Servis Toyota Altis 80 000 km, RM1123

Hari aku memang tak kerja. Memang cuti di berikan sebab esok ganti public holiday. Jadi aku pergi servis kereta kat UMW Toyotsu Motor Seksyen 15 Shah Alam. Book pukul 10.00 pagi tapi pukul 9.00 pagi aku dah sampai. Hari ni ialah hari bekerja bagi ramai orangm jadi, takde le ramai sangat orang servis kereta hari nih jika banding dengan hari Sabtu.

Masuk-masuk kat pusat servis tu, terus kekaunter untuk daftar. Aweks tu ambik buku servis tuh, tunggu dalam 10 minit, service advusir panggil untuk daftar dan pergi check kereta. Sebelum service advisor panggil tuh, aku pekena dulu 2 bungkus nasi lemak free kat pusat service toyota nih dengan air milo, layan-layan akhbar jap.

Toyota Vios baru 2013


Sambil-sambil tunggu diorang service, aku usha-usha toyota vios baru jap.... emmm.. boleh tahan. Kalau korang nak tengok gambar, ada kat sini. Tanpa segan silu aku ambik je gambar keta tuh, buat-buat macam biasa jer.

Kereta aku servis tadi, dah siap. Kaunter bayaran, perghhh,,, tukang jaga kaunter, ala-ala pan asia gituh. Untuk servise 80 000 km nih, kena le kos rm1123. Ini service paling mahal untuk kereta aku nih sebab macam-macam minyak di tukar. Aku tak nak ambil risiko service kat bengkel-bengkel lain takut kena tipu dan juga takut spare part takde kualiti. Jadi gores je ler bayaran tuh hoho, nanti baru bayo kad kredit tuh.


Macam-macam tukar, baru selamat skit
Senarai kos
Total kos, pejam mata bayar

Kemudahan Pusat Service UMW Toyotsu Shah Alam



TV, ada
Lepas service guna pass ni untuk keluar dari pusat service
Lepas bayar, dapat le keropok skit free
Tempat main budak-budak
Tempat makan dan minum
Kaunter
Nasi lemak percuma, aku makan 2 bungkus, bolehla
Meja rundingan

Piya terima ugutan bunuh

Kecoh lagi! Selepas Idra Putra Mahayuddin terima ugutan bunuh September lepas, kali ni menjelang final piala malaysia 2 hari lagi, Piya pulak terima ugutan bunuh di facebook. Alamak.. main-main ugut-ugut pulak dah, cam budak-budak je nih.


Individu yang menggunakan akaun Facebook, Elman Ganu difahamkan menghantar mesej di dalam akaun milik Budok Juvana yang menghina pasukan Kelantan dan ugutan bunuh terhadap Mohd Badhri. 

Antara kandungan mesej Elman Ganu yang dihantar termasuk 'Aku akan upah orang bunuh Badhri Radzi' dan menggunakan perkataan lucah dan kesat terhadap rakyat Kelantan. 
Perkara berkenaan dianggap serius oleh penyokong TRW apabila Kelab Bantuan Kemasyarakatan Kelantan (KSBK) bertindak membuat laporan polis berhubung ugutan itu di Balai Polis Kota Bharu.


Apasal aku rasa muka cam pecah rumah ni... hehe


Makin serius nampak gayanya bola sepak di malaysia, peminat-peminat makin beremosi.


Besarnya ulat





Lelaki tinggal 10 tahun dalam kereta

Seorang lelaki berusia 83 tahun, Oscar Almaguer tinggal di dalam sebuah kereta Volkswagen Beetle keluaran tahun 1967 di pinggir Monterrey, Mexico,Warga emas itu menjadikan kereta tersebut sebagai rumahnya selepas dia bercerai dengan isterinya 10 tahun lalu.Dia mengubah suai kereta tersebut dengan meletakkan kusyen dari sebuah kereta keluaran Volkswagen yang lain di dalam kenderaannya itu.

Sebahagian barang-barang milik warga emas itu seperti besen dan kasut disimpan di dalam hud kereta tersebut.Dia juga menggunakan penutup plastik berwarna hitam untuk melindungi badan kereta tersebut daripada pancaran cahaya matahari.Oscar tidak menggunakan kunci untuk menghidupkan enjin kereta itu.

Kereta tu masih boleh dipandu walaupun usia dah 46 tahun


Sebaliknya, dia menyambung dua wayar untuk menghidupkan enjin kereta tersebut.Enjin kereta itu adalah dari sebuah model kereta sedan Volkswagen.


Kereta itu juga mempunyai alat selak kunci yang dipasang pada pintu kenderaan tersebut.Walaupun dijadikan tempat tinggal, Oscar turut memandu kereta yang berusia 46 tahun itu. - Kosmo

Mesin duit maya pertama di dunia

Tiga orang usahawan muda di Kanada telah menghasilkan mesin automatik untuk menukarkan sebarang wang kertas dengan duit yang boleh digunakan untuk traksaksi di internet. Mesin itu yang dikenali sebagai Bitcoin adalah yang pertama di dunia.Ia digunakan kelmarin yang kemudian dihantar ke Vancouver di barat Kanada oleh sebuah syarikat pengeluar mesin tersebut di Amerika Syarikat (AS), Robocoin.Mesin itu diletakkan di dinding sebuah kedai kopi popular dan menyerupai sebuah Mesin Teler Automatik (ATM).

Bagaimanapun, selain mampu melakukan urus niaga tunai, ia juga mampu menukarkan mata wang Kanada dengan duit maya yang digunakan dalam dunia internet.Duit itu mula dicipta pada tahun 2008 oleh seorang saintis komputer yang hanya dikenali dengan nama samaran Satoshi Nakamoto.Beberapa orang pelanggan mula beratur panjang kelmarin untuk menggunakan mesin ATM itu dan kemudian menggunakan telefon pintar mereka untuk membeli air kopi dan mufin di kedai kopi Waves.

"Mesin ATM ini adalah yang pertama di dunia," kata pengasasnya, Mitchel Demeter.



Demeter merupakan seorang usahawan tempatan yang memulakan perdagangan mata wang elektronik beberapa tahun lalu.Dia dan rakan-rakannya yang pernah belajar bersama berkata, mereka melihat mesin ATM sebagai sebuah peluang perniagaan."Tiada orang memiliki mesin ATM. Semua orang hanya melakukan pembelian dan penjualan di dalam laman web sahaja," kata Demeter.

Para pelanggan akan menggunakan nombor pengenalan peribadi untuk mengakses akaun mereka di mesin duit maya itu.Pelanggan-pelanggan itu akan memasukkan wang kertas ke dalam mesin tersebut yang akan menukarkannya ke dalam bentuk mata wang maya yang akan dimasukkan ke dalam telefon bimbit menerusi kaedah pengimbas.

Para pengguna kemudian akan membelanjakan duit maya itu dengan menggunakan telefon bimbit iaitu cara yang sama kad kredit digunakan - Kosmo


Gaya moden Muslimah

Kehadiran rekaan yang menepati syarat pemakaian, bukan saja membolehkan wanita Muslimah bergaya, malahan lebih memikat dalam setiap langkah dipadukan mereka. 

Seiringan permintaan dunia pemakaian Muslimah yang semakin mendapat perhatian, Festival Fesyen Islam (IFF) 2013, acara persembahan fesyen yang tidak asing lagi tampil sekali lagi memperkenalkan rekaan busana dilihat mampu memberi impak dalam industri fesyen. 

Eksklusif, mewah 


Menceriakan pentas dengan rekaan menggabungkan keunikan songket, fabrik batik dan tenunan sentuhan utama, pementasan bertemakan Kelir Sriwijaya di Palembang, Indonesia, barubaru ini, menampilkan rekaan kreatif pereka Indonesia dan Malaysia dalam menyemarakkan lagi dunia hijab Muslimah moden. 

Eksklusif dan mewah, namun masih mengekalkan syarat pemakaian wanita Muslimah moden. Antara pereka yang turut menyumbang sentuhan kreatif mereka ialah tiga dari Malaysia iaitu Datuk Tom Abang Saufi, Nora daripada Galeri Muslimah serta Calvin Thoo. Pereka dari Indonesia pula ialah Zainal Ariffin, Jeny Tjahyawati, Ade Listiani, Dian Pelangi dan Ghea Panggabean. 

Akaun Facebook suspek jadi perhatian

Kuala Lumpur: Akaun Facebook, dipercayai milik Ardi Hamza, 37, suspek utama pembunuhan kakitangan Ambank, Norazita Abu Talib, menjadi perhatian orang ramai sejak kelmarin. 

Laman berkenaan yang menggunakan nama Ardi Ode Putra Katela itu, menggunakan gambar profil mirip wajah suspek yang diedarkan polis sejurus pembunuhan pada Rabu lalu. 

Timbalan Ketua Polis Selangor, Datuk Abdul Rahim Jaafar, berkata polis yang turut memantau, percaya akaun Facebook terbabit milik suspek. 


Berdasarkan semakan BH terhadap laman itu, pemiliknya memuat naik status terakhir, dua hari sebelum pembunuhan terbabit, dengan tulisan, "Jum Blik kampung kita.... mat mlam all" (jom balik kampung kita, selamat malam semua). 

Sehingga jam 9 pagi semalam, seramai 186 pelayar internet berkongsi status terakhir lelaki itu sambil mengecam pembunuhan yang dilakukan dan mengajak orang ramai membantu polis menjejaki suspek. 

Tunjuk gambar pakai seragam pengawal 

Himpunan gambar yang disimpan dalam akuan itu antara lain menunjukkan suspek memakai seragam pengawal keselamatan, lengkap memegang senjata api jenis Pump Gun dan dipercayai dirakamkan ketika bertugas di bank. 
Antara gambar lain yang dimuat naik lelaki itu termasuklah lebih tiga keping gambar longgokan wang tunai dan aktivitinya bersama rakan ketika bersenam dalam gimnasium. 

Berdasarkan bahasa digunakan pada status dan kebanyakan komen dalam laman itu, menunjukkan pemilik akaun terbabit berasal dari Indonesia, sekali gus menguatkan lagi kenyataan polis sebelum ini bahawa suspek berasal dari Sulawesi, Indonesia. 

Dalam kejadian di USJ Sentral, Subang Jaya, jam 6.20 petang Rabu lalu, Norazita, 37, yang juga Pegawai Operasi Ambank Cawangan USJ, maut ditembak di kepala dari jarak dekat oleh pengawal keselamatan tempat kerjanya. 

Larikan wang tunai 

Suspek kemudian melarikan wang tunai RM450,000 dari bilik kebal bank berkenaan yang sebelum itu dibuka oleh mangsa untuk menyimpan wang. 

Dalam usaha memburu suspek, setakat ini polis menahan tiga individu termasuk isterinya pada hari kejadian kerana dipercayai turut bersubahat dan menemui wang tunai RM30,000. 

Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) turut mengesahkan suspek terbabit menggunakan MyKad palsu berdasarkan nombor dokumen itu tidak wujud dalam sistem maklumat jabatan itu.

IPad Air

Syarikat Apple Inc. kelmarin memperkenalkan komputer tablet iPad yang lebih nipis daripada versi lamannya. Komputer tablet baharu itu diberi nama iPad Air yang seberat hanya 0.45 kilogram (kg) berbanding versi lamanya iaitu 0.64kg. Menurut ketua pemasaran syarikat itu, Phil Schiller, versi baharu itu mempunyai kelajuan pemprosesan lapan kali ganda daripada iPad pertama keluaran tahun 2010.

Namun, komputer tablet baharu itu akan berada di pasaran pada 1 November depan.
Komputer tablet baharu itu akan dijual pada harga AS$499 (RM1,580) untuk versi yang mempunyai memori 16 gigabait.
Bagaimanapun, harga iPad 2 dikekalkan pada AS$399 (RM1,263).
Sebuah lagi komputer tablet iPad mini akan dijual pada harga AS$399 yang mempunyai memori 16 gigabait. - Kosmo

Tengokkk, Perancis pun boikot barang Israel

PERANCIS. Sekumpulan aktivis Perancis bertindak melancarkan kempen memboikot barang keluaran Israel di sini, semalam.

Media tempatan melaporkan, kempen itu berlangsung di pasar raya terkemuka di Perancis dengan disertai lebih 170 pertubuhan bukan kerajaan.

"Kempen itu bertujuan memberi tekanan ke atas Israel supaya menghentikan peneroka haram di wilayah Palestin," memetik laporan itu.


Baru-baru ini, Kesatuan Eropah (EU) turut mengharamkan 28 negara anggota menggunakan dana EU bagi projek penempatan haram Israel di wilayah Palestin menurut Press TV.

EU juga menambahkan tekanan apabila mensyaratkan semua kontrak dua hala antara negara anggota EU dan Tel Aviv perlu memasukan klausa bahawa Baitulmuqaddis, Genting Gaza, Tebing Barat dan Bukit Golan bukan milik Israel - Sinar

Kafe tema tandas pertama di AS dibuka

Seorang pengusaha restoran dari China menarik perhatian ramai apabila dia membuka sebuah kafe bertema tandas yang pertama di Amerika Syarikat (AS), lapor akhbar New York Daily News.
Restoran Magic Restroom Cafe milik YoYo Li yang terletak di selatan California di sini dibuka sejak 11 Oktober lalu.
Stesen televisyen tempatan, KTLA 5 melaporkan bahawa kafe berkenaan dilengkapi kerusi menyerupai mangkuk tandas.
Makanan di premis berkenaan pula dihidang dalam mangkuk tandas mini.

Kafe tersebut turut dihiasi tempat buang air kecil dan tandas di sepanjang dinding serta dekorasi kelengkapan mandian.
YoYo Li mengambil keputusan membuka kafe itu di AS selepas menyedari konsep restoran tersebut amat popular di China dan Taiwan.
Kafe Magic Restroom menghidangkan menu-menu dari Taiwan termasuk nasi kari 'magic' dan mi sup daging lembu. - Kosmo

Nyaris dihempap batu lima tan

Seorang penunggang motosikal nyaris dihempap batu seberat lima tan yang menggelongsor jatuh dari bukit akibat tanah mendap semasa melalui Jalan Tun Sardon ke Paya Terubong, Balik Pulau di sini semalam.
Dalam kejadian pukul 1 petang itu, simen konkrit penghadang yang dibina di lereng bukit berkenaan pecah akibat pergerakan tanah menyebabkan sebatang pokok tumbang ke jalan raya bersama bongkah batu tersebut.


Keadaan itu menyebabkan satu laluan terpaksa ditutup selama empat jam bagi mengalihkan bongkah batu itu oleh pekerja Jabatan Kerja Raya (JKR) dan Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP).
Saksi kejadian, Azhan Sulaiman, 45 berkata, ketika kejadian dia yang dalam perjalanan dari Balik Pulau ke pusat bandar terkejut apabila terdengar bunyi dentuman kuat sebelum melihat bongkah batu besar jatuh dari atas bukit.
Katanya, dia yang memberhentikan motosikal hanya mampu menjerit dan melambai-lambaikan tangan kepada seorang wanita yang menunggang motosikal dari arah bertentangan daripada dihempap batu berkenaan - Kosmo

UNIK! - Jagung Berwarna warni Pertama Dicipta Di Dunia (10 GAMBAR)

SEKALI pandang mungkin jagung ini umpama biji-biji manik yang berwarna-warni dan mungkin ada yang akan menganggapnya sebagai jagung plastik. Hakikatnya, jagung berwarna-warni yang dinamakan Gem Glass ini memang asli dan berasal dari Oklahoma. Ia dihasilkan oleh seorang petani yang bernama Carl Barnes selepas penyelidikan dan usaha selama bertahun-tahun.

Barnes mendapat idea ini selepas menyedari jagung mempunyai biji yang berlainan warna dan mencantumkan benihnya sehingga boleh menghasilkan tongkol jagung yang mempunyai pelbagai warna. Bagaimanapun, beliau tidak sempat melihat hasil benih tersebut kerana meninggal dunia.

Mujurlah Barnes sempat menurunkan pengetahuan itu kepada rakannya, Greg Schoen dan memintanya menjaga tradisi itu.
Pada tahun 2010, Schoen memutuskan untuk memberi benih tersebut kepada seorang pengusaha benih di Arizona, Bill McDorman. "Saya terpesona dan tidak pernah ada orang yang pernah melihat jagung seumpama ini," katanya.
Benih tersebut kini dijual kepada orang ramai melalui laman web dengan harga RM25.47 setiap paket dan mendapat sambutan begitu hangat sehingga kerap kehabisan stok.

Menarik, memang tak pernah ada produk sebegini sebelum ini... tengoklah tak lama lagi ade la sampai kat malaysia jagung dengan pelbagai warna.

Gambar menarik ATM ( 1 ) vs Kelantan ( 2 ) separuh akhir pertama Piala Malaysia

Fuhhh.. lega. Kalau korang tengok bola separuh akhir Kelatan vs ATM semalam, memang best. Laju siot, itu yang boleh aku katakan. Kedua-dua team saling serang-menyerang. Bagi aku ATM banyak kontrol bola tapi shoot ke pintu gol kurang. Kelantan nampak macam banyak buat serang balas dan lebih banyak tendang ke pintu gol walaupun jaringan hanya 2. Adakah ATM mampu bangkit di Kota Bharu nanti? Saksikan gambar-gambar menarik game malam tadi yang aku copy dari beberapa sumber.


Credit Arena.my 

Credit Harian Metro 

Credit Harian Metro 

Credit Harian Metro 

Credit Harian Metro 


Credit TRW fb

Credit Arena,my

Credit Harian Metro 

Cerita iPhone

Walaupun model baru iPhone 5S menampilkan pelbagai ciri terkini jauh lebih baik daripada sebelumnya, kos mengeluarkan telefon berkenaan tidak jauh berbeza. IHS Inc dalam kajiannya mendapati, kos melengkapkan pada komponen iPhone 5S 16-gigabait (GB) adalah AS$190.70 (RM615). Ditambah kos pengeluaran AS$8 (RM25.80), menjadikan kos keseluruhan pengeluaran model itu ialah AS$198.70 (RM640) seunit.Sebagai perbandingan, iPhone 5 yang dilancarkan setahun lalu membabitkan kos AS$197 (RM635). 

Penampilan iPhone 5S dengan pelbagai ciri baru dalam dunia telefon pintar seperti pemproses aplikasi 64-bit dan pengimbas pengenalan ibu jari, tetapi tidak membabitkan peningkatan kos yang terlalu tinggi. 
Firma penyelidikan itu juga mendapati, iPhone 5C 16 GB, varian lebih murah berbanding 5S dengan anggaran kos pengeluarannya sekitar AS$173.45 (RM558) seunit. 

Kajian dapati kos seunit iPhone 5S hanya RM640


5C secara asasnya adalah iPhone 5 yang dibalut plastik kerana mendapati produk ditampilkan dengan ciri hampir sama, cuma mendapat manfaat daripada ekonomi bidangan menerusi pembelian pukal komponen serta kerangka plastik lebih murah. Model beerkenaan dijual pada AS$549 (RM1,768) tetapi dipasarkan pada harga sekitar AS$99 (RM319) menerusi kontrak perkhidmatan dua tahun. Ini adalah telefon pintar termurah pernah dikeluarkan Apple sejajar usahanya melonjakkan jualan di China dan kalangan negara membangun dan dunia ketiga. 

Ini berikutan sebahagian besar daripada pelanggan di negara berkenaan masih belum bersedia untuk membuat pelaburan membeli peranti pintar seperti di Amerika Syarikat dan Eropah. Bagaimanapun, pelbagai pihak terus mengkritik Apple kerana mendakwa iPhone 5C terlalu mahal di negara berkenaan. Mengikut IHS, walaupun kos pengeluaran secara asasnya rendah bagi iPhone 5C berbanding iPhone 5, kos berkenaan sebenarnya adalah dalam jajaran tinggi. 

Justeru, untuk menjual 5C sepadan dengan kedudukannya sebagai telefon pintar murah pada AS$400 (RM1,288) seperti jangkaan pasaran, syarikat itu perlu menurunkan kos pengeluaran 5C pada kira-kira AS$130 (RM418) seunit.
Samsung Malaysia Electronics melancarkan telefon pintar siri paling popular terbarunya, Galaxy Note 3 LTE di pasaran Malaysia. Galaxy Note 3 ditawarkan pada harga permulaan RM2,399. 

Produk ini akan mengukuhkan lagi kedudukan kumpulan itu dalam industri selain memacu Samsung dalam usahanya sebagai peneraju inovasi teknologi boleh di pakai.

Samsung Galaxy Note 3 menjadi bukti gergasi elektronik Korea Selatan itu dengan meletakkan satu standard baru dalam inovasi peranti mudah alih pengguna. Lagi update terbaru mengenai gajet kat sini.



Galaxy Note 3 diperkenalkan dengan ciri-ciri premium pada pelindung baterinya, skrin HD penuh super AMOLED berukuran 5.7 inci, kamera 13 megapiksel, RAM 3GB - terbesar dalam industri, kapasiti storan 32GB, slot microSD dan teknologi terkini LTE. 


Produk baru daripada barisan Galaxy Note itu turut memiliki Samsung KNOX iaitu sistem perlindungan sekuriti dan privasi yang dipertingkat khusus bagi memenuhi keperluan enterpris dalam menyediakan ruang simpanan bagi maklumat sensitif perniagaan. 


Jam pintar Galaxy Gear pula diperkenalkan sebagai aksesori terbaik telefon pintar khusus untuk Galaxy Note 3 dengan keupayaan memberi notis pendek bagi panggilan, e-mel dan teks yang masuk ke telefon pintar terbaru itu. 


Selain itu, kemudahan itu juga berupaya digunakan untuk menjawab panggilan menerusi pembesar suara dan mikrofon pada jam, menggunakan arahan suara untuk mendapatkan maklumat daripada internet dan muat turun aplikasi.

Kejar duit ke?

Apakah keuntungan hasil jualan tiket mengatasi keperluan pemain untuk menikmati kelebihan beraksi di gelanggang sendiri? Itu persoalan yang timbul di sebalik keputusan Persatuan Bola Sepak Angkatan Tentera (PBAT) memohon kepada Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) supaya perlawanan separuh akhir pertama Piala Malaysia menentang Kelantan, 18 Oktober ini dipindahkan dari Stadium Selayang ke Stadium Shah Alam. 

Selepas permohonan PBAT itu diluluskan FAM, Isnin lalu, anehnya pemain Tentera diketuai kaptennya, Hairuddin Omar pula tampil tidak bersetuju, kelmarin dengan menganggap beraksi di Stadium Shah Alam hanya memberi kelebihan kepada Kelantan kerana pasti lebih ramai penyokong lawan dapat hadir ke perlawanan itu. 

Sohosnita - jom berniaga online

Penggunaan internet memberi banyak kelebihan kepada masyarakat masa kini. Andainya digunakan kemudahan dengan sebaiknya ia boleh menjana pendapatan dengan cara mudah, ringkas dan cepat. 
Jika lihat pada perkembangan dunia alam maya sekarang, pelbagai jenis produk dipasarkan melalui internet dari produk kecantikan hingga pakaian, kelengkapan rumah dan sebagainya sama ada yang berjenama atau mampu milik. Perniagaan atau perkhidmatan diperkenalkan di alam maya membuka peluang kepada wanita untuk menambah pendapatan selain dapat menumpukan perhatian kepada keluarga. 

Menyokong hasrat wanita dalam dunia perniagaan dalam talian, Sohonista atau small office, home office (Soho) diperkenalkan. 

Pengerusi Sohonista, Datuk Rosni Zahari, berkata kehadiran laman web perniagaan itu bukan saja membuka peluang wanita untuk mempromosikan perniagaan alam maya mereka secara percuma tetapi meningkatkan lagi kualiti produk atau perkhidmatan diketengahkan peniaga. 

Rosni berkata, dengan adanya perjanjian kerjasama bersama Tabung Ekonomi Kumpulan Usahaniaga (TEKUN) Nasional, ia dapat terus membantu usahawan wanita yang berniaga dalam talian menerusi Internet menerusi pinjaman modal diperlukan. 

"Modal berperanan penting untuk perkembangan perniagaan. Jadi, menerusi usaha sama ini, diharapkan Sohonista dapat menjadi penggerak untuk menyokong permohonan di antara usahawan," jelasnya ketika ditemui pada Tekun Nasional dan Sohonista, di Kuala Lumpur, baru-baru ini. 

Hadir sama, Pengerusi Tabung Ekonomi Kumpulan Usahaniaga TEKUN Nasional, Datuk Hamidah Osman dan Pengarah Urusan merangkap Ketua Pegawai Eksekutif Tekun Nasional Datuk Abdul Rahim Hassan bersama tetamu lain. 



Info Sohonista 


  • Adalah landasan penggerak bagi membantu usahawan dalam talian mempromosikan produk perniagaan di samping menyalurkan pendedahan ilmu perniagaan secara percuma kepada ahlinya. 

  • Ketika ini, laman web perniagaan itu sudah mencatatkan lebih 150,000 pengunjung dengan lebih 3,000 ahli. 

  • Sohonista dilihat sebagai payung hubungan perniagaan dalam talian dengan organisasi, pembekal, agensi kerajaan yang sedia memberikan bantuan. 

  • Laman web ini turut menyediakan rangkaian perniagaan, bengkel dan jalinan hubungan perniagaan untuk peniaga berkongsi ilmu di ruang niaga bazar dikendalikan dan segala-galanya dijalankan secara percuma untuk ahli berdaftar 

  • Uniknya, lama web perniagaan itu tidak meletakkan syarat dan cukup sekadar peniaga memiliki laman web atau blog sendiri serta terbuka kepada usahawan lelaki. 

  • Laman web: http://sohonista.my.

Samun duit ibadat korban RM35,000

Tiga lelaki bersenjata menyamun wang kira-kira RM35,000 milik syarikat penceramah bebas, yang dipercayai mahu digunakan untuk ibadat korban di Palestin sempena Aidiladha 15 Oktober ini, semalam. 
Malah, tiga penjenayah terbabit yang masing-masing bersenjatakan parang dan kapak, turut melarikan seorang pekerja syarikat yang membawa beg berisi wang sejauh hampir 25 kilometer dari lokasi kejadian di parkir pusat beli-belah di Subang Jaya sebelum ditinggalkan di Damansara Damai, Petaling Jaya. 

Dua pekerja tersebut, masing-masing berusia 19 dan 24 tahun, seorang daripadanya membawa beg berisi wang tunai, dihampiri suspek yang menaiki kereta Toyota Harrier kira-kira jam 2.30 petang. 


Sumber berkata penjenayah menarik pekerja yang membawa beg ke dalam kereta dan melarikannya, manakala rakannya ditinggalkan. 

Timbalan Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Superintendan Tan Ah Chua, mengesahkan menerima laporan kes itu.
Macam-macam, aku ingat perompak ni dah follow le tuh