi sekatan jalan raya itu.Beberapa anggota polis yang dibantu seekor anjing pengesan menemui sejumlah bungkusan ganja di dalam kereta berkenaan.


"Ia bukan sesuatu yang luar biasa untuk melabelkan ganja menggunakan nombor, perkataan atau simbol," kata pegawai polis Massachusetts, Leftenan Daniel Richard.

"Namun, ini kali pertama saya melihat perkataan Obamacare digunakan," tambahnya.

Obamacare merujuk kepada pelan Presiden Amerika Syarikat (AS), Barack Obama untuk menyediakan insurans kesihatan kepada penduduk miskin di AS.


Doktor amal cara hidup tak sihat!

Biasa doktor ni di hormati kan, dan juga kita menganggap doktor mesti mengamalkan gaya hidup sihat kan, sebab doktor mesti lah dia tahu yang mana bagus dan tak bagus. Tetapi mengejutkan! Ramai doktor ada ilmu, tapi tak amalkan, apatah lagi yang kerja bukan doktor. Di harap doktor boleh menunjukkan tabiat cara hidup yang baik untuk di jadikan tauladan.


Kurang bersenam


Doktor dikatakan lebih mengamalkan gaya hidup yang tidak sihat berbanding profesion lain di dunia ini kerana kebanyakan mereka kurang bersenam, kurang tidur dan turut mempunyai tabiat pemakanan yang agak buruk, kata satu kajian terbaru. PureGym di Britain membuat soal selidik terhadap 2,000 orang dalam pelbagai bidang profesion mengenai pilihan gaya hidup mereka sepanjang purata seminggu bekerja. 


Doktor mendapat markah yang teruk secara beterusan apabila ditanya mengenai tabiat pemakanan mereka, senaman atau tabiat tidur, lapor femalefirst.co.ukKajian pendapat berkenaan mendedahkan bahawa doktor adalah daripada kumpulan yang paling ramai tidak bersenam, dengan hampir suku daripada mereka mengakui tidak melakukan sebarang bentuk senaman biasa. 


Doktor kurang tidur 


Mereka juga termasuk dalam profesion kurang tidur dengan purata lima jam sehari malah menghabiskan masa sehari mereka tanpa menikmati hidangan sempurna dengan duduk di meja makan. 

"Kami terkejut apabila mengetahui bahawa doktor biasanya hidup dengan gaya hidup yang tidak sihat tetapi apabila mempertimbangkan waktu bekerja serta tekanan yang dihadapi dalam kerja, anda akan faham mengapa mereka terpaksa korbankan kesihatan mereka berbanding lebih menumpukan perhatian kepada kesihatan pesakit mereka," kata jurucakap PureGym, Paul Kirwin. 


Pemandu teksi juga dikatakan memilih gaya hidup tidak sihat, berdasarkan kajian sama selain pemandu pengangkutan awam dan lori.

ASB agih dividen, bonus 8.7 sen

KUALA LUMPUR - Pemegang unit skim Amanah Saham Bumiputera (ASB) bakal menikmati agihan dividen sebanyak 7.7 sen dan bonus 1 sen seunit bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2013.

Agihan dividen itu akan dinikmati seramai 8.26 juta pelabur dengan melibatkan langganan sebanyak 127.2 bilion unit ASB.

Pengerusi Permodalan Nasional Berhad (PNB), Tun Ahmad Sarji Abdul Hamid berkata, jumlah yang diperuntukkan bagi pembayaran pengagihan dividen tersebut ialah sebanyak RM9.38 bilion.

Kasut sekolah rm5 jer!

Jualan kasut sekolah murah dengan tawaran harga serendah RM5 sepasang menjadi tumpuan orang ramai yang berkunjung ke Karnival Jualan Gudang Kedua (FOC ke-2) di Pusat Konvensyen Pameran, Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (Matrade) Jalan Duta di sini.
Tawaran sempena musim kembali ke sekolah itu dibuat oleh pasar raya The Store yang mengambil bahagian pada pameran yang berlangsung selama lima hari hingga 22 Disember ini.
Kasut sekolah rm5 je

Eksekutif Jualan The Store, Nurul Adriana Sim Abdullah berkata, sejak dibuka kelmarin, bahagian produk sekolah menjadi tumpuan orang ramai kerana terpesona dengan harga murah yang ditawarkan - kosmo

Petua merawat gastrik

Gastrik adalah merupakan serangan yang berlaku secara tiba-tiba dan ia bukannya sejenis penyakit. Gastrik adalah gangguan dalam perut terutama pada bahagian perut atas (berhampiran ulu hati) berasa sakit dan tidak selesa.

Disebabkan itu terdapat petua tradisional gastrik yang berkesan untuk mengubati keadaan ini. Anda tak perlu gusar kerana gastrik boleh hilang dengan sendirinya tetapi memakan masa yang agak lama untuk sembuh. Jom kita lihat petua tradisional bagi mengubati masalah gastrik ini :

1. Titikkan tiga titik getah betik muda ke dalam segelas air panas. Suamkan air tersebut dan kemudian minum selepas sarapan pagi.

2. Bersihkan kunyit. Setelah itu, parut atau kisar kunyit tersebut. Campurkan dengan sedikit air masak lalu ditapis. Tambahkan sedikit madu dan sebaiknya masukkan sebiji kuning telur. Minum campuran ini dan Insya-Allah gastrik anda akan beransur hilang.

3. Campurkan sedikit buah tamar dengan sedikit susu kambing atau susu lembu asli yang segar. Kemudian minumlah dua kali sehari.

Semuga perkongsian dari SDK ini memberi manfaat kepada semua.

Ekzema ( eczema ) - rawatan, ubat dan punca

RAMAI menyangkakan persekitaran atau cara hidup yang tidak mengutamakan kebersihan sebagai penyebab terjadinya jangkitan atau kegatalan kulit. Namun, hakikatnya, persekitaran yang terlalu bersih juga boleh menyebabkan jangkitan, kegatalan atau alahan kepada kulit. Penyakit ekzema , kegatalan atau radang kulit misalnya, lebih banyak ditemui di negara maju, yang kebiasaan rakyatnya mengambil berat mengenai kebersihan. Bilangan penghidap ekzema yang tinggi dicatatkan di negara maju sejak tiga dekad yang lalu.

"Ia barangkali disebabkan persekitaran terlalu bersih di negara maju hingga membuatkan sistem imun badan seseorang itu malas, seterusnya tidak dapat membezakan antara unsur baik ataupun jahat.

"Sistem imun yang malas ini akan bertindak balas dengan setiap bakteria yang ada hingga membuatkan seseorang terlampau sensitif dan mudah mendapat alahan," kata Perunding Dermatologi Pediatrik Hospital Kuala Lumpur (HKL), Dr Leong Kin Fon.

Beliau berkata demikian pada majlis pelancaran kempen menentang ekzema di Malaysia,'United Against Itch', anjuran LEO Pharma baru-baru ini.

LEO Pharma, sebuah syarikat farmaseutikal berasaskan penyelidikan dari Denmark bekerjasama dengan doktor tempatan dan antarabangsa untuk menentang ekzema, penyakit kulit yang dihidapi dua daripada 10 rakyat Malaysia, namun boleh dirawat. Pengurus (Negara) LEO Pharma, Tan Keng Aun berkata, kerjasama yang dijalinkan ini bertujuan untuk mewujudkan kesedaran mengenai ekzema serta memberitahu masyarakat bahawa ada harapan untuk penghidapnya mengawal penyakit ini.

Mengulas lanjut masalah ekzema , Dr Leong berkata, berdasarkan pemantauan penyelidik, ada kaitan antara kebanyakan pesakit ekzema dengan tahap pembangunan negara. Sebagai contoh, di Malaysia, sejumlah 12.6 peratus penghidap ekzema adalah murid sekolah berbanding Indonesia, kira-kira 3.7 peratus. Fenomena ini turut dilihat di bahagian Malaysia Timur yang mana kadar penghidapnya lebih rendah jika dibandingkan dengan Semenanjung.

Dr Leong berkata, antara ciri ekzema adalah kegatalan kulit yang membuatkan pesakit sentiasa ingin menggaru. Kulit penghidap ekzema juga sangat kering kerana tiada lapisan yang menahan cecair daripada dalam kulit.

Penghidapnya sengsara akibat desakan menggaru, kulit luka

Malah, ada interaksi dinamik antara genetik dan persekitaran sebagai pencetus penyakit ekzema selain faktor tabiat gatal dan menggaru, cuaca panas, kering, peluh, bakteria, sabun atau pencuci yang mengeringkan kulit, alahan makanan dan hama.

"Seseorang juga boleh menghidap ekzema kerana faktor genetik atau immunologik serta kecenderungan pembiakan mikrob," katanya.

Kulit pesakit ekzema biasanya sangat gatal, kemerahan dan kadangkala melepuh ketika mengalami serangan. Akibat kerap menggaru, kulit bukan saja semakin rosak, tetapi membolehkan bakteria Staphylococcus aureus (S. aureus) yang 95 peratus ada pada kulit penghidap ekzema atopik (permukaan), berjangkit dan membiak.

Akibatnya, kulit bukan saja lebih berisiko menjadi kering dan rapuh, tetapi ia juga semakin sensitif kepada impak bahan kimia atau elemen lain yang menimbulkan alahan.

"Apabila bakteria memasuki bahagian kulit yang renggang dan rosak kerana digaru, resapan toksin membuatkan kulit terus membengkak dan kegatalan yang teramat. Jangkitan ini memperlahankan lagi penyembuhan penyakit ini. Lama-kelamaan, kulit semakin bersisik tebal dan berkerak," katanya.

Mereka yang mengalami ekzema sering terbelenggu dalam kitaran gatal dan desakan untuk menggaru bagi suatu tempoh yang lama. Bagi merawat penyakit ini, kitaran ini harus diputuskan.

Guna Ubat

Dr Leong berkata, ekzema boleh dikawal dengan penggunaan ubat yang dapat membantu memecahkan kitaran gatal-garu, memberikan kelegaan pantas daripada kegatalan, malah menghilangkan kelepuhan kulit dengan lebih baik.

Beliau juga lebih mengutamakan aspek konsultasi bersama ibu bapa atau penjaga kanak-kanak bagi memberi mereka pemahaman yang sewajarnya mengenai penyakit ini.

"Kaedah yang boleh diamalkan bagi mengawal ekzema adalah dengan menyeimbangkan faktor pencetus serangan ekzema.

"Penyakit ini tidak dapat dipulihkan, maka kawalan atau pengurusan yang baik diharap dapat mengurangkan atau memendekkan tempoh serangan, sekali gus menjadikan kanak-kanak yang lebih gembira," kata beliau.

Perunding Dermatologi di Hospital Hammersmith, United Kingdom, Prof Anthony Chu, berkata ekzema bukan sekadar masalah penghidapnya semata-mata, tetapi turut memberi kesan kepada persekitaran dan kehidupan keluarga itu, termasuk waktu tidur mereka. Ini disebabkan anak kecil yang menderita ekzema kerap menangis dan sukar tidur dan sekali gus turut menjejaskan perkembangan fizikal mereka.

"Apa yang penting, ibu bapa, penjaga dan keluarga kanak-kanak perlu cekal menguruskan anak yang menghidap ekzema. Secara semula jadinya, penyakit ini akan beransur hilang apabila kanak-kanak itu menginjak dewasa.

Steroid dan kesan sampingan

"Majoriti pesakit menghidapnya sebelum mencecah usia lima tahun dan 50 peratus daripadanya pula pulih apabila mencapai usia 10 tahun. Jarang pesakit terus menghidap ekzema dari kecil hingga dewasa," katanya.

Justeru, beliau menyarankan supaya ibu, bapa dan penjaga saling membantu dalam menguruskan anak yang menghidap ekzema dan mencari kaedah paling sesuai bagi mengurangkan ketidakselesaan yang ditanggung anak mereka.

"Dari segi pengambilan ubat pula, ramai ibu bapa yang agak keberatan apabila diberitahu anak mereka perlu diberikan ubat yang mengandungi steroid kerana bimbangkan kesan sampingannya.

"Tanggapan begitu sewajarnya diubah. Sapuan ubat steroid dapat membantu mengawal penyakit ini dengan baik, dengan syarat ia digunakan dengan betul berdasarkan nasihat pakar.

"Selain itu, ibu bapa juga perlu berwaspada dalam memilih ubat. Walaupun ubat yang mungkin menjadi pilihan mereka itu berasaskan herba, tidak bermakna ia selamat diambil," kata beliau.

Sementara itu, Pengurus (Negara) LEO Pharma, Tan Keng Aun berkata, kerjasama yang dijalinkan ini bertujuan untuk mewujudkan kesedaran mengenai ekzema serta memberitahu masyarakat bahawa ada harapan untuk penghidapnya mengawal penyakit ini.

Rawatan konvensional untuk ekzema

  • Mandi setiap hari dengan produk mandian yang lembut dan merawat kulit kering
  • Gunakan pelembap pada kulit
  • Sapu ubat sapu yang mengandungi steroid atau ubat sapu penghalang calcineurin
  • Sapu antibiotik
  • Penggunaan sedatif antihistamin

Bagaimana untuk mengurangkan kitaran gatal-garu?

  • Pastikan kuku pesakit sentiasa pendek
  • Gunakan balutan tuala basah untuk anak kecil
  • Sedatif antihistamin
  • Sapuan dengan krim emolien
  • Gunakan tuala sejuk untuk mengelak daripada menggaru
  • Sokongan psikologi

RESDUNG dan INFO yang perlu anda tahu

Tahukah anda setiap tahun terdapat berjuta-juta orang didunia ini dijangkiti penyakit resdung . Penyakit ini sudah tentu akan menyukarkan kehidupan seharian anda. Hal ini juga mampu membuatkan anda menjadi lebih mudah hilang sabar bergantung kepada individu tersebut. Ini kerana mereka yang menghidap resdung akan mudah berasa sakit kepala akibat kesukaran bernafas.

 Apakah itu penyakit resdung ?

Resdung ialah radang pada rongga-rongga sinus di dalam tulang muka yang bersambung dengan hidung. Biasanya lendir dihasilkan oleh rongga-rongga ini pada setiap masa dan akan mengalir kedalam hidung . Jika saluran sinus ini tersumbat, lendir tersebut akan terkumpul dan akan menjadi pekat seterusnya akan menyebabkan membiakkan kuman bakteria dan jika dibiarkan berterusan tanpa sebarang rawatan resdung akan menyebabkan kesihatan anda mula terjejas.

Istilah Perubatan Tradisional – Ia merupakan kerengsangan hidung yang boleh menyebabkan hidung dan organ-organ lain menjadi gatal dan menimbulkan ketidakselesaan.

Istilah Saintifik – Merupakan virus kanser yang hidup di bawah lapisan kulit. Ia mengalirkan darah kotor yang menjadi punca kepada kerosakan kulit muka. Virus ini turut mengalir bersama darah yang boleh menjadi punca kepada kerosakan organ-organ tertentu dalam badan.


Apakah tanda-tanda resdung ?


Antara tanda-tanda yang menunjukkan bahawa kita mengalamai penyakit resdung ialah apabila mengalami masalah-masalah seperti berikut:

  • Sering mengalami hidung tersumbat?
  • Mempunyai lendir dari hidung dan tekak?
  • Sakit atau rasa berat muka terutama kawasan diantara mata?
  • Sakit tekak yang berpanjangan dan berulang?
  • Demam atau rasa tidak sedap badan yang berpanjangan?
  • Gejala alahan hidung seperti kerap bersin terutamanya pada waktu pagi, gatal hidung?
  • Mengalami jerawat di muka dan badan?
  • Nafas berbau?
  • Kulit kepala berkelumumur, gatal dan rambut gugur?
  • Sering berasa sakit kepala, pening dan migrain?


Apakah punca resdung ?


  • Alahan.  Iaitu terhadap jenis makanan tertentu, habuk, parasit (demodex) dan kutu.
  • Apabila anda mengalami alahan, daging yang bertindak sebagai penapis udara didalam hidung akan membengkak. Seterusnya, ia menyebabkan pergerakan udara tak dapat dikeluarkan. Kalau udara tu tak dapat keluar, ia pastinya akan terkumpul kat dalam tu. Kesannya, kulat akan tumbuh dan kawasan dalam hidung menjadi semakin membengkak. Anda yang pernah mengalaminya pasti tahu tahap kesakitannya.
  • Struktur hidung yang tidak normal, yang mungkin diakibatkan oleh tulang hidung retak atau patah ketika kemalangan boleh menyebabkan seseorang mendapat penyakit resdung. Bagi sesetengah orang yang mempunyai struktur tulang hidung yang " senget " tidak lurus (deviated nasal septum), risiko untuk mendapat resdung adalah tinggi.
  • Kerosakan atau sakit gigi di bahagian gusi atas boleh menyebabkan resdung. Kuman atau bakteria yang berasal dari kerosakan atau sakit gigi boleh merebak dengan mudah ke rongga sinus dan menyebabkan resdung. Hal demikian kerana kedudukan gigi gusi atas amat berdekatan dengan rongga sinus. Rongga sinus yang terdapat di dalam tulang pipi (dikenali sebagai maxillary sinus) merupakan rongga yang paling kerap mendapat sinutisis akibat kerosakan gigi.
  • Di samping itu kajian menunjukkan tabiat menyelam dan menyelam di air sungai atau kolam yang kotor serta laut yang tercemar turut menyumbang dan mengakibatkan penyakit ini.
  • Lebih parah lagi, resdung ni boleh merebak ke bahagian mata. Akibatnya, anda boleh hilang deria penglihatan dan ia juga boleh menjangkiti otak.Tetapi, resdung ni tak berjangkit kat orang lain atau diwarisi oleh keturunannya.

Kemudaratan Resdung


• Jangkitan nanah dikawasan sekeliling mata

• Jangkitan otak
• Sakit tekak yang kronik
• Jangkitan tulang muka
• Menerukkan keadaan lelah
• Berdengkur secara kronik
• Menyebabkan jangkitan telinga dan tonsil
• Alahan hidung
• Selsema biasa yang melarat



JENIS RESDUNG(SINUSITIS)

AKUT

Ia berlaku dalam tempoh dua minggu bermula dengan jangkitan rhinitis atau serangan alahan yang berulang-ulang yang serius pada hidung. Keadaan ini menyebabkan tersumbatnya hidung.Sekiranya resdung akut tidak dirawat dengan sempurna, cairan dalam rongga sinus itu tidak dapat dikeluarkan dengan rawatan. Sehubungan itu jangkitan akan berlaku berterusan, tetapi tahap keterukannya tidak seteruk resdung pada peringkat kronik.

Antara ciri-cirinya ialah :

KRONIK

Serangan resdung akut yang kerap berlaku akan menyebabkan penyakit ini berubah menjadi kronik.Seseorang yang menghidap resdung pada peringkat kronik, pesakit akan mengalami:

Ada kalanya bau busuk ini tidak dapat dirasai atau disedari oleh pesakit tetapi disedari oleh ahli keluarga atau rakan-rakan sekeliling. Kita hanya berusaha, tuhan yang menentukan dan saya cadangkan pada anda mencuba ubat resdung ini.


8 Tips Kesihatan yang perlu anda tahu

Kesihatan diri bukan soal kesempurnaan. Yang penting adalah keseimbangan dan masing-masing mempunyai keseimbangan yang tersendiri. Tapi apa sekalipun, cubalah elak 8 kesalahan kesihatan yang berikut:

1. Tak cukup atau terlebih Tidur!

Dengan kesibukan kerjaya zaman sekarang, terutama dengan kos kehidupan yang makin meningkat di Malaysia, ramai yang tidak dapat cukup tidur. Bukankah itu bagus untuk tingkatkan pembakaran kalori? Memang tak. Walaupun anda terjaga lebih lama, badan tidak bertenaga. Dari situ anda sendiri tidak bermaya dan kurangkan aktiviti. Malah nafsu makan akan meningkat kerana badan akan perlukan boost kalori untuk teruskan aktiviti. Inilah punca penambahan berat badan bagi mereka yang tidak cukup tidur 8jam.

Selain peningkatkan berat badan, amalan tak cukup tidur boleh akitbatkan sakit jantung, kecerderaan (kerana kecuaian mental), depression, stes dan lain-lain.

Tidak kira kesibukkan kerjaya dan lain-lain, cuba yang terbaik untuk mengatur masa supaya dan cukup rehat. Kalau tidak, yang menjadi mangsa adalah diri anda sendiri bukan kerjaya. Keseimbangan work-life itu memang penting.

2. Elak Sarapan.

Saya memang tidak faham logik amalan elak memakan sarapan. Terlalu sibuk? Tiada masa? Nak kurangkan kalori? Jangan tak makan sarapan. Yang rugi nanti anda. Makanan sarapan penting untuk break-fast dan bekalkan nutrisi dan tenaga untuk aktiviti anda. Jangan tunggu sampai di pejabat baru nak makan. Cuba makan secepat mungkin untuk bantu 1) bekalkan tenaga badan 2) tingkat kecergasan mental dan 3) penting dalam mengawal nafsu makan. Kalau tunggu sampai di pejabat baru nak makan, sudah tentu nafsu makan sudah bergelora. Jangan. Makan sarapan secepat mungkin.

Skip breakfast bantu kurangkan berat? Dalam ramai-ramai yang berjaya kurangkan berat badan, tidak ada seorang pun yang elak sarapan pagi.

3. Abaikan Senaman Weight Training

Malangnya di Malaysia, kalau sebut tentang senaman pemberat, orang ramai sering kaitkannya dengan sukan bina-badan atau hanya untuk lelaki yang ingin nampak gagah-perkasa. Itu salah. Senaman pemberat sesuai untuk semua, termasuk:

  • Meraka yang ingin kurangkan berat badan. Kenapa? Kerana 1) bila kurangnya berat badan, anda juga akan kehilangan otot. Maka weight training penting untuk kurangkan jumlah otot yang hilang. 2) Otot bantu tingkatkan metabolisma badan.
  • Wanita yang ingin kelihatan fit dan firm.
  • Warga emas untuk kekalkan otot-otot yang ada, kuatkan sendi-sendi dan elak daripada tulang rapuh.
  • Sakit pinggang? Satu-satu cara untuk atasi masalah sakit bahagian belakang bawah adalah dengan senaman pemberat yang bantu kuatkan otot berkenaan.
  • Kanak-kanak pun amalkan senaman pemberat tapi bukan di gym. Senaman di taman permainain umpama senaman pemberat tapi di gunakan berat kanak-kanak itu sendiri. Ia penting untuk mengalakkan tumbesaran.
  • Dan lain-lain.

4. Too Much Protein!

Walaupun ia tren masa kini, lagi-lagi dengan pelbagai suplemen dan makanan tambahan berprotein. Elak daripada pemambilan protein terlalu banyak. Ia boleh berikan beban yang tinggi kepada buah pinggang, gout dan lain-lain. Sila baca blog post saya yang bertajuk Top 10: Baik Buruk Diet Tinggi Protein, Rendah Karbohidrat.

… Jangan ikut mana-mana tren masa-kini, tanpa dapatkan informasi lengkap terlebih dahulu …

Jadi berapa banyak protein yang sesuai untuk anda? Bagi saya dalam 35% daripada jumlah pengambilan kalori seharian anda. Jadi katakan target pengambilan anda 2000kcal, maka pengambilan sehari anda boleh ambil 700kcal atau 175g (1g = 4kcal).

5. Bergantung kepada orang lain.

Zaman sekarang, memang penuh dengan pelbagai produk dan perkhitaman kesihatan. Dari suplemen, makanan tambahan, pusat pelangsingan, doktor, jurulathi peribadi dan kevinzahri.com (hehe), memang macam-macam ada untuk penggunaan anda.

Tapi ramai yang bergantung semata-mata kepada pihak ketiga untuk mengawal kesihatan diri sendiri. Padahal, tanggungjawap kesihatan dan kecergasan sepatutnya tanggungjawap diri, bukan orang lain. Dan di sinilah ramai yang dipergunakan oleh pihak-pihak komersial tapi tetap tiada pandai mengawal kesihatan diri.

That is why, fokus eBook, seminar dan blog saya adalah untuk memberikan kawalan kepada anda. Bagaimana? Dengan ilmu. Akhirnya, jangan bergantung dan dipergunakan orang lain. Bergantunglah kepada diri sendiri dan mempergunakan produk-produk komersial.

6. Merokok.

Dalam seminar-seminar saya, saya jarang menyentuh bab merokok. Kenapa? Kerana semua dah tahu tentang keburukkannya bukan sahaja untuk diri sendiri malah untuk keluarga terdekat (2nd hand smoke).

Walaupun ia hak individu, amalan merokok sememang tabiat kesihatan yang buruk untuk sesiapa.

7. Elak Pemeriksaan Kesihatan Tahunan

Yang ini memang penting tapi ramai yang anggap ia remeh-temeh atau takut hapadi realiti kesihatan diri. Ini bukan soal BMI, kolesterol atau glukos darah semata-mata. Pemeriksaan ini amat penting untuk diagnosis penyakit-penyakit di luar kawalan seperti barah/kanser dan pelbagai masalah yang tidak diingini.

Kalau anda boleh laburkan ratusan atau ribuan Ringgit untuk suplemen kesihatan, apatah lagi untuk pemeriksaan kesihatan untuk kesihatan diri.

…Dont be in denial. Lebih baik mengenal-pasti masalah anda hari ini sebelum terlambat…

8. Bersenam Hari-Hari

Mungkin anda terkejut dengan kesalahan ini tetapi antara kesalahan kesihatan yang besar adalah amalan bersenam hari-hari. Kenapa pulak? Kerana senaman memberikan beban kepada fizikal dan mental badan. Kalau beban atau stres ini diteruskan setiap hari, katakan 7x seminggu, badan tiada peluang untuk membaiki diri. Dalam keadaan begini, kebarangkalian anda cedera memang tinggi.

…Pastikan dalam seminggu paling kurang ada 1x hari rehat dan 2x setahun rehat berpanjangan (dalam 1-2 minggu) …

Pastikan dalam seminggu paling kurang ada 1x hari rehat dan 2x setahun rehat berpanjangan (dalam 1-2 minggu) untuk membenarkan badan membaiki segala wear-n-tear. Atlit-atlit dunia seperti pemain bola sepak pun ada off season.

Baiklah, harapan saya bahawa tip-tip di atas memberi manfaat kepada anda semua. Semoga kesihatan anda sentiasa di bawah kawalan diri anda sendiri.

Tanda-Tanda Penyakit Kencing Manis Yang Perlu Anda Tahu

Statistik terbaru menunjukkan 17 peratus daripada penduduk di Malaysia menghidap diabetes atau kencing manis.

Tanda-tanda atau simptom kencing manis kadang-kadang terlalu sukar untuk dikesan sehinggakan pesakit tidak sedar mereka menghidapinya sehinggalah penyakit itu sampai ke tahap yang sangat serius. Oleh itu adalah penting untuk anda megenalpasti tanda-tanda tersebut untuk mengelakkan anda dari menjadi mangsa kencing manis.


Jenis kencing manis

Terdapat dua jenis diabetes - Jenis 1 (Type 1) dan Jenis 2 (Type 2). Kira-kira 90 peratus daripada pesakit kencing manis adalah dari Jenis 2. Terdapat salah faham yang mengatakan kencing manis Jenis 2 adalah kurang serius berbanding Jenis 1, mungkin kerana pesakit Jenis 1 perlu menyuntik diri sendiri dengan insulin.

Perbezaan kencing manis Jenis 1 dan Jenis 2 adalah bagi Jenis 1 badan tidak menghasilkan insulin manakala Jenis 2 sel-sel tidak bertindak balas dengan baik terhadap insulin dan / atau insulin yang dihasilkan tidak mencukupi. Kedua-dua jenis adalah serius jika tidak diurus dengan baik.


Simptom kencing manis

Berikut adalah 10 tanda-tanda umum penyakit kencing manis yang anda boleh perhatikan. Tidak semua orang akan mengalami semua gejala berikut dan bagi mereka yang mengalaminya biasanya ianya tidaklah teruk. Ramai orang yang menghidapi Jenis 2 tidak menyedarinya selama bertahun-tahun kerana tanda-tanda awalnya kurang ketara.

Doktor boleh melakukan ujian yang mudah untuk menilai risiko kencing manis anda. Berdasarkan keputusan yang diperolehi anda boleh membuat perubahan kepada gaya hidup anda sebelum ianya terlambat.

tanda kencing manis


10 Tanda-Tanda Umum Penyakit Kencing Manis
  1. Paras gula darah tinggi

    Cara terbaik untuk memeriksa tahap gula dalam darah anda adalah dengan dibuat ujian oleh doktor anda. Selepas anda memakan makanan, tahap gula darah secara semulajadi akan meningkat. Walau bagaimanapun, tahap gula darah yang tinggi secara berterusan sepanjang hari adalah tidak normal.

  2. Dahaga yang berlebihan dan kerap kencing pada waktu malam

    Kerap ke bilik air di waktu malam diikuti dengan dahaga yang berlebihan pada boleh menjadi gejala diabetes. Dahaga yang berlebihan ini tidak hilang walaupun setelah meminum air yang mencukupi sebelum tidur.

    Apabila terdapat terlalu banyak glukosa dalam darah, buah pinggang anda bekerja lebih keras untuk menghilangkan gula tambahan tersebut. Ini memaksa anda membuang air kecil, kadang-kadang beberapa kali pada waktu malam. Selepas badan anda kehilangan air dan ia akan membuat anda rasa lebih dahaga.

    Ia adalah cara badan anda menguruskan gula darah yang tinggi. Dahaga yang berlebihan bermakna badan anda sedang cuba untuk menambah cecair yang hilang.

  3. Hilang berat badan secara tiba-tiba

    Tahap gula dalam darah yang tinggi boleh menyebabkan kehilangan berat badan yang cepat, disekitar 2-3 kg dalam dua atau tiga bulan. Sesetengah orang mungkin gembira tetapi ini bukanlah kehilangan berat badan yang sihat.

    Oleh kerana hormon insulin yang tidak membekal glukosa ke dalam sel-sel di mana ia boleh digunakan sebagai tenaga, badan menganggap ia kelaparan lalu menguraikan lemak pada otot sebagai sumber tenaga alternatif.

  4. Sentiasa rasa lapar

    Apabila pesakit kencing manis tidak mempunyai insulin atau tidak bertindak balas terhadap insulin seperti kebiasaan, glukosa tidak dapat diproses oleh badan seperti biasa, menyebabkan tahap gula dalam darah untuk kadang-kadang jatuh.

    Apabila tahap gula dalam darah menurun secara tiba-tiba, badan menganggap bahawa anda kelaparan dan memerlukan lebih glukosa untuk berfungsi. Isyarat ini diterjemahkan oleh badan sebagai rasa lapar.

  5. Luka lambat sembuh

    Ini adalah tanda klasik kencing manis. Ia berlaku kerana saluran darah dirosakkan oleh glukosa yang berlebihan bergerak di dalam urat dan arteri. Ini menyukarkan darah yang diperlukan untuk membantu penyembuhan, untuk sampai ke anggota-anggota di badan.

  6. Keletihan dan cepat marah

    Usaha tambahan badan anda untuk mengimbangi kekurangan glukosa akan membuat anda letih. Bangun tidur untuk pergi ke bilik air beberapa kali pada waktu malam juga akan membuat anda letih kerana ia mengganggu tidur anda. Sememangnya, letih sepanjang masa akan membuat sesiapapun cepat marah.

  7. Terdedah kepada jangkitan kulat

    Wanita khususnya, perlu berhati-hati untuk jangkitan yis (candida) pada faraj. Diabetes melemahkan imunisasi, ini bermakna anda mudah mendapat pelbagai jangkitan, yang paling biasa ialah yis (candida) dan jangkitan kulat yang lain.

  8. Penglihatan kabur

    Apabila glukosa dalam darah adalah tinggi, ia mengubah bentuk kanta dan mata, menyebabkan penglihatan kabur.

    Walabagaimanapun ia akan kembali kepada asal apabila tahap gula dalam darah kembali normal atau hampir normal. Gula darah yang tinggi, sekiranya dibiarkan untuk tempoh yang panjang, akan menyebabkan kerosakan kekal, mungkin juga buta.

  9. Sensasi pada tangan dan kaki

    Kesemutan, kebas, kesakitan membakar atau bengkak pada tangan dan kaki: Ini adalah tanda-tanda bahawa saraf dirosakkan oleh kencing manis. Sama seperti penglihatan, jika tahap gula darah dibiarkan tinggi terlalu lama, kerosakan saraf juga akan kekal.

  10. Kulit merengsa

    Ini boleh menjadi tanda amaran kencing manis atau masalah kulit yang lain seperti acanthosis nigricans. Kulit di sekitar leher atau bahagian ketiak menjadi gelap. Pada tahap ini seseorang itu sudah mula mengalami proses penentangan insulin walaupun gula dalam darah mereka mungkin tidak tinggi.