Mungkin syarikat pengeluar rokok ada agenda?


Kementerian Kesihatan Belanda semalam menyatakan terdapat kemungkinan risiko kesihatan akibat penggunaan rokok elektronik.Penemuan itu dibuat berhubung satu analisis ke atas penyelidikan saintifik yang dibuat sekumpulan penyelidik Institut Kesihatan Awam Kebangsaan Belanda.Pihak institut itu bimbang mengenai kekurangan bukti berhubung dengan kemungkinan terdapat risiko kesihatan terhadap pengguna rokok elektronik.Akibat kebimbangan itu, pihak institut tersebut meminta wanita hamil tidak menghisap rokok itu atau di dihisap dekat dengan kanak-kanak.

Mungkin syarikat pengeluar rokok ada agenda?

Beberapa pakar kesihatan menyatakan, rokok elektronik yang dilengkapi dengan bateri dan tiub mengandungi nikotin akan membantu berjuta-juta penduduk berhenti merokok.
Perghh... layan habis. Kenapa lepas makan dan masa berak orang suka hisap rokok?
Namun, Timbalan Menteri Kesihatan Belanda, Martin Van Rijn yang memberitahu tentang hasil analisis itu mendedahkan, rokok elektronik juga adalah seperti rokok biasa kerana ia mengandungi nikotin.
Rijn berkata, kandungan itu akan menyebabkan perokok akan menjadi ketagih.
Menurutnya, tidak ada bukti seperti didakwa syarikat-syarikat pengeluar rokok bahawa rokok elektronik akan dapat membantu perokok berhenti merokok. - Kosmo

Kisah pelajar UMP bergambar intim dengan bekas bf

Pelajar wanita Universiti Malaysia Pahang (UMP) yang dikaitkan dengan penyebaran gambar intim bersama bekas teman lelakinya di laman sosial Facebook (FB), sudah membuat dua laporan polis berhubung kewujudan akaun palsu menggunakan namanya. Laporan pertama dibuat pelajar berusia 20 tahun itu pada April lalu, manakala yang terbaru pada Isnin lalu di Balai Polis Gambang, dekat sini.Selain pernah di ugut bunuh, pelajar tu jugak  mendakwa tidak mengetahui kewujudan FB menggunakan nama samarannya itu. 


Pernah diberi kaunseling 


Pelajar berasal dari utara tanah air itu juga mendakwa sudah memaklumkan kepada pentadbiran universiti berhubung perbuatan bekas teman lelakinya dan difahamkan, UMP pernah memanggil pelajar lelaki berkenaan untuk diberikan kaunseling. 

Sangat intim nih wehhh...

Sementara itu, seorang ahli keluarga pelajar berkenaan ketika dihubungi memaklumkan pelajar itu sedang bercuti di kampung dan tidak mahu diganggu. 

Katanya, tindakan pelajar lelaki itu sudah melampau dan meminta polis mengambil tindakan tegas terhadapnya. Penyebaran gambar pasangan pelajar itu mula mendapat perhatian di laman sosial sejak minggu lalu dan mendapat pelbagai reaksi pengguna internet. 

Selain gambar intim pasangan berkenaan dipercayai dirakam ketika berada di sebuah pusat peranginan terkenal di negeri ini, akaun FB itu juga memuatkan kenyataan mencabar kewibawaan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dan Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP). 

Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Dakwah Islamiah dan Tugas-Tugas Khas negeri, Datuk Syed Ibrahim Syed Ahmad, berkata perbuatan pelajar berkenaan amat dikesali dan tindakan sewajarnya patut diambil jika terbukti bersalah. 

Perkara utama perlu kita ambil perhatian dalam isu ini ialah nilai peribadi pelajar itu seolah-olah tidak segan membuka aib mereka untuk tatapan umum. 

Individu seperti ini jelas membuktikan mereka kurang kasih sayang dan tidak memahami ajaran Islam sebenar. Tindakan mereka ini bukan saja mengundang kemarahan orang ramai, bahkan memalukan keluarga mereka sendiri, katanya. - BH

utera William menyanyi bersama Bon Jovi

Pewaris kedua takhta diraja Britain, Putera William dan bintang pop Amerika Syarikat, Jon Bon Jovi serta Taylor Swift beradu tenaga menyanyikan lagu Livin On A Prayer di kediamannya, Istana Kensington kelmarin.
Trio berkenaan mendendangkan lagu klasik Bon Jovi itu pada penghujung majlis gala yang diadakan di istana berkenaan di sini untuk menyokong badan amal Centerpoint.
William, 31, merupakan penaung yayasan berkenaan.
Bon Jovi memulakan persembahan bersendirian dengan memetik gitar sebelum dia disertai oleh William dan Swift di pentas.

Bon Jovi

Mereka diiringi sorakan dan tepukan gemuruh daripada para hadirin.
"Malam seperti ini hanya berlaku sekali dalam seumur hidup," kata Bon Jovi kepada penonton.
Tangan macam dodoi baby jer.

William berehat semalaman daripada menjaga bayi lelakinya, Putera George yang lahir pada Julai lalu untuk menghadiri majlis tersebut.
Pada acara berkenaan, beliau turut menyampaikan anugerah kepada Bon Jovi kerana usaha gigihnya untuk membantu golongan gelandangan dan memerangi kemiskinan. - Kosmo

Jalan-jalan di Port Dickson

Hujung minggu lepas, aku pergi lepak-lepak di Port Dickson, nak tenangkan minda skit sambil hirup udara masin tepi pantai nih, aku memang suka ke tepi pantai bermain ombak dan usha-usha apa yang patut. Dari Subang Jaya, dekat je nak ke Port Dickson ni, tak sempat nak boring dah sampai, bayar tol skit ( 2 tol ) follow sign board jer, sampai le tu. Lagi satu kat Port Dickson ni orang kata ikan bakar dia best? Iya ke? Sapa-sapa pernah ke Port Dickson mesti dah try ikan bakar kat sini. Kalau korang nak usha lagi, aku pernah jalan-jalan kat tepi pantai yang lain di Malaysia nih. 


Lokasi Dan Review Avillion Port Dickson


Tengok peta skit yang aku ambil dari cuti.my, senang je nak cari hotel dan resort kat Port Dickson nih, belambak sama ada dah penuh ke belum, tu jer.



Lokasi Avillion Admiral Cove Port Dickson





Kat sini tempat bot berlabuh rupanya sebab tepi kolam banyak bot di ikat kat sini


Ni bilik yang aku duduk, ada kipas dan ekon tapi takde kapet. Kalau keluar bilik air nanti licin, kena hati-hati skit. Bilik ni harga dalam rm197 ( ada orang sponsor hoho ). Ada kelihatan beberapa ekor anak lipas dalam bilik nih hoho

Kolam mandi terbaik, tapi takde gelungsur yg budak-budak dan orang tua cam aku suka. Bentuk kolam ni unik kit. tile kaler biru tu yg nampak biru tuh.


Ini tempat breakfeast bahagian luar restoran, kat dalam pun ada. Kalau kat luar boleh nampak laut.

Ada lagi kolam renang, tempat budak main. Aku cadangkan sapa-sapa yang belum lepas berenang tuh, sila berendam kat sini je. Air paras kaki labah-labah jer.







Ni pantai sebelah Avillion Admiral Cove, boleh jalan kaki ke pantai nih. Best sini sebab pantai landai, boleh mandi dan manda juga main pasir buat istana pasir. Tak ramai orang kat pantai nih.



Tempat makan di Port Dickson


Tempat makan kalau tempat-tempat tepi pantai cam nih, belambak ler, cari je mana nak. Aku usha-usha nak cari tempat ikan bakar Port Dickson ni, tapi agak jauh plak dari hotel aku duduk nih, yang paling dekat Restoran Sri Mesra dan budak-budak hotel pun rekemen tempat ni. Jadi makan malam aku kat sini. Sup tulang perghhh... baikkk ( mungkin juga sebab sup tu dah nak habis, tu yg kawww tu, pekat semacam ) dan juga seafood le kat sini. Ikan siaz besar-besar baq hang. Harga banding dengan KL, sini lagi murah le.






Jadi untuk ke Port Dickson atau ke tempat-tempat peranginan lain, sangat lah sesuai cuti-cuti sekolah nih. Sila rancang perjalanan dan jangan over bajet, kalau ada duit mudah dapat takpe le kan. Buat duit dengan adsense pun belum masuk lagi ni. Satu je hampeh skit kali nih, power bank murah belum beli lagik hoho.. asyik kekurangan bateri je smart hone nih.


Jadi kongsi sikit pengalaman korang kat Port Dickson.

Florida miliki roller-coaster tertinggi di dunia pada 2016

Sebuah syarikat merancang untuk membina sebuah roller-coaster yang paling tinggi di dunia di Florida, lapor portal berita News Channel 5 kelmarin.Syarikat US Thrill Rides LLC mahu membina roller-coaster itu dengan ketinggian 198.12 meter yang mempunyai dek pemandanga. Bagaimanapun, pihak syarikat tersebut tidak memberitahu lokasi sebenar di Florida yang akan menempatkan roller-coaster itu.Ia dijadualkan siap pada tahun 2016.

Restoran

Ketika ini, roller-coaster yang tertinggi di dunia terdapat di New Jersey, AS dengan ketinggian 138.98 meter.


Terdapat dua buah restoran dan kedai di menara roller-coaster baharu itu.

Kos untuk membina roller-coaster itu dianggarkan sebanyak AS$20 juta (RM64.24 juta) hingga AS$60 juta (RM192.72 juta). - Kosmo

Moto G - Smartphone Motorola

Motorola Mobility akhirnya secara rasmi memperkenalkan telefon pintar terbaru mereka, Moto G. Telefon pintar ini turut tergolong dalam kategori telefon pintar dengan harga yang berpatutan.Tersedia dengan beberapa pilihan cover belakang berwarna-warni, pengguna boleh memilih antara warna putih, hitam, biru gelap, biru terang, kuning, merah serta merah jambu.

Selain itu, Moto G tang dilengkapi skrin 4.5 inci mempunyai resolusi 720 x 1280 piksel di bahagian depan. Skrin tersebut dilengkapi dengan lapisan pelindung Gorilla Glass 3. 

Quad Core Snapdragon


Memiliki prosesor quad core Snapdragon 400 dengan kelajuan 1.2Ghz. Tenaga prosesor tersebut akan dibantu dengan RAM sebesar 1GB. Manakala terdapat kamera 5MP dan kamera 1.3MP di depan. 



Moto G ini menggunakan OS Android Jelly Bean 4.3. Pihak Google sebagai pemilik Motorola Mobility khabarnya bakal menyediakan update Android KitKat 4.4. 

Laporan awal menyatakan, telefon pintar ini akan dijual secara global, mulai dari Brazil dan beberapa negara Eropah pada bulan ini sebelum melanjutkan ke pasaran Asia, Timur Tengah dan Amerika pada Januari 2014.

Malu ada payudara seperti wanita

LONDON - Seorang lelaki Britain, Farshad Hashemzadeh berasa sangat malu untuk berdepan dengan masyarakat kerana memiliki payudara seperti wanita.Hanya payudara kanan Hashemzadeh yang membesar seperti buah dada wanita manakala payudara kirinya normal seperti lelaki lain.
"Saya tidak tahu kenapa ia berlaku kepada saya, payudara saya semakin hari semakin membesar sehingga membuatkan saya berasa rendah diri," katanya kepada akhbar The Sun.
Payudara Hashemzadeh mula membesar sewaktu dia berusia 18 tahun dan pada ketika itu, dia tidak tahu apa yang harus dilakukan.
"Saya tidak mahu orang lain melihat 'kelebihan' saya ini. Lelaki lain patut tahu bagaimana keadaan ini boleh menjejaskan kehidupan seharian mereka," katanya.

Pisau toreh payudara

Ada suatu ketika akibat terlalu tertekan, Hashemzadeh pernah mengambil pisau untuk menoreh payudaranya sendiri sehingga dia dirujuk kepada seorang pakar psikiatri.
Keadaan ganjil yang dialami Hashemzadeh itu dinamakan Ginekomastia iaitu ketidakseimbangan hormon estrogen dan testosteron yang menyebabkan organ tersebut membesar secara tidak normal.

Menurut pakar bedahnya, Dr. Azhar Aslam, kira-kira separuh golongan lelaki mengalami Ginekomastia tetapi pada skala yang kecil. Kos untuk dia menjalani pembedahan tersebut agak tinggi iaitu sebanyak AS$5,000 (RM16,000).
Namun, Hashemzadeh bernasib baik kerana dia mempunyai seorang teman wanita yang prihatin dan menolongnya mendapatkan wang untuk menjalani pembedahan tersebut.
"Saya tidak lagi berasa sedih kerana sudah kembali menjadi seorang lelaki normal malahan, saya beruntung mempunyai seorang teman wanita yang sangat baik," katanya.
Tambah Hashemzadeh, selepas parut kecilya sembuh, dia berasa seperti lelaki yang baru dilahirkan semula. - Kosmo

Pemuda gemuk pulang ke Perancis

Seorang pemuda gemuk yang merupakan warga Perancis yang seberat 230 kilogram, Kevin Chenais akhirnya dapat pulang ke tanah airnya kelmarin.Dia sebelum ini, terkandas di Amerika Syarikat selepas dilarang menaiki sebuah pesawat penerbangan dan kereta api.Chenais yang berusia 22 tahun mengalami masalah berat badan berlebihan akibat hormonnya yang tidak stabil.Dia tiba di Pelabuhan Calais, Perancis dengan menaiki sebuah feri dari Dover, England. Macam tu lah kesusahan kalau berat badan berlebihan, kena berusaha turunkan berat badan segera dengan produk yang membantu kurangkan masalah berat badan dalam masa 25 hari sahaja!
"Dia mengembara seperti yang dijadualkan atas semangat Britain pada pukul 4.40 petang," kata seorang jurucakap sebuah perkhidmatan feri.

Kisahnya...

Pemuda itu kemudian menaiki ambulans ke bandar Ferney-Voltaire di sempadan Switzerland.Pada mulanya, dia dirawat di Klinik Mayo, Minnesota, AS berhubung masalah kegemukannya.Namun, dia terkandas di AS selepas syarikat penerbangan British Airways enggan membenarkannya menaiki pesawat.Pemuda itu juga tidak dibenarkan untuk sebuah kapal persiaran Queen Mary 2.Chenais perlu kerap untuk menyedut oksigen.

Namun, pemuda berkenaan akhirnya tiba di London selepas syarikat penerbangan Virgin Airlines bersetuju membawanya pada Selasa lalu bersama keluarganya.Apabila tiba di Britain, dia juga tidak dibenarkan untuk menaiki sebuah kereta api bawah tanah ke Perancis atas alasan keselamatan.

Chenais dan keluarganya kemudian bermalam di sebuah hotel dekat Terminal Eurostar di London selepas tidak dibenarkan menaiki kereta api tersebut.Kos penginapannya di hotel itu ditanggung oleh pihak pengurusan Eurostar.Menerusi bantuan beberapa kakitangan konsulat Perancis, Chenais meninggalkan London tengah hari kelmarin dengan menaiki sebuah ambulans ke Dover.
Dia kemudian menaiki sebuah feri menyeberangi Selat Inggeris ke Perancis. - Kosmo

Guna peti sejuk untuk menangkap ikan

Pada kebiasaannya, nelayan akan menyimpan hasil tangkapan di dalam peti sejuk, namun berlainan pula dengan mangsa Taufan Haiyan di sini.Para nelayan itu mengunakan peti sejuk untuk dijadikan bot bagi tujuan menangkap ikan.Taufan Haiyan yang telah mengorbankan lebih 3,000 orang itu telah menjejaskan punca pendapatan petani dan nelayan yang miskin.Ia sekali gus menyebabkan kumpulan nelayan tersebut berusaha untuk memulihkan taraf kehidu- pan mereka semula.

Sebuah keluarga nelayan yang tinggal di selatan bandar Tacloban dan merupakan antara kawasan yang teruk dilanda taufan sejak 13 hari lalu telah menggunakan peti sejuk yang dijumpai dalam timbunan sampah untuk dijadikan bot.

Peti sejuk pun boleh

Menurut seorang penduduk, Jimmy Obaldo, 52, idea untuk menggunakan peti sejuk itu datang daripada anaknya.


"Anak saya yang ingin mencuba menggunakan peti sejuk untuk pergi menangkap ikan.

"Sejak seminggu lalu, kami berjaya menangkap ikan, udang dan ketam dan dijual di pasar," ujar Obaldo.

Taufan Haiyan melanda wilayah tengah Filipina pada 8 November lalu yang dianggap sebagai salah satu taufan paling kuat di dunia.

Ia menyebabkan banyak kemusnahan di pulau-pulau yang terdapat di tengah Filipina. - Kosmo


Kubu perlindungan nuklear bekas Presiden AS di Florida


Sebuah kubu perlindungan yang dibina semasa Perang Dingin untuk bekas Presiden Amerika Syarikat (AS), John F. Kennedy berdekatan Palm Beach kini dijadikan sebagai sebuah muzium.
Kubu itu terletak hanya beberapa minit dari Palm Beach yang menempatkan lokasi kediaman keluarga bekas Presiden AS itu.
Ia dilengkapi dengan ruang dewan utama yang ditempatkan 15 buah set katil dua tingkat, sebuah meja untuk Kennedy dan meja persidangan.
Fasiliti itu merupakan tempat persembunyian yang dikawal ketat selain dilengkapi dengan bekalan makanan tentera, tong air dan kelengkapan alat pengesan radiasi.

Gambar kubu



Selain itu, tempat perlindungan tersebut juga boleh dijadikan rumah kediaman untuk 30 anggota keluarga Kennedy dan kakitangan utama selama sebulan sekiranya serangan nuklear berlaku.
"Mereka telah menguji kubu itu dengan membawanya ke sini.
"Ia terletak sejauh 10 minit perjalanan dari pintu hadapan Palm Beach ke kawasan berkenaan," kata Pengurus Besar Muzium Maritim Palm Beach, Anthony Miller yang bertanggungjawab mengawal selia kawasan berkenaan.
Kennedy menjadi Presiden AS dari 20 Januari 1961 hingga 22 November 22 1963.
Beliau mati ditembak di Dallas oleh Lee Harvey Oswald.

Ukiran kayu terpanjang di dunia

Satu ukiran kayu menampilkan lukisan bersejarah, Riverside Scene at Qingming Festival dinamakan sebagai ukiran kayu terpanjang di dunia oleh Guinness World Records baru-baru ini.
Ukiran kayu tersebut memiliki panjang 12.286 meter dan dihasilkan oleh seorang artis seni tempatan, Zheng Chunhui yang berasal dari wilayah Fujian.

Dia mengambil masa empat tahun untuk menyiarkan hasil seni tersebut beberapa teknik ukiran yang berbeza.
Dua versi lukisan tersebut masing-masing dari era Dinasti Song dan Dinasti Qing diukir pada kayu berkenaan.
Lukisan itu diukir pada batang pokok kapur barus berusia 1,000 tahun. - Agensi

Singa jadi simbol status

Seorang pemuda di negara Teluk menyiarkan gambar di laman sosial Instagram yang menunjukkan dia bermain dengan singa di hadapan beberapa buah kereta sport sebagai simbol kemewahannya. Akaun Instagram tersebut yang setakat ini memiliki lebih 250,000 pengikut menggunakan nama Humaid AlBuQaish.
Lelaki berkenaan kerap memuat naik gambarnya berdampingan dengan beberapa ekor singa dan cheetah.Setakat ini, masih tidak dapat dipastikan tentang pekerjaan AlBuQaish tetapi dia jelas memiliki kekayaan yang didambakan oleh ramai orang.

Simbol status orang kaya

Menurut pengurus Taman Hidupan Liar Ras Al-Khaimah di Emiriah Arab Bersatu, Jasim Ali, binatang buas itu kini dianggap sebagai simbol status dalam kalangan golongan kaya di Teluk.

"Seekor singa putih yang jarang didapati dijual pada harga AS$50,000 (RM159,275)
"Jika seseorang itu membeli haiwan yang amat mahal, dia mahu menunjukkan bahawa dia berupaya membeli apa sahaja yang dia mahu di dunia ini," kata Jasim
"Jika dia menjinakkan binatang buas seperti singa, dia mahu seluruh dunia tahu tentang keberanian dan kejantanannya," tambah pengurus tersebut. - Kosmo

Power Bank Murah, RM79 ( 20 000 mAH)

Dalam aku dok cari-cari power bank sebab memang ada keperluannya nih, bajet pulak ciput. Terjumpalah aku power bank yang aku rasa murah banyak. Brand tak pastilah ok ke tidak hoho... hentam saja je labu kan. Nama power bank ni " Universal Dual-Port Power Bank 20000mAh White " yang berharga RM79 jer kat lazada. Boleh lah nih, jangan meletup sudah ler... hoho. Kalau ikut perkiraan, power bank nih boleh caj sampai 10 kali nih bergantung kepada kapasiti bateri smartphone memasing.


Universal Dual-Port Power Bank 20000mAh White


Aku rasa aku nak beli nih lah, asyik survey tak sudah-sudah tiba masa untuk beli la plak kan, murah dah nih tapi kalau ada kekawan tahu lagi murah ( hoho ) habaq mai ler kat cekk nih. Kasi gambar skit yang aku ambik dari lazada.


 Warna putih, menarik gak kan, macam mahal tapi murah jer rupanya, sesuai sangat kalau nak beli nih bawak travel senang.



Kat lazada ni ada tempat untuk review barang yang dah kita beli, sebelum beli kena baca-baca skit kot2 ada yang tak puas hati.


Perghhh... 2 sekali gus boleh caj nih weh. Memang berbaloi nih. Oklah muktamad dah nih, nak beli yang nih lah. Kalau korang ada rekemen mana-mana power bank, tolong kongsi skit, terima kasih ya. Kalau ada yang taste macam aku, dan nak tengok lanjut tentang power bank nih, boleh lah ke link kat bawah nih, tak payah korang nak cari-cari kat lazada satu-satu, lambat.

Diabetes semakin menakutkan

Penyakit dewasa ni memang banyak menular, macam-macam jenis. Tapi kencing manis atau diabetes nih dari dulu sampai sekarang, makin bertambah. Orang kata penyakit potong kaki sebab kalau kena diabetes, ada luka kat kaki, susah nak sembuh sebab luka tu dari dalam. Maknya daging dalam rosak dulu, lepas tuh baru le boleh nampak keluar dari kulit. Penyakit ni terbalik skit cara cederanya. Aku pernah dengar kekawan bercerita ler, kalau kena diabetes, buntut jadi jatuh! Kalau sebelum ni buntut bulat jer, bila kena diabetesm jadi kempis. Laki ke perempuan ke, sama jer. Jadi, ingat-ingat kekawan sebab penyakit nih kalau dah kena, tak boleh undur balik, macam resdung gak. Jom layan berita dari kosmo tentang diabetes nih.

Belanja besar untuk rawat diabetes

Kira-kira 2.6 juta rakyat Malaysia kini menghidap penyakit diabetes sekali gus mencetuskan kebimbangan kerajaan apabila kira-kira RM2 bilion terpaksa dibelanjakan bagi merawat penyakit itu setiap tahun.Ini bermakna setiap pesakit perlu mengeluarkan belanja kira-kira RM770 bagi merawat penyakit tersebut dalam setahun.
Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan (Kesihatan Awam), Datuk Dr. Lokman Hakim Sulaiman berkata, ia merupakan anggaran kasar bagi pesakit yang menerima rawatan di hospital kerajaan dan swasta.Beliau berkata, perbelanjaan yang besar itu merupakan satu bebanan yang secara tidak langsung akan memberi kesan tidak baik kepada pembangunan sosioekonomi negara.
"Jadi saya menyarankan agar semua individu di Malaysia supaya lebih peka dan mengambil berat tentang penyakit diabetes serta berusaha menangani masalah itu secara menyeluruh.
"Kos rawatan untuk pesakit kencing manis adalah mahal. Kebanyakan ibu bapa tidak mampu membayar alat rawatan termasuk alatan bagi memeriksa tahap diabetes mereka," katanya.

iPhone 6 dengan skrin melengkung

Telefon pintar dengan skrin melengkung seperti Galaxy Round dan G Flex masih belum memperoleh hasil membanggakan di pasaran. 

Begitu juga penjualan telefon sebegini dengan harga agak mahal. Namun hal ini tidak menghentikan niat pengusaha telefon pintar lain mengeluarkan telefon pintar dengan skrin melengkung.

iphone juga di khabarkan tidak mahu ketinggalan mengeluarkan telefon dengan skrin melengkung. 

Dalam satu laporan oleh Bloomberg, iPhone 6 milik Apple bakal hadir dengan peningkatan aplikasi dan software besar-besaran berbanding iPhone 5S. 

Bloomberg juga melaporkan iPhone 6, tidak hanya bakal hadir dengan rekaan layar melengkung, Apple juga bakal menggunakan sensor tambahan yang mampu mengesan tingkat tekanan yang berbeza. 

Selain itu, Apple juga akan menyiapkan dua model iPhone 6, salah satunya bakal hadir dengan skrin 5.5 inci manakala satu lagi mempunyai skrin 4.7 inci. Kedua model iPhone 6 itu, hadir dengan rekaan.

Power Bank murah

Sejak aku letak email aku kat newsletter lazada nih, macam-macam promosi yang lazada hantar. Emm.. nasib baik lah aku takde duit ooo.. kalau tak, mahu aku rembat gajet-gajet yang aku rasa harganya boleh le tahan murahnya, kalau time sale ler kan. Sekarang ni pulak ada sale gila-gila kat lazada ( sale hujung tahun kot ) dan untuk entri kali nih, aku nak kongsi kan skit  produk yang lazada email kat aku dan juga aku masuk site lazada dan tengok produk yang aku anggap murah la ( bagi aku la ).


Macsonic Portable Battery Bank 12000mAh White


Nampak tu, Macsonic Portable Battery Bank 12000mAH, RM65 jer.


Sekarang ni ramai yang guna smart phone, kalau selalu main game, bateri cepat habis oooo, power bank memang di perlukan terutama kalau kita keluar jalan-jalan atau travel seperti aku pergi Desaru hari tuh, saat-saat indah tak dapat di lepaskan. Sanggup caj batteri smart phone kat kaunter hotel.


Ini cara-cara belian dengan lazada


Sony MN2 Smart Watch Black with 2 Wristbands



Terbaik, tapi yang ni hari ni sahaja.


Mak aiii... smart phone yang banyak fungsi ni, dapat kat budak-budak remaja buat stail kemain nih. Orang-orang dah tak sesuai gajet-gajet cam nih. Elok sangat kalau nak beli gajet time-time promosi hujung tahun nih kat mana-mana kedai pun. Kat lazada aku nak kongsi sini, sempena sale ni ( aku tengok kat website dia ), ada additional 10% less kalau guna kad kredit visa. Jadi kalau memang dah berkenan lama dengan gajet-gajet nih, elok sangat lah tuh beli masa sale nih dengan kredit kad visa. Kalau banding dengan Samsung Galaxy Gear, sapa menang ni?


Beli dengan kredit kad visa untuk dapat tambahan 10% diskaun!



Kawan aku ada beli produk kat lazada dan jual balik ooo... power bank yang harga rm90, aku tak ingat brand mana satu. Dia promote kat kekawan facebook, ada order baru dia beli kat lazada dan bagi kawan dia, senang gak cara cam tuh, rezeki dia.


Inilah kelebihan belian online ni, tu je aku nak kongsi sebenarnya.


Larian lembu tanduk berapi di Sepanyol

MEDINACELI, Sepanyol - Penduduk di sini mengadakan festival yang jarang diadakan di tempat-tempat lain di dunia. Dinamakan Toro de Jubilo atau Festival Lembu Api, acara berkenaan berlangsung kelmarin di sebuah dataran utama di bandar ini.

Larian lembu api itu merupakan acara kuno yang berasal dari zaman gangsa.Semasa acara berkenaan diadakan, penduduk mengikat jamung pada tanduk seekor lembu jantan dan api dinyalakan.



Haiwan itu kemudian dilepaskan. Peserta perlu mengelak daripada ditanduk atau terkena api tersebut sehingga jamung berkenaan padam sendiri.Lembu jantan itu dilumur dengan lumpur tebal pada bahagian muka dan belakang untuk mengelakkan haiwan itu melecur. - Kosmo


80 tonton rancangan TV Korea Selatan dihukum mati

Korea Utara secara terbuka menghukum mati 80 penduduknya awal bulan ini, kebanyakannya kerana menonton rancangan televisyen Korea Selatan yang diseludup, lapor akhbar Korea Selatan semalam. Akhbar JoongAng Ilbo merujuk sumber tunggal yang tidak dikenali, tetapi sekurang-kurangnya satu kumpulan Korea Utara yang berpaling tadah berkata ia mendengar khabar angin yang boleh dipercayai. Sumber, yang dikatakan biasa dengan unit hal ehwal dalaman Korea Utara dan baru-baru ini kembali daripada negara itu, berkata hukuman dijalankan di tujuh bandar raya pada 3 November lalu. 

"Di Wonsan, yang terletak di timur, pihak berkuasa mengumpulkan 10,000 orang di sebuah stadium untuk menyaksikan hukuman tembak sampai mati ke atas lapan orang," kata sumber memetik saksi sebagai berkata. 


Zon ekonomi khas 


Kebanyakannya dituduh menonton drama televisyen Korea Selatan yang diseludup, dan sebahagiannya terbabit dengan pelacuran. 
Beberapa bandar raya, termasuk Wonsan dan Pyongsong di barat, dianggap sebagai zon ekonomi khas yang bertujuan menarik pelaburan asing untuk menaikkan ekonomi republik itu. 


Laman web berita beribu pejabat di Seoul, Daily NK, dikendalikan penduduk Korea Utara yang berpaling tadah dan mempunyai rangkaian sumber luas, berkata ia tidak mempunyai maklumat mengenai hukuman itu. 
Namun satu lagi laman web yang juga dikendalikan penduduk yang berpaling tadah, North Korea Intellectual Solidarity, berkata sumber melaporkan beberapa bulan lalu mengenai rancangan melaksanakan hukuman secara terbuka. 


"Rejim memang takut dengan kemungkinan perubahan pemikiran penduduk dan cuba menakutkan mereka," menurut laman web rasmi. 
Menonton filem atau televisyen luar - terutama dari Korea Selatan - adalah kesalahan serius di Korea Utara. Bagaimanapun, usaha untuk mengawal pengedaran dihalang teknologi, dengan peningkatan bilangan diseludup menerusi cakera digital dan pemain mp3. 


Selain drama bersiri Korea Selatan, rancangan Amerika Syarikat seperti Desperate Housewives juga dipercayai mempunyai peminat tersendiri - BH

Gengster Malaysia balik kampung

Anggota kumpulan kongsi gelap yang bersembunyi di negara jiran kerana tertekan dengan Ops Cantas Khas yang dilancarkan polis pada pertengahan Ogos lalu dikesan mula pulang ke negara ini.
Berikutan itu, Penolong Pengarah (Tahanan) Bahagian Kongsi Gelap, Maksiat dan Perjudian (D7) Bukit Aman, Asisten Komisioner Kamarul Zaman Mamat berkata, operasi memburu mereka kini tertumpu di kawasan sempadan negara termasuk di pintu-pintu masuk lain sempadan.
"Maklumat yang pihak kita peroleh mendapati anggota kumpulan kongsi gelap yang sebelum ini lari merentasi sempadan negara mula balik ke Malaysia," kata beliau kepada pemberita selepas mengetuai Ops Cantas Khas di Kompleks Imigresen, Kuarantin dan Kastam (CIQ) di sini semalam.

Mega Sale Lazada

Korang mesti tahu tentang lazada kan? Takkan tak tahu kot... atau pun pernah beli barang kat lazada tuh. Kalau ada barang nak beli, sesuai beli sekarang sebab lazada ada mega sale sekarang. Mesa sale lazada ni di namakan " Online Revolution " dengan tag line nya "We're changing the way you shop". Mega sale ni start 11/11/13 - 12/12/13, cantik nombor nih.

Masa sale ni ada 11 produk dari 11 kategori akan di buat sale gila-gila dalam tempoh seperti di atas.  Makna 11 produk dalam satu masa ikut kategori masing-masing akan di beri harga murah dan produk-produk ni akan di tukar setiap minggu selama 4 minggu le.

Online Revolution di Lazada


Ini lagi best. Korang boleh vote 11 produk di lazada setiap hari dari pukul 11am - 11pm dan produk yang dapat vote tinggi akan di jual pada harga rm1 pada pukul 11am keesokkannya tetapi hanya satu unit shaja di jual. Ini baik punya cara promosi ni, macam-macam idea lah depa nih. Tapi 1 unit, sapa cepat dia dapat ler.



Emm.. aku nak vote pe kali nih ek? Note 3 bulih jadi gak nih, tapi frust 1 unit jer. Seluruh negara nak tunggu rebut 1 unit jer... hehehe.. confirm aku tak dapat. Walau apa pun, kalau korang suka untuk memeriahkan suasana, boleh jer join benda-benda cam nih.

Pengawal Keselamatan jadi pelakon

Tuan ayam nampak di kaki, tuah manusia sapa tahu ehh. Korang mesti ingat pengawal keselamatan yang di marahi oleh isteri Mak Yo sebelum ni kan. Namanya Azman dan sekarang dah terima tawaran berlakon beb. Fulamakk... jadi pelakon la plak dia, tapi tak tahu menjadi ke tidak kerana lakonan dalam satu cerita ni hanya beberapa minit jer. Harap-harap Azman dapat tawaran berlakon lagi lepas nih dan semuga rezeki bertambah-tambah. Inilah orang kata, setiap kejadian ada hikmahnya.

Cintang Pandang Kedua TV9





Rakaman kekecohan antara dirinya dengan isteri seorang pemain bola sepak terkenal, yang tersebar menerusi internet pada September lalu, membawa pengawal keselamatan, Azman Md Nayan, ke dunia lakonan.
Umpama rakaman semula atau parodi, Azman, 49, muncul menerusi aksi cameo bersama pelakon muda, Izara Aishah dan Dazrin Kamaruddin, dalam drama berjudul, Cinta Pandang Kedua, yang akan disiarkan TV9, bulan depan.
"Saya hanya berlakon beberapa minit. Wataknya juga tidak besar mana. Kalau ada tawaran lagi selepas ini, saya tak tahu sama ada mahu terima atau tidak. Rasanya seperti mahu tapi malu sebab siapalah saya ini. Segan juga apabila berlakon dengan artis popular.

Azman yang bertuga di Subang Skypark, Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah (LTSAAS), Petaling Jaya, tidak menyangka produksi drama terbabit menawarkan peluang berlakon kepadanya.

Skim gaji pensyarah IPTA dikaji

Kuala Lumpur: Kerajaan memberi jaminan akan menilai skim perkhidmatan pensyarah institut pengajian tinggi awam (IPTA) yang ketinggalan berbanding penjawat awam lain. 

Menteri Pendidikan II, Datuk Seri Idris Jusoh, berkata perbincangan teliti mengenai cadangan itu akan dilakukan sebelum dikemukakan ke peringkat lebih tinggi untuk Kuala Lumpur: Kerajaan memberi jaminan akan menilai skim perkhidmatan pensyarah institut pengajian tinggi awam (IPTA) yang ketinggalan berbanding penjawat awam lain. 


Menteri Pendidikan II, Datuk Seri Idris Jusoh, berkata perbincangan teliti mengenai cadangan itu akan dilakukan sebelum dikemukakan ke peringkat lebih tinggi untuk diputuskan. 


"Kita akan bentangkan kepada pihak atasan untuk perhatian sewajarnya," katanya ketika diminta mengulas desakan Majlis Persatuan Akademik Malaysia (MAAC) supaya ia dikaji semula kerana tidak pernah ditambah baik sejak lebih 10 tahun lalu. 



Beliau berkata demikian pada sidang media selepas meninjau hari pertama peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Puteri Wilayah, di sini semalam. 

Dalam pembentangan Bajet 2014 bulan lalu, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mengumumkan 81 skim perkhidmatan awam akan diberi penambahbaikan, berkuat kuasa Januari 2014. 

Sebelum itu, 86 skim perkhidmatan dikaji bagi memastikan kadar gaji minimum dan elaun penjawat awam sentiasa selaras dengan kenaikan kos sara hidup semasa. 

Sebelum ini MACC yang mewakili kira-kira 30,000 pensyarah IPTA mendesak kerajaan mengkaji skim itu dengan memperkenalkan kenaikan pangkat pensyarah dan tenaga pengajar dibuat berdasarkan tempoh perkhidmatan, bukan berdasarkan merit. 

Ditakuk lama 

Pengerusi MAAC, Prof Dr Mohd Idrus Mohd Masirin, berkata ia sudah berlarutan lebih 10 tahun dan skim gaji pensyarah masih di takuk lama tanpa penambahbaikan. 

Beliau dilaporkan berkata, tidak semua pensyarah melakukan kajian serta menghasilkan inovasi untuk dijadikan merit dalam proses kenaikan pangkat dan gaji. 

Mengulas tanggapan negatif sesetengah pihak susulan keputusan Sejarah dijadikan subjek wajib lulus SPM mulai tahun ini, Idris berkata, kementerian bukan mahu membebankan pelajar apabila menjadikan ia wajib lulus. 

Katanya, langkah berkenaan bertujuan supaya generasi muda tahu sejarah negara, sekali gus mendidik mereka menjadi warga negara yang baik.