8 Cara Kekal Romantik

 

 

Orang kata, apabila usia sesebuah perkahwinan itu semakin meningkat, perasaan cinta terhadap pasangan masing-masing semakin berkurangan. Malah apa yang dilalui hari-hari bersama pasangan hanyalah satu tanggungjawab dan rutin yang perlu dipenuhi.

Benarkah begitu? Di sini GUA ingin tekankan jangan mudah terkeliru dengan tanggapan sebegini. Tangapan sebegini sebenarnya lahir daripada mereka yang tidak jujur dengan perkahwinan sendiri.

Usia perkahwinan yang semakin bertambah bukanlah alasan untuk merenggangkan sesebuah perhubungan. Ini kerana terdapat banyak cara yang boleh dilakukan agar sesebuah perkahwinan itu tetap harmoni dan penuh dengan perasaan cinta!

Di sini diperturunkan lapan cara yang boleh anda praktikkan untuk memastikan cinta anda dan pasangan tetap menyala. Pastinya bukan semua kaedah ini mampu memberikan hasil secara langsung kerana ia memerlukan masa dan perlu dijadikan amalan supaya hubungan kasih sesama pasangan terus terikat kukuh.

1. Sesekali masaklah makanan kesukaan pasangan anda, contohnya untuk minum petang. Lebih romantik apabila anda sajikan pada saat dia sedang mengerjakan hal-hal kecil di sekitar rumah. Walaupun cara ini kelihatan mudah, namun kesannya sangat positif. Pasangan akan lebih menghargai jika selera dan pakaiannya dijaga rapi oleh insan tercinta.

2. Berikan perhatian lebih kepada pasangan ketika dia jatuh sakit. Menemaninya di kamar tidur dan memenuhi apa sahaja kemahuannya merupakan satu terapi terbaik untuk si dia yang tidak sihat. Jangan sesekali beranggapan permintaannya itu sebagai mengada-ngada atau sekadar mahu menarik perhatian. Ini kerana pasangan yang kurang sihat lebih sensitif dan emosi mereka juga kurang stabil. Jadi, jalankanlah peranan anda sebagai seorang isteri dan jururawat kepada pasangan sebaik mungkin.

3. Aktiviti memasak juga dipercayai mampu mengeratkan lagi perhubungan suami isteri. Apa kata anda pilih satu resepi kegemaran keluarga dan masak bersama-sama. Jangan lupa sediakan minuman kesukaan si dia dan putarkan muzik perlahan agar suasana menjadi lebih hangat dan romantik.

4. Setiap orang menyukai kejutan. Salah satu caranya adalah dengan mengirimkan emel atau SMS cinta untuk pasangan. Misalnya, SMS yang berbunyi "I love you" pada saat-saat yang tidak dijangkanya.

5. Anda seharusnya tahu akan kesukaan, minat atau hobi pasangan masing-masing. Untuk meningkatkan tahap romantik anda dan pasangan, apa kata anda cuba meminati hobinya. Tidak perlu memaksa diri, cukup sekadar memberikan sokongan serta prihatin apabila dia bercerita tentang hobinya kepada anda. Perhatian anda pastinya akan membuatkan hati si dia senang dan bertambah sayang kepada anda.

6. Sesekali tuliskan ayat-ayat cinta yang romantik di atas sekeping kad kecil dan lekatkannya di tempat yang mudah dilihat oleh pasangan, contohnya di pintu peti sejuk. Kejutan sebegini pastinya akan membuatkan pasangan anda tersenyum dan tidak sabar untuk mendakap anda sebagai tanda terima kasih.

7. Lakukan aktiviti harian yang biasanya dilakukan oleh pasangan anda seperti menyapu sampah dan mengemas rumah. Si dia pastinya pelik dengan apa yang anda lakukan dan apabila si dia bertanya kepada anda mengapa, jawablah dengan penuh perasaan…"Because I love you.."

8. Jika selalunya anda yang menentukan tempat bercuti atau tempat untuk menjamu selera, apa kata sesekali anda beri peluang kepada pasangan untuk membuat pilihan. Sikap toleransi dan keterbukaan anda ini pastinya akan membuatkan si dia bertambah cinta kepada anda.

Cebisan Otak Saintis Terkenal, Albert Einstein Di Pamerkan

 

 

GAMBAR otak Einstein (kiri) dan replika otaknya

LONDON – Dua cebisan otak saintis legenda, Albert Einstein dipamerkan kepada orang ramai pada satu pameran di Britain.

Cebisan otak saintis yang memperkenalkan teori relatif itu diletakkan dalam bekas kaca pada pameran Brains-The Mind as Matter di sini semalam.

Spesimen itu disediakan oleh Doktor Thomas Harvey yang bertugas di hospital tempat Einstein meninggal dunia pada 1955 Einstein merupakan ahli fizik dan ahli sains yang bepengaruh.

Beliau dianggap sebagai bapa fizik moden dan menerima Hadiah Nobel pada tahun 1921. Selain cebisan otak Einstein, beberapa sampel otak individu terkenal lain termasuk ahli matematik Britain, Charles Babbage dan pembunuh kejam, William Burke turut dipamerkan. Para saintis menyatakan otak manusia mengandungi 100 bilion sel saraf dan sekitar 100 trilion sinap atau sambungan saraf. – Agensi

10 Juta Akaun Di Ceroboh, Firma Kad Kredit Beri Amaran!

 

LONDON – Visa, Mastercard dan Discover memberi amaran maklumat peribadi melibatkan lebih 10 juta pemegang kad telah dicerobohi dan berhadapan dengan risiko keselamatan data.

Bagaimanapun ketiga-tiga firma itu menegaskan bahawa "tiada pelanggaran" ke atas sistem kendalian mereka, sebaliknya pihak ketiga harus dipersalahkan.

Laporan msnbc.com berkata, pihak berkuasa Amerika Syarikat (AS) sedang menyiasat perkembangan terbaru ini, yang didakwa satu insiden mencuri data terbesar melibatkan pengguna dari negara itu.

"MasterCard sedang menyiasat kemungkinan situasi berkompromi dengan data-data akaun (pelanggan), melibatkan sebuah entiti di AS, dan ekoran itu, kami telah mengingatkan pengeluar-pengeluar kad pembayaran berkenaan bahawa beberapa akaun MasterCard berhadapan dengan kemungkinan risiko," kata kenyataan firma itu.

Pada 2008, Princeton digodam menyebabkan berjuta-juta akaun kad kredit terdedah kepada pengetahuan pihak ketiga.

Menurut KrebsonSecurity.com, penggodam telah akses kepada sistem pemprosesan data bagi satu tempoh dari 21 Januari hingga 25 Februari lalu.

Menurut laporan BBC, blog sekuriti KrebsOnSecurity, yang pertama melaporkan perkara itu berkata, sumber-sumber industri percaya lebih 10 juta kad telah diakses oleh pihak tertentu.

Laporan-laporan juga menyebut kad-kad yang dicuri ditemui di New York.

Wall Street Journal, yang memetik sumber-sumber keselamatan berkata, firma pemprosesan kad Global Payments adalah antara yang pertama berhadapan dengan masalah sistem keselamatan diceroboh.

Saham syarikat itu jatuh lebih sembilan peratus semalam.

Cara Nak Dapatkan Pinjaman PTPTN ‘Free’?

 

 


Dapatkan ijazah Sarjana Muda Kelas Pertama jika mahu pengecualian bayaran balik Pinjaman Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN).

Itu cabaran Pengerusi PTPTN Datuk Mohamad Ismail Said kepada peminjam bukannya mereka terhasut dengan pembangkang yang mahu mengadakan demonstrasi menuntut pinjaman itu dihapuskan.

Katanya, kerajaan tidak ada cadangan berbuat demikian sebaliknya peminjam berpeluang mendapatkan pinjaman percuma atau biasiswa jika mereka berjaya mendapat ijazah kelas pertama pengajian masing-masing.

Menurut ahli parlimen Kuala Krau itu, bayaran balik PTPTN perlu bagi membantu pelajar-pelajar lain kerana RM5 bilion diperlukan setiap tahun dengan RM3.37 bilion diperuntukan kepada peminjam sedia ada dan RM1.68 bilion lagi kepada peminjam baru.

"Cara terbaik untuk mereka tidak membayar balik adalah dapatkan first class. Setakat 29 Februari seramai 11,764 peminjam dikecualikan bayaran balik kerana kejayaan itu. Kita lupuskan bayaran RM339 juta babitkan 2,445 pelajar Bumiputera dan 9,319 bukan Bumiputera," katanya.

Selain itu, peminjam juga boleh mengurangkan beban bayaran balik dengan pertukaran pinjaman kepada pembiayaan Ujrah dengan penurunan kadar caj daripada tiga kepada satu peratus.

"Sebanyak 836,408 peminjam sedia ada layak.Sehingga Februari seramai 561.120 peminjam sudah mengemaskini maklumat pertukaran tersebut. Dengan pertukaran itu, setiap peminjam dapat diskaun antara RM3,000 hingga RM5,000," ujarnya kepada Agendadaily di bangunan Parlimen Rabu.

Tegas beliau, setakat ini kerajaan tidak ada cadangan melupuskan pinjaman tertunggak PTPTN seperti desakan pembangkang.

Katanya, pembangkang hanya memainkan dua faktor untuk menarik simpati dan sokongan rakyat.

"Mereka main isu dan tabur janji. Mereka bangkitkan isu yang dianggap rakyat akan menyokong mereka. Sebab itulah, kalau ikut cara mereka, negara boleh bangkrap jika pembangkang memerintah," tegas beliau.

Beliau mengulas kenyataan Timbalan presiden PAS, Mohamad Sabu berkata PAS akan menyokong tindakan kumpulan pelajar yang akan mengadakan satu perhimpunan untuk menuntut supaya PTPTN dihapuskan.

Katanya, PAS juga akan menyokong tuntutan supaya hutang PTPTN yang ditanggung pelajar kini dihapuskira oleh kerajaan menjelang pilihan raya akan datang.

Katanya, langkah itu perlu dilakukan memandangkan kerajaan sanggup menghapuskira pinjaman mudah yang diberikan kepada golongan korporat yang mempunyai kaitan dengan UMNO.
Mohamad berkata, perhimpunan berkenaan akan dirancang oleh kumpulan pelajar dan PAS akan menyokong usaha itu.

Perhimpunan itu dikatakan diketuai kumpulan Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia (Gamis) dan juga Solidariti Mahasiswa Malaysia

Lion-Parkson Foundation Scholarship 2012

 
 

Lion-Parkson Foundation Scholarship and Educational Loan Awards

Introduction

The Lion-Parkson Foundation (formerly known as Lion-ASM Foundation) was incorporated on 3rd September, 1985 to provide funds for education, scientific and charitable purposes. The fund awards scholarships and interest-free education loans to deserving students.
The scholarships and educational loans are awarded to Malaysian students to pursue full time undergraduate studies in recognised Public Universities and private universities in Malaysia.

Requirements

  • Minimum 3As & 1B in STPM, CGPA 3.5 and above in Matriculation or at Diploma Level
  • Active in sports and extra-curricular activities
  • Possess a good command of English both written and oral
  • Applicants must not be bonded or receiving any form of financial assistance or award from other educational institutions or organisations.

How To Apply

  • Download the application form at www.lion-parksonfoundation.com.my or www.lion.com.my
  • Return the completed form to : Lion-Parkson Foundation, (c/o Group Human Resources), Level 12, Office Tower, No 1, Jalan Nagasari (Off Jalan Raja Chulan), 50300, Kuala Lumpur

Dateline

All applications must reach the above address before 17 April 2012. Only shortlisted candidates will be notified.

GAMBAR - Melia Aimiellia Tarik Balik Saman Terhadap Tuduhan Video Bogel!

 
Posted: 25 Mar 2012 07:00 AM PDT
Sidang akhbar yang berlangsung di Saloma Bistro, Jalan Ampang petang tadi telah menjelaskan segala pertanyaan para peminat dan media apabila Melia Aimielia secara rasminya membuat kenyataan bahawa dia sudah memaafkan dan menarik balik kesilapan penulis blog hiburan berkenaan.
"Mungkin akan ada orang yang hairan bagaimana saya boleh memaafkan mereka begitu sahaja sedangkan ini adalah isu yang besar. Tapi bagi saya, biarlah ianya berhenti disini. Saya pun tak mahu perkara ini berpanjangan. Keluarga saya pun sudah bersetuju untuk memaafkan mereka.
"Lagipun mereka sudah meminta maaf secara terbuka dan mengaku salah menulis segala tuduhan tanpa usul periksa terlebih dahulu," ujar Melia Aimiellia
Dalam pada itu, pemilik blog hiburan berkenaan yang telah menuduh dan menyebarkan beberapa keping gambar gadis mirip Melia Aimiellia bogel itu juga hadir dalam majlis sidang akhbar ini yang dianjurkan oleh persatuan Seniman. Pemilik blog, Ismail, telah meminta maaf secara terbuka dan mengaku kesilapan mereka terhadap Melia.
"Saya ucapkan terima kasih pada Melia kerana menarik balik laporan polis dan SKMM terhadap kami. Saya juga meminta maaf kerana menulis artikel berkenaan dan menuduh anda.
"Sekali lagi, kami meminta maaf secara peribadi dan terbuka kepada Melia Aimiellia dan keluarga atas tuduhan sebelum ini." – Ismail.
Apa yang menarik disini, CiterPanaz masih belum mendapat apa-apa laporan dan pengesahan samada video tersebut asli ataupun palsu. Isu antara Melia Aimiellia dan pemilik blog hiburan tersebut sudah selesai, tapi betulkah video itu video palsu? Ouh, kita lupakan sajalah. Buang yang keruh, ambil yang jernih.

Awal Ashaari Lamar Scha Al-Yahya Di Set Propaganza LIVE! ... SURPRISE SIOT

 
 
Pelakon dan Pengacara, Awal Ashaari telah membuat kejutan dengan melamar kekasihnya Scha Al-Yahya untuk dijadikan isteri dalam set Propaganza yang disiarkan secara langsung di Astro Ria tengah hari tadi. (VIDEO)
Ketika melamar Scha Al-Yahya, Awal Ashaari turut menghadiahkan sebentuk cincin berlian, sejambak bunga ros dan patung beruang sebesar manusia.
Scha Al-Yahya yang terkejut dengan tindakan spontan Awal itu dengan sebak terus menerima lamaran berkenaan.
Awal memberitahu dia sudah lama menunggu hari sesuai untuk melamar Scha dan hari ini iaitu 25 Mac merupakan tarikh sesuai kerana ianya merupakan tarikh ulang tahun percintaan mereka yang ke dua tahun enam bulan.
Walaubagaimanapun mereka bakal mengumumkan tarikh pertunangan dan kahwinan mereka dalam sidang media yang akan berlangsung di Flora Cafe, jam 3 petang, pada 27 Mac ini.
Sama sekali tidak dirancang, pasangan selebriti tersebut muncul dalam program hiburan berkenaan sebagai tetamu jemputan.
Dikemudikan oleh Reza Mohamad dan Marsha Milan Londoh, Propaganza merupakan program hiburan yang memaparkan pelbagai cerita menarik mengenai selebriti tanah air.
Propaganza bersiaran setiap Ahad di Astro Ria (saluran 104) jam 12 tengah hari bermula sejak 18 Mac lalu.

Artis Jadi Anggota Rela

 
 
Persatuan Seniman Malaysia (Seniman) mahu kerajaan menubuhkan satu unit khas di bawah Ikatan Relawan Rakyat Malaysia (Rela) untuk artis-artis tempatan supaya segala aktiviti kebajikan yang dilakukan melalui agensi itu dihargai.
Timbalan Presidennya, Zed Zaidi berkata, usul tersebut telah pun diberi kepada Menteri Dalam Negeri, Datuk Hishammuddin Tun Hussein pada 13 Mac lalu dan ia merupakan salah satu usaha Seniman menjaga kebajikan para artis tempatan.
"Tujuan saya mengusulkan cadangan tersebut adalah kerana senang jika kita ingin meminta apa-apa peruntukan daripada pihak kerajaan jika artis kita terlibat dengan aktiviti seumpama itu.
"Saya mencadangkan artis yang menjadi ahli Seniman, mereka sekali gus akan menjadi ahli Rela dan segala pergerakan aktiviti kebajikan dijalankan dengan lebih mudah," katanya pada sidang akhbar khas yang diadakan di Saloma Bistro, di sini, Jumaat.
Sidang akhbar tersebut diadakan bagi membetulkan usul yang menjadi kontroversi sebelum ini iaitu permohonan Program Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT), perkhidmatan insurans perlindungan diri dan penggunaan cermin gelap kereta untuk semua ahli Seniman.
Zed Zaidi (duam dari kiri) bersama sebahagian ahli Seniman.
Zed mendakwa usul berkenan disalah lapor sehingga membuatkan dia menerima ugutan daripada pihak yang tidak berpuas hati khususnya berkaitan permohonan cermin gelap kereta untuk artis.
Sebaliknya kata Zed, usul sebenar ialah permohonan perkhidmatan insurans perlindungan kemalangan diri, peruntukan Rumah Rakyat 1 Malaysia selain penubuhan unit khas di bawah Rela.
"Saya terkejut apabila kenyataan saya disalah ertikan lebih-lebih lagi berkenaan dengan isu cermin kereta gelap, saya tidak pernah menyatakannya.
"Apa-apa pun saya meminta maaf sekiranya memang benar saya menyebut perkara itu memandangkan pada hari saya ditemu bual pada Karnival Muzik Belia 2011 bersama Barisan Nasional (BN) pada 5 Mac lalu, fikiran saya berserabut memikirkan pelbagai aktiviti yang dijalankan.
"Saya harap, menerusi sidang akhbar ini, ia dapat dijelaskan dengan betul," ujarnya.
Tambah Zed Zaidi, sidang akhbar yang diadakan bukan bertujuan ingin memanipulasikan keadaan memandangkan dia dikritik hebat sepanjang minggu lalu gara-gara tiga usul yang dikemukakan sebelum ini.
"Saya harap, pihak luar tidak salah faham dengan kenyataan yang diberikan hari ini kerana saya hanya ingin menjelaskan situasi sebenar kerana jika tidak ia boleh mengelirukan para artis, kerajaan serta masyarakat di luar sana.
Pada sidang akhbar berkenaan, pihak Seniman turut menjemput pelakon baru, Melia Aimiellia, bagi membersihkan namanya gara-gara fitnah penyebaran isu video lucahnya yang tersebar menerusi blog hiburan.
Persatuan tersebut telah membuat pengesahan bahawa wanita yang beraksi lucah dalam video tersebut bukanlah Melia seperti yang didakwa.

SIAPA WAKIL RAKYAT DITAHAN SEMASA OPS TAPIS PUSAT HIBURAN DI MELAKA ?

 
 
BANDARAYA MELAKA – Seorang wakil rakyat antara 27 yang diperiksa dalam serbuan dilakukan sepasukan polis Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) negeri di sebuah pusat hiburan di Melaka Raya di sini, awal pagi semalam.
Wakil rakyat terbabit yang juga pelanggan di premis berkenaan diperiksa ketika serbuan Ops Tapis Pusat Hiburan oleh 14 anggota termasuk dua pegawai, diketuai Inspektor Risikan Operasi dan Tahanan JSJN negeri, Inspektor Mohd Hisham A Rahman, bermula jam 2.40 pagi.
Dalam serbuan itu, seorang ketua pelayan juga dilihat cuba meloloskan diri dengan berlari keluar menuju ke pusat hiburan bersebelahan sebelum dapat dikesan anggota polis, lalu menahannya di tangga premis terbabit.
Tanda tanya kenapa lelaki berusia 24 tahun itu melarikan diri terjawab apabila ujian sari­ngan urin didapati positif dadah jenis methaphetamin dan amphetamine (AMP).
Menurut sumber, enam wanita tempatan, dua wanita warga China dan seorang dari Indonesia turut diperiksa, sementara seorang lelaki ditahan di hadapan premis berkenaan selepas serbuan dilakukan.
"Seorang lelaki berusia 45 tahun ditahan di hadapan pintu premis tersebut selepas serbuan dilakukan dan hasil ujian urin, lelaki itu, tiga wanita dan lapan lelaki di dalam premis berkenaan didapati positif dadah," katanya.
Sementara itu, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik negeri, Superintendan Md Azmi Othman berkata, seramai 12 orang didapati positif dadah ketika pemeriksaan.
Menurutnya, kes disiasat mengikut Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952 (pindaan 1983) dan Seksyen 15(1)(a) akta sama (pindaan 2003).

‘Objek Terapung Itu Anak Saya’


KOTA BHARU – Seorang ibu yang sedang mencari anak bongsunya berusia 15 bulan yang hilang dari rumah di Pantai Mek Mas di sini kelmarin tidak menyangka menemui bayi itu dalam keadaan terapung di kuala sungai belakang rumahnya.
Ketika ditemui pada pukul 2 petang, Nik Muhd. Iqbal Azim Nik Ruslan disahkan sudah tidak bernyawa selepas dipercayai terjatuh ke dalam sungai yang terletak kira-kira 10 meter dari rumah mangsa.
Ibu mangsa, Lini Abdullah, 27, berkata, sebelum kejadian dia sedang melakukan kerja rumah di dapur manakala Iqbal Azim pula bermain seorang diri di ruang tamu.
Wanita itu mula menyedari anak bongsu daripada tiga adik-beradik itu hilang pada pukul 1.30 petang selepas bayi itu tiada di ruang tamu sebelum dia keluar mencarinya di sekitar kawasan rumah.
"Sewaktu saya dan sepupu mencari Iqbal Azim, saya tergerak hati untuk pergi ke sungai dan terkejut apabila ternampak satu objek terapung di sungai.
"Sebaik diamati, rupa-rupanya objek terapung itu ialah anak saya," katanya ketika ditemui di rumahnya di sini semalam.

Semakan Daftar Pemilih – Suruhanjaya Pilihanraya Malaysia 2012



The upcoming 13th Malaysian General Election (Pilihanraya Umum Ke 13 -PRU 13) is expected to be held this year and many forecasted that the month will be June 2012. For those who have registered before as a voter, you can check your registration status online. Do it now and don't wait till very last minute to check Daftar Pemilih SPR.
To check the Electoral Roll is easy. Do it free at The Election Commission of Malaysia -EC (Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia -SPR) website. What you need to have is only your MYKad no. and with a single click you can get your registration status.

Alternatively, you can also check  the Electoral Roll via SMS.

Follow the steps below to check using your mobile phone:
  1. Type SPR SEMAK [IC no.]
    Example: SPR SEMAK 821220122222
  2. Send to 15888
Happy checking and vote for the nation.

Gantung Rahsia Rumahtangga Di Dinding Facebook


"Biarlah Mama sendiri mengharunginya demi anak-anak Mama."
Sekiranya anda terbaca komen sebegini di atas dinding Facebook rakan anda, tentu sekali banyak persoalan yang ingin anda ajukan. Kenapa? Apakah yang terjadi? Dalam waktu yang sama mendesak, "Ceritalah!!".
 
Maka, andaian-andaian liar mula tercetus di minda pembaca sedangkan bagi tuan punya akaun, ia hanyalah sekadar luahan hati. Satu ayat tidak mungkin memberi kesan apa-apa.
 
Bagaimana pula kalau anda lihat komen sebegini:
"Kalau nak sangat yang lebih muda, go ahead!!!!"
Kontroversi bukan?
"Susah kawin dengan orang gaji kecik ni."
Hmm…. Tak patut cakap begitu.
"Benci bila my Hubby cakap I gemuk, dia pun sama je boroi."
Kutuk mengutuk sesama sendiri pun sering dilihat di ruangan komen di Facebook.
 
Pengguna Facebook rata-rata menulis apa sahaja di dinding sendiri kerana bagi mereka ia merupakan ruang peribadi mereka di alam maya dan pendapat atau luahan yang diluahkan di situ hanyalah mengikut rentak dan citarasa mereka sendiri.
 
Aku punya Facebook, aku punya sukalah! Kegagalan untuk mengenali gelanggang media sosial ini sebagai satu komuniti menjadikan kelakuan ini amat berisiko sekali.
 
Fenomena Facebook semakin popular di zaman kini sehinggakan anak yang baru bersekolah rendah sudah mempunyai akaun dan datuk yang sudah berusia pun tidak mahu ketinggalan. Media sosial ini semakin menular ke dalam masyarakat; disamping memberi impak positif, fenomena ini juga tidak kurang memudaratkan jika pengguna tidak berhati-hati dalam menggunakan medium itu untuk meluahkan perasaan hati sendiri.
 
Seringkali pengguna Facebook gemar menulis apa sahaja yang berlaku dalam kehidupan mereka di gelanggang tersebut tanpa mengira sama ada ia perkara remeh mahu pun yang penting.
 
"Murtabak tadi sedap sungguh"; penting ke maklumat ini kepada umum?
 
"Jadikan hari ini lebih baik daripada semalam, Amin…"; tidak kurang juga ada di antara pengguna yang berdoa di Facebook. Namun apabila kisah rumahtangga didedah untuk tontonan umum, ia mengundang pelbagai reaksi spontan yang bakal menjadi barah seperti ungkapan "tikus membaiki labu".
 
Amat mudah bagi mereka di luar sana untuk menilai dan melontarkan reaksi tanpa mengambilkira kesannya kepada perhubungan yang sedang meruncing. Boleh dikatakan semua pengguna Facebook mendambakan perhatian dan kehadiran banyak komen kepada luahan hati yang ditulis akan menjadikan perkara kecil semakin membesar.
 
Setiap ahli keluarga bertanggungjawab menjaga kerukunan rumahtangga dengan tidak menceritakan apa yang terjadi di dalam rumah sendiri kepada sesiapa pun.
 
Lantas, menulis 'luahan hati' di dinding umpama menebuk lubang di dinding rumah sendiri agar dapat diintai orang luar. Satu ayat yang kontroversi mengundang pelbagai andaian daripada komuniti Facebook dan apabila didesak oleh teman-teman, masalah yang mula-mulanya tidak diketahui ramai mula diceritakan sedikit demi sedikit.
 
Fikir dengan teliti sebelum meluahkan isu peribadi kepada umum. Ada di kalangan rakan-rakan kita juga merupakan rakan suami atau isteri kita sendiri dan menceritakan kisah peribadi hanya mengaibkan pasangan sendiri.
 
Halang diri untuk meluahkan perasaan di Facebook ketika perasaan amarah sedang membara kerana tiada siapa yang untung kesan daripada perbuatan tersebut.
 
Simpanlah rahsia keluarga dan rumahtangga di tempat yang selamat, jangan digantung di dinding Facebook untuk tontonan umum dan akhirnya merosakkan perhubungan.
 
Jika anda seorang rakan yang melihat perkara ini berlaku, jalankan peranan anda dengan menasihatkan rakan agar memberhentikan tindakannya itu. Mungkin bagi si pengguna, hanya dia dan komputer riba atau telefon bimbit, realitinya, sekali tulis begitu ramai mata yang membaca dan mereka sedang menilai kehidupan anda di luar sana.

Bapa Dirang, Nadirah SAH Tidak Terlibat, Dibebaskan Tapi Akan Dihantar Pulang Ke Filipina


JOHOR BAHRU – Bapa kandung Nurul Nadirah Abdullah, 5, atau panggilan manjanya, Dirang, yang ditahan reman disahkan tidak terbabit dalam kes pembunuhan anaknya dan akan dihantar pulang ke negara asalnya, Filipina kerana tidak mempunyai dokumen perjalanan.
Beliau adalah antara empat individu yang ditahan reman bagi membantu siasatan susulan pembunuhan Dirang.
Dirang yang dilaporkan hilang dari rumahnya di Flet Sri Delima, Bandar Seri Alam, 1 Mac lalu, disahkan dibunuh dan dibakar selepas ujian DNA rangka manusia yang ditemui rentung di ladang kelapa sawit Nusa Damai dilakukan. – Berita Harian Online

Satu Amah Satu Kerja Tidak Relevan – PAPA

Posted: 16 Mar 2012 04:45 PM PDT
KUALA LUMPUR – Tindakan Indonesia yang menetapkan amah dari negara itu hanya menjalankan satu tugas khusus di rumah majikan dengan gaji minimum RM700 bukan saja tidak masuk akal, tetapi juga akan membebankan majikan.
Pemangku Presiden Persatuan Agensi Pembantu Rumah Asing Malaysia (Papa) Jeffrey Foo berkata persatuan itu membantah keputusan tersebut dan menganggapnya satu kesilapan yang serius jika dilaksanakan.
"Jika keputusan itu benar hendak diambil, saya tidak bersetuju kerana terang-terang ia tidak relevan…takkan majikan perlu menggajikan hingga empat orang amah bagi empat tugasan yang  berlainan," katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.
Beliau mengulas mengenai laporan dari Jakarta, Indonesia yang memetik Ketua Pengarah Bahagian Pembinaan Penempatan Tenaga Kerja, Kementerian Tenaga Kerja dan Transmigrasi Indonesia Dr Reyna Usman yang mengatakan seorang amah hanya menjalankan satu tugas.
Menurut Reyna, amah dari Indonesia yang akan mula dihantar ke Malaysia bulan depan hanya akan melakukan satu tugas khusus di rumah majikan mereka dengan gaji minimum RM700.
Ini bermakna, seandainya seorang amah digajikan untuk memasak, tugasnya hanyalah memasak dan tidak akan melakukan tugas yang lain seperti mengemas rumah dan mengasuh.
Mengulas lanjut, Jeffery berkata Papa juga sanggup menarik balik pengambilan amah dari Indonesia dan menumpukan kepada negara lain yang kurang kerenah jika Indonesia bertegas dengan keputusan itu.
"Baik kita menggajikan amah dari negara lain yang bersedia melakukan semua tugasan yang diminta dengan gaji tidak membebankan.. amah dari negara lain boleh 'multi-task' dengan satu gaji, jadi mengapa tidak Indonesia?" katanya.
Katanya mengikut rundingan terdahulu, beliau difahamkan latihan kompentensi dijalankan bagi memahirkan amah dalam satu tugas khusus namun apabila bekerja tidak terhad pada satu tugasan sahaja.
"Ketika mengambil amah di agensi, majikan perlu beritahu  pada bakal amah apa kerja-kerja yang perlu dia lakukan dan jika amah itu bersetuju untuk membuat semua tugasan itu, maka hanya satu gaji dibayar tetapi jika majikan rela untuk membayar lebih, itu hak mereka," katanya.
Sementara itu, Presiden Majikan Amah Malaysia (Mama) Engku Fauzi Engku Muhsein ketika dihubungi, berkata jika majikan perlu membayar RM700 untuk setiap amah, maka majikan tidak seharusnya menanggung tempat tinggal, pakaian dan makanan amah tersebut.
"RM700 untuk seorang amah sahaja sudah amat membebankan, inikan lagi perlu mengambil lebih dari seorang amah justeru kami  mengecam keras peraturan itu.
"Jika mahukan RM700 maka amah yang dibekalkan perlu benar-benar bermutu dan menanggung sendiri tempat tinggal, makanan dan pakaian, sama seperti pekerja warga asing yang lain," katanya.
Engku Fauzi juga meluahkan kehairanan mengapa secara tiba-tiba negara jiran itu menimbulkan isu tersebut sedangkan memorandum persefahaman (MoU) telah dimeterai bulan Mei tahun lalu.
"Saya juga mahu persoalkan kenapa Indonesia membuat peraturan tersebut sedangkan Filipina dan Kemboja contohnya tidak menetapkan peraturan sebegitu rupa," katanya.
Dalam pada itu, Presiden Gabungan Persatuan Pengguna Malaysia, Datuk N. Marimuthu berkata kerajaan perlu melihat kepada potensi amah di negara lain dan tidak lagi memfokuskan kepada amah  dari Indonesia.
"Kita harap kerajaan tidak melayani permintaan itu yang saya sifatkan sebagai keterlaluan.
"Jangan bergantung dengan satu sumber pembekalan pembantu rumah sahaja kerana banyak lagi amah yang bermutu dari negara lain yang boleh kita pertimbangkan seperti dari Filipina, Kemboja, Myanmar, India dan Sri Lanka,"
katanya ketika dihubungi.
Katanya adalah tidak adil bagi negara jiran itu mengambil keputusan tersebut dengan mengambil kira hanya satu atau dua kes penderaan dan penganiyaan yang dilaporkan. – Bernama

Haram Minta Bantuan Asing Untuk Jatuhkan Kerajaan


KUALA LUMPUR – Perbuatan mana-mana pihak termasuk parti politik di negara ini menjalinkan kerjasama atau meminta campur tangan kumpulan pro-Yahudi dengan matlamat untuk menjatuhkan sebuah kerajaan yang terajui pemimpin Islam adalah haram.
Pengerusi Jawatankuasa Kerja Himpunan Ulama Muda Malaysia (Ilmu), Fathul Bari Mat Jahaya berkata, pihak yang mengetahui mengenai kerjasama itu juga tetapi tidak membuat sebarang tindakan kerana mempunyai matlamat politik serupa turut berdosa.
Ini kerana menurut beliau, dibimbangi kerjasama campur tangan tersebut yang menjadikan kumpulan pro-Yahudi lebih dominan sehingga sesebuah perti itu sanggup mengikut apa saja arahan yang diberi, bakal mendatang ancaman kepada keselamatan negara.
"Kita diharuskan bekerjasama dengan Yahudi atau pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Yahudi jika kita dominan. Tapi jika ia bermatlamat untuk menjatuhkan sebuah kerajaan yang dipimpin orang Islam, sehingga kita sanggup akur dengan mereka, ia dengan jelas haram.
"Kita harus tanya serta serta nilai dengan sendiri jika kumpulan NGO Yahudi ini memberi bantuan sehingga ratusan juta, menyediakan latihan dan mengatur gerak kerja parti, apa prasyarat yang dituntut mereka? Sudah tentu mereka harap sesuatu daripada bantuan itu.
"Dibimbangi prasyarat yang ditetapkan itu mengancam keselamatan negara. Yahudi ini tidak pernah ikhlas dengan Islam, sebab itu Nabi Muhammad SAW sendiri cukup berhati-hati dengan bantuan Yahudi," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia, di sini hari ini.
Kelmarin, Koordinator Barisan Nasional (BN) Selangor, Datuk Seri Ir. Mohd. Zin Mohamed berkata, beliau mempunyai bukti yang menunjukkan Parti Keadilan Rakyat (PKR) menjalin kerjasama dengan NGO asing pro-Yahudi, Konrad Adeneur Foundation (KAF).
Dua hari sebelum itu, bekas Setiausaha Sulit Datuk Seri Anwar Ibrahim, Rahimi Osman mendedahkan, kemenangan besar pembangkang pada 2008 adalah disebabkan rancangan besar agensi perisikan antarabangsa selepas Anwar sendiri memohon campur tangan.
Menurutnya, segala gerak kerja, propaganda, slogan dan serangan politik pembangkang ditentukan NGO asing pro-Yahudi iaitu Friedrich Naumann Foundation (FNF), National Endownment for Democracy (NED), Institut Demokrasi Kebangsaan (NDI) dan Institut Republikan Antarabangsa (IRI).
Dalam pada itu, Fathul Bari berkata, setiap parti politik perlu menggunakan cara berhemah dalam meraih sokongan rakyat dan bukannya mengharap bantuan asing sehingga akhirnya terperangkap, kerana golongan tersebut tidak pernah senang melihat keamanan Malaysia.
"Setiap parti perlu meletak kepercayaan kepada rakyat untuk memilih, justeru mereka perlu menampilkan calon-calon yang mampu membangkitkan keyakinan rakyat, tidak perlu kita mengikut corak yang ditentukan pihak asing kerana mereka belum tentu ikhlas," katanya. – Utusan Malaysia. – Utusan

1,000 Demo Desak Kelantan Selesai Isu Air



TUMPAT – Kira-kira 1,000 orang menyertai perhimpunan aman anjuran Majlis Tindakan Rakyat Kelantan (MTRK) di Pasir Pekan dekat sini ari ini untuk mendesak kerajaan Kelantan supaya menyelesaikan isu air di negeri itu.
Presiden MTRK Azmi Ali berkata ia berikutan kegagalan kerajaan negeri menjawab beberapa persoalan dalam memorandum yang dihantar ke Pejabat Menteri Besar beberapa bulan lalu.
Beliau berkata pihaknya akan terus mengadakan roadshow di seluruh negeri ini bagi menyatakan pendirian MTRK dalam membela nasib rakyat Kelantan yang masih menghadapi masalah bekalan air bersih sejak kerajaan negeri mengambil alih teraju pentadbiran negeri 22 tahun lepas.
"Kita juga bercadang membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia di Putrajaya pada Selasa untuk meminta kerajaan menyiasat dakwaan berlaku penyelewengan dalam pemberian pinjaman RM600 juta kepada kerajaan negeri melalui program bekalan air bersih," katanya kepada pemberita pada perhimpunan itu.
Menurutnya, kira-kira 40 peratus rakyat Kelantan masih belum menikmati kemudahan air bersih malah masih menggunakan sumber air sungai, perigi dan telaga tiub.
Azmi berkata kerajaan negeri diberi tempoh dua bulan untuk menyelesaikan isu itu dan jika gagal berbuat demikian, satu lagi perhimpunan melibatkan kira-kira 10,000 rakyat Kelantan akan diadakan. – Bernama

Burger Babi Kini Berleluasa Di Selangor



AWAS. Burger babi berleluasa di Selangor. Jangan tersalah beli beb!

ASUS Transformer Pad 300

(Embedded image moved to file: pic08360.gif)





People are confused to choose in between their laptops and tablets, but if
you have the Asus Transformer Pad 300, you don't need both! just like its
Android-packing Eee Pad transformer brethren, the tablet is cheaper, that
is only $399, though it's made up of plastic instead of aluminum.


One of its most exciting Features is the horsepower under its hood. It's
extremely fast and efficient as based on Nvidia's quad-core Tegra 3
processor.

Aaron Aziz, Zizan dan Johan Kini Milik Astro

 
 
KUALA LUMPUR:Tiga selebriti popular, Zizan dan Johan (Raja Lawak) serta Aaron Aziz secara rasminya menjadi artis di bawah naungan stesen televisyen berbayar, Astro selama tiga tahun.
Menurut naib presiden perniagaan Melayu Astro, Khairul Anwar Salleh berkata pengurusan karier ketiga-tiga artis berkenaan kini menjadi tanggungjawab pihak Astro, namun mereka masih lagi bebas untuk bekerjasama dengan stesen televisyen lain.
"Pemilihan Zizan, Johan dan Aaron sebagai artis eksklusif Astro berdasarkan bakat dan pencapaian yang diperoleh, selain perjanjian menyebelahi dua belah pihak.
"Kami amat percayakan bakat-bakat mereka yang berpotensi besar daripada segi mengembangkan cabang seni yang diceburi," katanya pada sidang akhbar pengumuman tiga selebriti eksklusif Astro, di sini Rabu..
Tambah Khairul, pihaknya juga berharap Zizan, Johan dan Aaron turut menyumbangkan kreativiti masing-masing sebagai cara menguatkan produk Astro dan mereka sendiri mampu bertahan lebih lama dalam industri seni tempatan.
Selain itu, ketiga-tiga artis ini bakal meneroka pelbagai peluang di bidang seni.
Aaron Aziz misalnya kini sedang menjalani pengambaran untuk sebuah drama dengan 80 episod yang bakal ke'udara di Astro selain kemunculan di filem filem tempatan yang masih dalam perbincangan.
Malah, lebih menarik lagi, Aaron turut bekerjasama di bidang muzik dengan menerbitkan lagu-lagu dan penyampaian radio.
Zizan dan Johan Raja Lawak pula akan diberikan peluang untuk memiliki program kendalian sendiri termasuklah yang terbaru, Superspontan.

Nidji, D’Masiv & Geisha Adakan Persembahan Di Malaysia

 
PETALING JAYA: Tiga kumpulan popular, Nidji, D'Masiv dan Geisha akan berada di Malaysia selama lima hari bagi mempromosikan album baru masing-masing menerusi persembahan jelajah yang diadakan bermula 8 Mac depan.
Penyanyi solo, Astrid turut memeriahkan siri jelajah yang dianjurkan oleh Universal Music Malaysia dan Rumpun Records selaku syarikat rakaman mereka.
Keempat-empat artis ternama ini akan mempromosikan produk terbaru masing-masing berupa album dan single, khususnya Nidji dengan album Liberty, Astrid (Tentang Rasa) serta D'Masiv (Persiapan).
Geisha yang pernah ke negara ini untuk mempromosikan album Meraih Bintangmenampilkan lagu popular mereka Cinta Dan Benci akan terus meraih sokongan rakyat tempatan, berbekalkan single seterusnya Remuk Jantungku.
Dua persembahan berbeza apabila Nidji dijadualkan membuat persembahan pada Hotfm Big Jam di Kuala Terengganu pada 10 Mac depan manakala D'Masiv, Geisha dan Astrid bakal membuat persembahan secara akustik di AEON Jusco AU2, Taman Sri Keramat pada 9 Mac pukul 8.30 malam.
Tiga bintang itu juga akan menyertai Konsert Nusantara 1Malaysia yang akan diadakan di Dataran Datuk Bahaman, Lanchang, Pahang pada 10 Mac 2012, pukul 8.30 malam, disertai kumpulan tempatan seperti 6ixth Sense, GX4 dan Lefthanded.
Pada 11 Mac 2012, bertempat di Redbox Plus, Pavilion Bukit Bintang, dekat sini, acara sesi beramah mesra bersama peminat bertuah diadakan dengan kerjasama penaja, Redbox, dan pemenang bertuah yang memenangi peraduan menerusi Suria FM akan diraikan bersama semua artis terbabit.
Pada sebelah malamnya pula, sebuah persembahan 'Sunday Nite Jam' bersama Nidji dijadualkan berlangsung di The Loft, Jalan Doraisamy, Kuala Lumpur memandangkan peminat di ibu kota tidak berkesempatan melihat sendiri persembahan kumpulan ini dalam acara sebelumnya.
Kumpulan The Malayan turut dicundang bagi mengadakan persembahan pembukaan, dan bakal ditonton kesemua artis yang turut menyertai rangka promosi kali ini.

Bunohan’ Karya Bersifat Peribadi Dain Said

 
KUALA LUMPUR: Selepas kecewa apabila hasil karya filem Dukun tidak dapat ditayangkan, filem drama-aksi yang ditunggu-tunggu, Bunohan, pula menjadi taruhan buat pengarah hebat Dain Said.
Pada tayangan perdana Bunohan yang perlangsung pada malam Rabu di TGV, Kuala Lumpur City Center (KLCC), Dain berkata, dia tidak sabar melihat respons daripada penonton-penonton tempatan pula selepas mendapat pujian dari negara luar.
"Alhamdulillah, Bunohan mendapat respons yang sangat baik di luar negara. Bagaimanapun, filem ini adalah untuk orang kita (Malaysia), jadi semestinya saya mahu lihat respons daripada penonton-penonton tempatan.
"Tambah pula, hasil karya yang dibuat selama empat tahun ini bersifat terlalu perbadi untuk saya, kerana saya bukan sekadar mengarah semata-mata, tetapi menjaga setiap aspek dalam filem ini.
"Saya dan pihak kru produksi bersungguh-sungguh dalam filem ini. Malah, saya bersyukur kerana mempunyai barisan pelakon yang hebat dan kerana mereka jugalah filem ini dapat 'hidup'," katanya.
Filem yang akan mula ditayangkan pada 8 Mac ini dibintangi oleh Faizal Hussein, Zahiril Adzim serta Pekin Ibrahim dan dibantu oleh Bront Palarae, Soffi Jikan, Nam Ron, Wan Hanafi Su, Amerul Affendi, Jimmy Lor dan Tengku Azura.
Ia diterbitkan oleh Nandita Solomon. Tim Kwok Entertainment Convergence bertindak sebagai penerbit bersama.
Bunohan yang mendapat tempat di arena antarabangsa menerima Anugerah NETPAC (Rangkaian untuk Promosi Pawagam Asia) di Filem Festival Taipei Golden Horse 2011.
Dalam pada itu, filem itu telah mengadakan tayangan perdana mereka di Festival Filem Antarabangsa Toronto pada September 2011 dan juga telah dipilih oleh Universal Pictures untuk diedarkan di beberapa negara termasuk United Kingdom, Perancis, Jerman, Australia dan New Zealand.
Ditanya, adakah dia mengharapkan pengiktirafan memandangkan Bunohan disanjung tinggi di peringkat antarabangsa, pengarah ini berkata:
"Sebenarnya anugerah bukanlah satu perkara yang penting, tetapi asalkan filem ini dihargai terutamanya daripada kalangan penggiat-penggiat seni dan para penonton, ia sudah mencukupi."
Bertempat di Kelantan dan bersempadanan dengan Selatan Thailand, Bunohan, satu kawasan di daerah Tumpat, menceritakan tentang lelaki ganas yang kental.
Ia berkenaan dengan nasib tiga adik-beradik; seorang peninju tomoi yang berada dalam pelarian, pembunuh upahan dan seorang ahli perniagaan licik yang tersepit dalam sarang tragedi penipuan dan rasuah.

Nabil Terkejut Rumah Dimasuki Pencuri

 
 
KUALA LUMPUR: Pelawak dan penyampai radio Suria FM, Ahmad Nabil Ahmad atau Nabil (Raja Lawak) melahirkan rasa terkejut apabila diberitahu kediaman keluarganya di Seremban, Negeri Sembilan telah di pecah masuk.
Nabil ketika ditemui berkata, kawasan perumahannya di Kampung Masjid, Mambau itu sebelum ini tidak pernah berlaku sebarang kejadian pecah masuk malah sebuah kawasan kejiranan yang cukup aman.
"Saya dulu kadang-kadang keluar rumah tak kunci pintu pun kerana tahu kawasan itu sangat selamat dan tidak bimbang akan ada orang masuk merompak.
"Jadi apabila ibu menelefon memberitahu mengenai kejadian saya cukup terkejut kerana selama tinggal di sana tidak pernah berlaku sebarang kejadian seperti itu," ujarnya kepadamStar Online.
Nabil ditemui pada majlis makan malam oleh Rafflesia The Pearl Centre bagi meraikan artis yang pernah memenangi Anugerah Bintang Paling Popular ABPBH di Hotel Le Meridien di sini pada malam Rabu.
Nabil bagaimanapun berkata, dia bersyukur ketika kejadian berlaku tiada penghuni di rumah tersebut.
Dalam kejadian pada Rabu, rumah Nabil yang sekarang didiami bapa saudaranya, Rahmat Abdul Latiff telah di pecah masuk menyebabkan kerugian kira-kira RM3,000 apabila sebuah komputer riba telah dilarikan.
Sementara itu, Nabil memberitahu keluarganya telah setahun berpindah ke Kuala Lumpur dan menetap bersamanya di Jalan Duta, dekat sini.

Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) Result Out

 
 

Effective 7/3/2012, all last year's Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) examination candidates can check their STPM 2011 result, the Malaysian Examinations Council said.
 
All candidates would be able to obtain their results at their respective schools from 12 noon while private candidates would obtain theirs through the post. Candidates can also check the result via the text message by sending STPM Result<space>IC number to 15888 or at the council's website at http://www.mpm.edu.my from noon on that day.
 
A total 50,602 candidates sat for the examination last year comprising 46,817 candidates from government schools, 1,266 from private schools and 2,519 private candidates.

Singapore Scholarship 2012

Introduction
The Singapore Scholarship was announced by the then Prime Minister of Singapore, Mr Goh Chok Tong at the 6th ASEAN summit in Dec 2008. The objective of this scholarship are :
  • Objective of this scholarship is to provide education to capable students from ASEAN countries.
  • Scholarship are awarded for full time undergraduate degree course at Nanyang Technical University, National University of singapore and Singapore Management University.
The award is based on academic merit and places will be allocated by open competition. If necessary, foundation or bridging programme will be provided (for SPM and O-level students)
Field Of Study
All disciplines except for Medicine, Dentistry, Architecture and Law.
Duration of Sponsorship
The duration of scholarship is for three or four years depending on the programme.
Scholarship Amount
  • Scholarship covers tuition fees
  • Living allowance of S$4,300 per annum
  • Accomodation allowance based on different room rates at each university
  • One return economy class air ticket from home country to Singapore for the duration of studies
Eligibility
  • Be a Malaysian Citizen
  • Possess excellent academic records
  • Have a good command of English
  • Candidates must meet entry requirement for the universities
  • Candidates cannot hold any other scholarships, fellowship, grants or award without prior approval from the Singapore government
  • The is no BOND for the scholarship. Scholars are expected to return to Malaysia upon graduation and work here
  • Shortlisted nominees will have to take entrance examination set by Singapore universities. After that nominees are further shortlisted and will have to undergo an interview which will be conducted by the Singapore uiniversities.
How to apply
  • Download application form HERE
  • or contact Singapore High Commission in KL at 03 21416277
  • or write toThe Singapore Scholarship
    Technical Cooperation Directorate
    Ministry of Foreign Affairs
    Tanglin, Singapore 248163
    Tel: (65) 6379 8000
    Fax: (65) 6479 3357
    Email: mfa_scp@mfa.gov.sg
Deadline
26 March 2012
For details of Singapore Scholarship, visit http://www.mfa.gov.sg/scp or Malaysia Scholarship Centre.

Pas bersedia menerima seorang Timbalan Presiden daripada kalangan bukan Islam

Ahli Jawatankuasa Kerja Pas Pusat, Dr Dzulkefly Ahmad menyatakan Pas bersedia menerima seorang Timbalan Presiden daripada kalangan bukan Islam sekiranya ia satu keperluan dan ada tuntutan seperti yang dilakukan parti Ikhwanul Muslimin di Mesir.

Dzulkefly berkata, dalam Islam terdapat dua perkara iaitu perkara tetap dan perkara yang boleh berubah. Contoh perkara yang boleh berubah ialah perkara politik.

Ditanya mengenai kenyataan Dzulkefly, perpecahan Melayu memberikan hikmah, Mahathir menegaskan perpecahan baik untuk Pas.

"Saya sokong, Pas mesti berpecah. Sudah cukup Melayu berpecah, kita pecah semua parti.
"Pas patut berpecah lagi," katanya.

Dzulkefly yang juga Ahli Parlimen Kuala Selangor berkata, perpecahan undi di kalangan Melayu dilihat sebagai satu kebaikan dan hikmah malah mampu menjadikan rakyat di negara ini matang dalam membuat pemilihan terbaik pada pilihan raya umum.

Menurutnya, sebelum ini, rata- rata pemimpin politik dan penganalisis mendakwa orang Melayu sudah berpecah kepada tiga kumpulan sejak selepas pilihan raya umum 2008.

Bagus la tu, kami pun nak tengok Mushitdoll am Pas yang baru. Mana tau kali ni lebih pandai cakap cina dari cakap arab.. heh..

TERKINI - Nazri Aziz Panggil Anwar Ibrahim IBLIS. Ahaks.. steady le Nazri Aziz

 




"Steady Lah Nazri Aziz Cakap Depan Depan Kat si Nuar
Dia tu IBLIS"

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Nazri Abdul Aziz hari ini mengelarkan ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai "IBLIS" ekoran cubaan Anwar Ibrahim yang mengheret bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad ke dalam kontroversi isu keselamatan Israel.


Untuk rekod Anwar Ibrahim sebelum ini menyatakan akan sokongan beliau kepada Keselamatan Israel dan mendapat kecaman dari pelbagai pihak termasuk dari dalam negara dan juga negara negara Islam luar.

Sumber KL POS

Isu Kalimah Allah - Dihina Kerajaan Pakatan Selangor. Cuba Tengok Perkataan Allah tu!

 

Pada 1 Mac saya terlihat satu papan tanda besar bersaiz 6'x20' bertulis "percuma 20 meter air" oleh kerajaan SELANGOR dan dlm iklan tersebut terdapat 1 logo kerajaan Negeri SELANGOR yg mana dapati perkataan ALLAH dari tempat asal ke tepi bahagian bawah sebelah kanan logo kerajaan SELANGOR di Tmn Universiti Indah, SERI KEMBANGAN.


Anda rakyat Selangor dan rakyat Malaysia renung renungkanlah mengapa pekara sebegi boleh berlaku sedangkan ianya tidak susah mahupun payah untuk dilakukan dengan baik dan secara berhemat.

ISU KHALWAT DR BADRULAMIN: HOTEL DI PANTAI BALOK SEDIA SERAHKAN RAKAMAN CCTV

 
KUANTAN – Pihak pengurusan hotel di Pantai Balok di sini, yang menjadi lokasi Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi Parti Keadilan Rakyat (PKR), Dr. Badrulamin Bahron (gambar kecil) ditangkap atas dakwaan berkhalwat dengan isteri orang pada Sabtu lalu, bersedia untuk menyerahkan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) mengenai kes berkenaan kepada pihak berkuasa.
Menurut jurucakap hotel tersebut, pihaknya tidak mempunyai masalah memberi kerjasama kepada pihak Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP) dan polis sekiranya diminta berbuat demikian untuk membantu siasatan berhubung kejadian yang berlaku kira-kira pukul 3 pagi Sabtu lalu itu.
"Tiada masalah untuk menyerahkan rakaman CCTV tetapi ia perlu mengikut prosedur yang akan ditetapkan oleh pihak hotel ini.
"Sebelum ini pun, apabila berlaku kes jenayah kecurian, pihak kami akan memberi rakaman CCTV tersebut kepada polis bagi membantu siasatan.
"Tambahan pula apabila dikatakan ada kejadian membelasah pelanggan yang mencalar imej hotel ini, kita sedia bekerjasama kalau polis mahu menyiasat," kata jurucakap itu lagi ketika dihubungi semalam.

LUAHAN HATI LIYANA JASMAY TENTANG PERTUNANGANNYA DENGAN JIRANNYA, FATHUDDIN MAZLAN

 
 
KUALA LUMPUR, 29 FEBRUARI 2012: Keputusan pelakon dan penyanyi, Liyana Jasmay,23, untuk mengikat tali pertunangan bersama jejaka pilihan, Fathuddin Mazlan, 28, pada Mac ini benar-benar telah mengejutkan industri hiburan tanah air.
Malah Liayana Jasmay yang pernah digosipkan bercinta dengan pengarah muda, Shamsul Yusof dan penyanyi Aizat Amdan, nampaknya begitu bijak menyimpan kisah cintanya bersama ahli pernigaan tersebut daripada dihidu oleh media dan umum.
Sungguh pun begitu, Liayana Jasmay yang mengaku hanya menjalinkan hubungan percintaan yang agak singkat berkata, keputusan untuk bertunang dan seterusnya mengahwini jejaka yang juga kebetulan jirannya, datang secara semula jadi terus dari hatinya yang tulus.
"Saya tidak tahu bagaimana untuk menggambarkan perasaan saya ketika ini, kerana ianya benar-benar bercampur-baur.
"Cuma keputusan untuk berkahwin itu datang secara semula jadi, selepas kami masing-masing mengetahui bahawa hubungan kami harus pergi jauh dengan ikatan perkahwinan.
"Lagipun, saya tidak percaya kepada hubungan cinta bertahun-tahun tapi akhirnya tidak dapat membawa ke mana-mana atau tidak sampai ke tahap perkahwinanan.
"Bagi saya percintaan sebenar adalah bila masing-masing membuat keputusan untuk meneruskaan hubungan itu dalam ikatan yang sah," luahnya ketika dihubungi .
Penyanyi lagu Aku Tidak Percaya Cinta yang sudah pun menerima cincin merisik daripada bakal tunangnya itu, dijangka akan melangsungkan perkahwinannya pada awal tahun hadapan.
Bercerita mengenai keistimewaan Fathuddin iaitu jejaka yang bejaya meyakinkan dirinya untuk melangkah ke gerbang perkahwinan, Liyana berkata Fathuddin seorang lelaki yang budiman.
"Sebenarnya banyak perkara yang membuatkan saya yakin untuk menerima dia sebagai ketua keluarga saya.
"Dia seorang lelaki yang sweet dan gentlemen. Malah sentiasa boleh buat saya gembira dan bahagia apabila bersama.
"Bahkan, hubungan kami berjalan dengan lancar kerana keluarga masing-masing merestui dan gembira dnegan hubungan kami," katanya lagi.
Liyana yang akan meneruskan kerjayanya dalam bidang hiburan biarpun sudah berkahwin kelak, kini sedang menjalani penggambaran drama Tiga Janji untuk slot Akasia TV3.

Cahaya Malaika Beri Ketenagan Kepada Mawi

 
PETALING JAYA: Selepas dua hari menimang cahaya mata, pasangan selebriti Asmawi Ani atau Mawi dan isterinya Nora'Asikin Rahmat (Ekin) akhirnya bersedia mendedahkan wajah anak kesayangan mereka.
Bayi bernama Cahaya Malaika yang lahir pada pukul 4 pagi, Selasa lalu itu kelihatan sihat dan comel sekali.
Kata Mawi,31, nama tersebut dipilih selepas kedua-dua mereka bersetuju kerana tertarik dengan perkataan cahaya selain nama Ekin juga yang berbunyi "nur" pada permulaannya.
Ekin,33, selamat bersalin di Hospital Pakar An-Nur, Bangi, Selangor, secara normal tetapi terpaksa diberi suntikan ubat pelali kerana menghadapi sedikit masalah untuk melahirkan anak.
Mawi dalam satu kenyataan yang dikirimkan oleh pihak Astro di sini, Khamis berkata, dia amat teruja dengan kelahiran bayi pertamanya itu selepas Ekin beberapa kali mengalami keguguran sebelum ini.
"Saya amat bersyukur kepada Allah dengan kelahiran ini. Jujurnya saya berasa amat teruja menanti kehadiran cahaya mata yang pertama ini. Debaran saya terbalas apabila mendakap anak buat kali yang pertama. Saya amat tenang sekali melihat wajah anak saya ini," katanya.
Menurut Mawi, dia berjanji untuk menjaga dan mendidik anak mereka sebaik mungkin.
Dalam pada itu, Mawi berkata dia akan membahasakan dirinya "Abi" manakala Ekin pula sebagai "Ummi" untuk anak mereka itu.
Pasangan berkenaan bernikah pada 21 Disember 2008.

ISU PAS KEDAH - Ustaz Azizan tetap tentang geng Anwarinas Kedah!! Sebab Kenapa Pas Kedah Bergolak

 

Satu tindakan yang walaupun beliau tahu risikonya cukup tinggi. Lihat apa yang telah berlaku kepada pemimpin2 terdahulu yang enggan tunduk kepada Anwar Ibrahim.

Bukan sekadar Dr. Hasan Ali yang menjadi mangsa kerakusan Anwarinas tetapi peguam anwar Zulkifli Nordin, Gobalakrishnan yang banyak berjuang utk PKR, Zaid Ibrahim dan ramai lagi dibunuh karier politik mereka atas SATU sebab: ENGGAN TUNDUK kepada Anwar Ibrahim.

Apakah MB PAS Kedah bakal mengalami nasib yang sama?

Cerita ni Mc ambil kat SINI. Memang Ustaz Azizan tahu pengaruh Anwarinas, namun telah wujud satu penyakit baru yang akan hancurkan beliau dalam Pas Kedah.

Bagaimana Phahrolrazi akan hancurkan Pas Kedah dan Ustaz Azizan, nak baca boleh klik

ISU KHALWAT BADRUL AMIN - PENGURUS KESELAMATAN HOTEL NAFI 20 SAMSENG PUKUL BADRUL AMIN

 

Pengurus Keselamatan Hotel Dedahkan CCTV Kes Khalwat Badrul Amin!

Persoalan mengapa Ketua Penerangan Parti Keadilan Rakyat (PKR), Dr. Badrulamin Bahron enggan membuat laporan polis walaupun mendakwa 20 orang membelasahnya ketika ditangkap khalwat di sebuah hotel di Pantai Balok di sini kelmarin terjawab apabila siasatan pihak hotel itu mendapati dakwaan dia dipukul tidak benar.


Perkara itu disahkan sendiri oleh pengurus keselamatan hotel tersebut yang berkata, rakaman sistem kamera litar tertutup (CCTV) hotel itu mendapati tidak ada kelibat sekumpulan lelaki seramai 20 orang memasuki hotel itu antara pukul 2 hingga 3 pagi Sabtu lalu. Beliau turut menegaskan, tiada seorang pun pekerja hotel yang ternampak begitu ramai lelaki bagaikan samseng memasuki hotel dan seterusnya menuju ke bilik penginapan Dr. Badrulamin sebagaimana didakwa.

Menurutnya, hotel tersebut mempunyai CCTV di setiap laluan di tangga dan lif, bukannya di laluan menuju ke bilik penginapan. "Namun, rakaman CCTV yang kami lihat kembali mendapati tidak ada rakaman yang membuktikan ada orang masuk beramai-ramai ke hotel kami pada waktu tersebut.

"Kenyataan bahawa hotel ini boleh dimasuki kumpulan samseng sewenang-wenangnya untuk membelasah pelanggan adalah sangat mencemarkan imej hotel ini,'' katanya ketika dihubungi Kosmo! semalam.