Ahmad Fitri TV3 dah kahwin!

Melepas, melepas, Ahmad Fitry ( pengacara TV3) dah kawin! ramai yg terasa
melepas ke, tu le suruh jadi ustazah tak nak kan hehehe.

Cam tu le, saja nak bagitahu beliau sudah kahwin dgn pilihan hatinya, jadi
jgn simpan perasaan kat dia lagi ya.

Nanti saya upload gambar le ye.
(Embedded image moved to file: pic26173.gif)

Gambar | Ulat bulu gergasi yang serang Jakarta



Salam, ini lah gambar sebenar ulat bulu gergasi yang serang Jakarta baru2 ini. Memang beso, geli gelemen aku tengok. Bayangkan ulat bulu ni merayap dalam rumah korang...hehehe... opocot.

Bayaran Google Adsense | Akaun aku mencecah usd100

Fulamak, adsense akaun aku hampir cecah dah nak boleh cash out ni, esok
cecah le usd100 ( min utk casg out guna western union ) setelah beberapa
lama berkecimpung dalam dunia blogging nih, ni le kali pertama aku nak
dapat payment adsense.

Aku rasa ramai lagi kat luar sana yg belum merasa lagi duit adsense ni kan,
tul tak? Aku Cuma guna yg free2 je, blog pun free, guna blogspot jer,
domain haram satu pun takde, ntah bila le aku nak beli dotcom ni, kedekut
betul aku ni kan. Bukan apa sebab aku bukannya serius sangat , saja
suka-sukakan.

Nak kena google camne nak cash out nih, maklumle 1st time kan, mana le tahu
lagik caranya.

Nanti aku update pasal payment adsense ni.

Tahniah | Salma Juara Mentor 5

Tahniah kepada salma yang menjadi juara Mentor 5 semalan. protege kepada Erra Fazira ni memang layak jadi juara sebab vokalnya mantap.
Semoga terus sukses dalam bidang nyanyian.

Gambar | Adakah ini adik kepada ulat bulu yang serang Jakarta semalam?


PENDUDUK menunjukkan ulat bulu  merayap di tangan yang boleh menyebabkan ruam  pada kulit yang kini banyak  ditemui  di kepulauan Bali dan Jakarta Barat.

 
PENDUDUK menunjukkan ulat bulu merayap di tangan yang boleh menyebabkan ruam pada kulit yang kini banyak ditemui di kepulauan Bali dan Jakarta Barat.
Penduduk gusar serangga merayap dalam rumah menyebabkan kulit gatal

JAKARTA: Ribuan ulat bulu ditemui di atas 30 pokok pain di Tanjung Duren Utara, Jakarta Barat. Ia adalah serangan ulat bulu pertama di ibu kota ini sejak serangan awal dilaporkan di Jawa Timur dua minggu lalu. Pulau peranginan Bali turut dilaporkan diserang ulat bulu itu yang menyebabkan ruam jika disentuh. Ketua Pejabat Pertanian dan Perhutanan Jakarta Barat, Bambang Wisanggeni, berkata pejabatnya menyembur pokok itu dengan racun serangga Isnin lalu.

"Setakat ini ulat bulu hanya ditemui di Tanjung Duren Utara," kata Bambang, menambah beliau tidak dapat memberi jaminan bahawa serangan ulat bulu tidak akan tersebar di tempat lain di ibu kota ini.

"Ini fenomena semula jadi. Kami akan terus memantau situasi ini. Kami sudah menghantar sampel ulat bulu kepada Institut Pertanian Bogor," katanya.

Penduduk tempatan di Tanjung Duren Utara berkata, ulat bulu itu merayap dalam rumah penduduk dan menyebabkan ruam.
"Ulat bulu ini amat mengganggu. Ia merayap dalam rumah dan menjadikan kulit kami gatal selama beberapa hari. Bulunya panjang," kata penduduk, Nurhayati.

Menurut Kementerian Pertanian, ulat bulu itu tidak menjejaskan tanaman. Kerajaan ketika ini memantau penyebaran serangga terbabit.

Ulat bulu itu kali pertama ditemui di beberapa kawasan di Jawa Timur. Dalam tempoh beberapa hari, serangan sama dilaporkan di Bekasi, Jawa Barat dan Buleleng, Bali.

Sementara itu, Menteri Pertanian Suswono memberitahu akhbar Jakarta Globe kelmarin, bahawa ulat bulu tidak akan menjejaskan bekalan makanan.

"Ia tidak menjejaskan tanaman makanan kerana ulat bulu hanya menyerang daun dan bukan membunuh tanaman," katanya.

Penyelidik masih memantau dan mencari punca utama serangan, katanya.
"Ia mungkin disebabkan perpindahan atau habitat lama dimusnahkan. Antara andaian ialah kekurangan pemangsa semula jadi seperti burung," katanya

Gambar | Ulat Bulu Gergasi Serang Kampung di Jakarta

 
JAKARTA[Berita Harian-30/05/11] : Penduduk kampung di rantau antara Yogyakarta dan Jawa Timur dilaporkan diserang ulat bulu bersaiz luar biasa. Seorang penduduk di perkampungan Sambirejo, daerah Gunung Kidul, Surono, memberitahu Jakarta Globe ulat bulu yang luar biasa besarnya itu dipenuhi bulu panjang yang menyebabkan ia kelihatan sebesar penumbuk kanak-kanak, mula muncul 10 hari lalu.

"Penduduk kampung takut kerana ulat bulu ini kelihatan amat luar biasa. "Ia lebih besar berbanding ulat bulu biasa, namun bulunya amat tebal menjadikannya kelihatan bersaiz amat besar," katanya.Surono berkata, ulat bulu itu pada mulanya hanya menyerang ladang berdekatan, namun sejak beberapa hari lalu ia memusnahkan pokok dan menyerang rumah penduduk kampung. 

Pegawai kawalan serangga perosak, berkata beliau mencadangkan racun digunakan untuk membunuh ulat bulu terbabit, namun penduduk kampung menolak kerana bimbang merosakkan tanaman mereka. "Ulat bulu ini juga tidak mati dengan mudah selepas disembur," katanya. Surono berkata, penduduk kampung sebaliknya membunuh ulat bulu itumenggunakan tangan, menggegarkan dahan pokok yang terjejas dan membakarnya. "Ia hampir terkawal sekarang," katanya. 

Laman web rasmi pentadbiran daerah berkata wabak sama sebelum ini menyerang sebuah perkampungan di Ngeposari, tenggara Yogyakarta. Seorang pegawai dari Agensi Perhutanan dan Pertanian Wilayah, Sugeng Widodo, berkata beliau mengumpul spesimen untuk menjalankan penyelidikan makmal namun masih belum mendapatkan sebarang maklumat berhubung makhluk luar biasa itu. Sejak Mac lalu, berjuta ulat berbulu tebal menyerang lima daerah kecil di Probolinggo di pantai utara Jawa Timur, menyerang tanaman dan rumah. 

Selain merosakkan rumah, ulat bulu terbabit turut memusnahkan lebih 8,800 pokok mangga, yang juga produk pertanian utama daerah itu.

" kenapa gambar tu kecik je ye? konpius betul aku, ingatkan ulat bulu tuh besar hehe "

Anwar tersungkur kerana skandal seks

Seorang penulis Barat, Christopher Badeaux percaya Datuk Seri
Anwar Ibrahim dan Dominique Strauss-Kahn akan berkongsi nasib
yang sama iaitu tersungkur sebelum cita-cita politik mereka
tercapai kerana terpalit dengan skandal seks.


Beliau yang juga penulis beraliran kanan mendakwa kedua-dua
pemimpin itu turut mempunyai persamaan lain iaitu enggan mengakui
bukti hasil ujian asid deoksiribonukleik (DNA) dalam skandal
masing-masing.


Menurut beliau, walaupun ujian DNA mengesahkan bahawa air mani
dalam dubur Mohd. Saiful Bukhari Azlan adalah milik Anwar, tetapi
ketua pembangkang itu tetap menafikan perkara tersebut malah
menuduh ia konspirasi kerajaan Barisan Nasional (BN).


Drama yang sama jelas Badeaux, turut dilakukan oleh Strauss-Kahn
apabila menafikan terdapatnya bukti DNA pada baju pekerja hotel
di Manhattan, Amerika Syarikat yang dilaporkan cuba dirogol oleh
bekas Pengarah Urusan Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) iatu
pada 14 Mei lalu.


"Dalam kes Anwar, DNA beliau disahkan sepadan (dengan air mani
dalam dubur mangsa) pada April dan ia menjadi sebab utama untuk
mahkamah (Mahkamah Tinggi) memutuskan bahawa kes itu perlu
dibicarakan pada peringkat seterusnya (bela diri).


"Tapi Anwar mendakwa semua ini adalah konspirasi kerajaan dengan
menuduh DNA beliau diambil secara tidak sah, DNA tersebut palsu,
tidak sepadan atau apa sahaja cerita yang diperlukan pada hari
itu kelak (perbicaraan).


"Hal yang sama turut dilakukan Strauss Kahn. Dia menggunakan plot
cerita yang sama seperti didendang Anwar. Kedua-dua mereka yang
didakwa kerana skandal seks menolak hasil DNA," katanya seperti
dipetik daripada portal berita, http://newledger.com.


Mengulas lanjut Badeaux berkata, Strauss-Kahn sengaja mengitar
semula drama yang dilakonkan oleh Anwar demi kepentingan peribadi
kerana kedua-dua mereka mempunyai matlamat politik yang sama.


Bagaimanapun, beliau yakin dengan segala bukti termasuk penemuan
DNA, kedua-dua pemimpin itu kini berada di hujung karier
masing-masing yang dibina sejak berdekad lalu.

rm8 bilion & SPM A+

Kerajaan terpaksa mencari lebihan RM8 bilion lagi kerana jumlah
subsidi bertambah daripada RM11 bilion kepada RM20 bilion.





Begitupun Najib mengulangi pendirian kerajaan bahawa semua
pelajar cemerlang Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang mendapat 8A
+ akan ditawarkan biasiswa untuk melanjutkan pelajaran di
peringkat Ijazah Sarjana Muda...

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=0528&pub=Utusan_Malaysia&sec=Muka_Hadapan&pg=mh_03.htm

Final Liga Juara-Juara: Perlawanan paling hebat

Pengurus Manchester United, Sir Alex Ferguson menjangkakan
perlawanan akhir Liga Juara-Juara Eropah akan menjadi perlawanan
akhir terbaik sepanjang tempoh 10 tahun.


Sekarang Barcelona dilihat sebagai sebuah pasukan yang hebat dan
Ferguson berpesan kepada pemainnya supaya membuat persediaan rapi
kerana mereka akan bertemu dengan sebuah pasukan yang berbeza
berbanding dua tahun lalu.

Macam mana lak pendapat korang? Siapa akan menang?

Wang kertas baru RM1, RM5, RM10 dan RM100

Terbaca pengumuman Bank Negara Malaysia (BNM) yang akan mengeluarkan reka bentuk wang kertas dan syiling yang baru secara berkala mengingatkan aku pada lagu Kembara berjudul Duit Duit. BNM akan mengeluarkan reka bentuk baru untuk wang kertas denominasi RM1, RM5, RM10 dan RM100 serta mengeluarkan kembali wang kertas RM20. BNM juga akan mengeluarkan reka bentuk baru siling untuk denominasi 5sen, 10sen, 20sen dan 50 sen.

duitrm20 Wang Kertas RM20 baru
( Wang kertas lama )

Reka bentuk wang kertas siri keempat ini mengandungi ciri keselamatan lebih canggih, sejajar dengan kemajuan teknologi wang kertas mutakhir masa kini. Bank Negara Malaysia (BNM) akan mengeluarkan wang kertas dan duit syiling siri baru yang bakal memasuki edarannya pada awal tahun depan secara berkala dalam tempoh 12 bulan. Pengenalan semula wang kertas baru RM20 bakal mengurangkan penggunaan Wang kertas RM10 dan RM50.

Nilai Ringgit juga dijangka akan meningkat berbanding USD untuk tahun-tahun ke depan. Ada baik dan buruknya apabila nilai matawang Ringgit semakin mengukuh berbanding USD. Meningkatan nilai Ringgit adalah akibat daripada menyusutan nilai Dollar yang semakin ketara dan ini sudah pasti memberi daya saing yang lebih positif kepada ekonomi negara. Kalau baca kisah gerakan FREEMASONS mereka sudah keluar dari USA dan ini bermakna ekonomi Amerika akan terus hancur dan tidak akan pulih kembali dan ini bermakna juga nilai USD akan terus merudum. Ini dunia akhir zaman.

Opss | Ending Mantera Anjasmoro Macam tak menarik je


Tertunggu jugak episod akhir Mantera Anjasmoro. Nak tahu jugak macam mana kekalahan Kak Ramona di tangan Ustaz Kalam. Tapi ending drama ini memang sangat-sangat tak best kerana syaitan yang menang. Apa motif ending sebegini rupa?
 
Mana boleh ending yang menunjukkan bahawa Ustaz Kalam pun seolah-olah tak mampu berbuat apa-apa untuk menghentikan kejahatan Kak Ramona (syaitan). Ini nampak sangat sesat lagi menyesatkan. Harap pihak TV3 lebih prihatin dengan isu sebegini. Jangan sekadar tangkap muat untuk buat ending sehingga mengelirukan orang ramai.
 
Kepada penulis skrip, pengarah dan penerbit drama Anjasmoro, saya harapkan korang lebih prihatin apabila membuat cerita yang berkaitan dengan Islam. Walau apa pun, cite ni memang best utk di layan. Tahniah!

Gambar | Siti Saleha adik Sam Bunkface drama Nora Elena


siti saleha

 
Petang semalam masa tengah lepak minum petang, tiba-tiba terbuka TV3 dan tertengok drama Nora Elena. Sekali tue terus melekat sebab ada Siti Saleha nie. Carik punya carik, rupa-rupanya Siti Saleha baru berumur 19 tahun dan merupakan adik kepada Sam Bunkface. Patutlah ada muka mix sikit.
 
Untuk pengetahuan, Siti Saleha selalu keluar iklan-iklan komersil. Sebab itulah korang rasa muka dia familiar sikit. Dan kalau tak silap drama Nora Elena ini merupakan drama pertama Siti Saleha memegang watak utama. Kalau salah tolong betulkan ye.
 
Cantik tak cik Siti Saleha ni?

Kena buat apa bila dapat baby?

Kaedah ini bertujuan memberitahu kepada suami akan beratnya kesakitan yang
dihadapi oleh isteri ketika hendak melahirkan anak dan menuntut suami
supaya sentiasa berada disamping isterinya agar beban kesakitan dapat
dikurangkan.

Kaedah ini juga bagi membimbing suami supaya dapat menyambut kelahiran anak
mengikut cara yang digarispandukan oleh Islam.

Aktiviti :

1. Suami Berada Di Samping Isteri Ketika Saat-Saat Isteri Hendak Bersalin.

Alangkah gelisah dan kritikalnya saat-saat akan melahirkan anak lebih-lebih
lagi bagi ibu yang pertama kalinya akan melahirkan anak. Suami perlu
memberikan motivasi kepada isteri agar tetap tabah dan sabar, di samping
suami harus banyak berdoa kepada Allah serta banyak beristighfar dan
berselawat disamping membanyakkan bacaan surah Al-Insyiqa' dan surah
Al-Hasyr.

Firman Allah Taal dalam surah Luqman ayat 14 :

Maksudnya : "Dan Kami wajibkan menusia berbuat baik kepada kedua ibu
bapanya; ibunya telah mengandungnya dengan menanggung kelemahan demi
kelemahan (dari awal mengandung hingga ke akhir menyusunya) dan tempoh
menceraikan susunya ialah dalam masa dua tahun (dengan yang demikian)
bersyukurlah kepadaKu dan kepada kedua ibubapamu dan (ingatlah), kepada
Akulah jua tempat kembali (untuk menerima balasan).


2. Azan Di Telinga Kanan Dan Iqamah Di Telinga Kiri.

Suami hendaklah segera mengazankan di telinga kanan anak yang baru lahir
dan diiqamahkan di telinga kiri dengan tujuan supaya dijauhi anaknya dari
gangguan syaitan dan supaya kalimah pertama yang dapat didengar oleh bayi
ialah kalimah Allah. Dalam sebuah hadis yang diriwayatkan dari Rafi' r.a.
Rasulullah s.a.w bersabda :

Maksudnya : "Aku melihat sendiri Rasulullah s.a.w. mengazankan Al-Hassan
bin Ali pada telinganya ketika itu ia baru dilahirkan oleh Fatimah r.a."

Riwayat Abu Daud dan Tirmizi


3. Membaca Surah Al-Qadar dan Surah Al-Ikhlas.

Suami hendaklah juga membanyakkan bacaan surah Al-Qadar di telinga kanan
dan surah Al-Ikhlas di telinga kiri bagi tujuan memohon kepada Allah supaya
anak yang dilahirkan terselamat dari melakukan perzinaan dan memohon juga
supaya dikuatkan iman, jauh dari menyeleweng fahaman akidahnya dari
landasan Ahlus Sunnah Wal Jamaah.


4. Membaca Surah Al-Insyirah Di Jari Manis Dan Ditahnikkan.

Suami juga hendaklah membaca surah Al-Insyirah di jari manis kemudian
mencelupkan jari manis ke dalam manisan (madu) dan ditekankan (ditahnikkan)
di langit-langit bayi tersebut dengan membaca ayat 36, surah Ali-Imran :

Maksudnya : "Maka apabila ia melahirkannya, berkatalah ia: Wahai Tuhanku!
Sesungguhnya aku telah melahirkan seorang anak perempuan (sedang yang aku
harap-harapkan ialah anak lelaki), - dan Allah memang mengetahui akan apa
yang dilahirkannya itu - dan memanglah tidak sama anak lelaki dengan anak
perempuan dan bahawasanya aku telah menamakannya Maryam, dan aku melindungi
dia dengan peliharaanMu, demikian juga zuriat keturunannya, dari godaan
syaitan yang kena rejam (yang dikutuk dan disingkirkan)".

Tahnik adalah bertujuan untuk memohon kepada Allah S.W.T. supaya anak yang
dilahirkan mempunyai lidah yang fasih dan terkawal lidahnya dari menyebut
perkara-perkara yang tidak berfaedah dan mendatangkan maksiat walaupun
perkara ini boleh dilakukan oleh orang yang soleh namun bapa kepada anak
tersebut lebih utama melakukan tahnik untuk anaknya kerana hadis riwayat
oleh Tirmizi menyebutkan salah satu doa yang paling mustajab ialah doa ibu
bapa untuk anaknya".

5. Melaksanakan Tuntutan Sempena Hari Ketujuh.

Memberikan nama yang baik.

Bapa dikehendaki menamakan anaknya dengan nama-nama yang baik pada hari
ketujuh kerana nama itu sendiri adalah merupakan doa kepada anaknya.

Rasulullah s.a.w. bersabda :

Maksudnya : "Sesungguhnya kamu akan diseru pada hari kiamat dengan
nama-nama kamu dan nama-nama bapa kamu, maka indahkanlah nama kamu".

Riwayat Abu Daud

Membaca Doa ketika memberikan nama anak.

Maksudnya : "Ya Allah wahai Tuhan kami, jadikanlah nama yang diberikan ini
memberi keberkatan kepadanya, pandukan segala usahanya ke arah keredhaanMu,
jadikan menuntut ilmu sebagai matlamatnya dan akhirkan hidupnya dengan
amal-amal soleh. Ya Allah wahai tuhan kami, lanjutkanlah usianya dalam
ketaatan kepadaMu dan kepada RasulMu dan jadikan tubuh badannya dalam
keadaan sihat walafiat. Ya Allah, jadikan ia pemimpin di waktu dewasa,
teguhkan imannya sepertimana iman para nabiMu sehingga hari kiamat. Ya
Allah kurniakan ia rezeki yang halal dan berkat, dekatkanlah ia dengan
kebaikan dan jauhkan ia daripada kejahatan dengan rahmatMu Ya Allah yang
Maha Pengasih.

Mengaqiqahkan anak.

Bapa hendaklah mengaqiqahkan anaknya kerana hukumnya adalah sunat mu'akad
iaitu dengan mengadakna kenduri kesyukuran. Menyembelih 2 ekor kambing bagi
anak lelaki dan seekor kambing bagi anak perempuan. Sebaik-baiknya
dilakukan pada hari ketujuh.

Rasulullah s.a.w. bersabda :

Maksudnya : "Setiap anak yang dilahirkan tergadai dengan aqiqahnya yang
disembelih pada hari ke tujuh kelahirannya, diberikan nama dan dicukur
rambutnya".

Riwayat abu Daud

Ketika menyembelih aqiqah disuruh juga menyebut nama anak.

Maksudnya : "Dengan nama Allah, Ya Allah untukMu dan bagiMu akikah ini dari
……(sebut nama anak)….

Gesaan Aqiqah :

Rasulullah s.a.w. bersabda :

Maksudnya : "Kerjakanlah aqiqah bagi anak lelaki yang baru lahir, kerana
itu hendaklah kamu menyembelih aqiqah dan jauhkanlah gangguan dari anak
itu".

Muttafaqun A'laih

Antara hikmah aqiqah adalah :

Membiasakan berkorban bagi orang tua demi kepentingan bayi yang baru lahir
di dunia.

Melindungi diri dari gangguan syaitan.

Bercukur rambut.

Adalah menjadi tanggungjawab bapa untuk mencukur rambut anaknya pada hari
ke tujuh (dibotakkan) sama ada dilakukan olehnya sendiri atau orang lain.

Antara hikmah bercukur rambut adalah :

Hikmah kesihatan.

Dengan membuang, mencukur rambut anak yang baru lahir akan terbuka semua
lubang rambutnya yang mungkin akan mengukuhkan pancaindera penglihatan,
pernafasan dan pendengaran.

Hikmah kemasyarakatan.

Dapat bersedekah dengan emas atau perak seberat timbangan rambutnya. Dalam
sebuah hadis yang diriwayatkan dari Anas bin Malik r.s. ia berkata :

Maksudnya : "Sesungguhnya Rasulullah s.a.w. telah menyuruh supaya mencukur
rambut cucunya Saidina Hassan dan Hussin r.a. pada hari ketujuh dan
disedekahkan berat timbangan rambutnya dengan nilai perak".

Riwayat At-Tirmizi dan Abu Daud

Khurafat yang perlu ditinggalkan.

Mencukur bahagian-bahagian tertentu daripada kepala sebagaimana yang banyak
dilakukan sekarang, kerana ini termasuk dalam perkara yang dilarang keras
oleh Rasulullah s.a.w. sebagaimana maksud hadis yang diriwayatkan oleh
Bukhari dan Muslim.

Menggunakan buah kelapa dan segala macam campuran seperti garam dan bunga
kerana amalan ini diambil dari budaya Hindu. Rasulullah bersabda :

Maksudnya : "Barangsiapa yang menyerupai (meniru apa sahaja perkara-perkara
yang bertentangan dengan syariat Islam) dengan sesuatu kaum (yang bukan
Islam) maka ia tergolong daripada mereka".

Mengkhatankan anak.

Bapa bertanggungjawab untuk mengkhatankan anak lelakinya. Dalam sebuah
hadis disebutkan :

Maksudnya : "Berkhatan itu sunat bagi lelaki, mulia bagi wanita".

Riwayat Abu Daud

Walaupun demikian, amalan masyarakat kita mengkhatankan anak pada umur
sebelas tahun atau dua belas tahun tidaklah menyalahi syarak. Adalah
menjadi suatu yang baik sekiranya anak-anak sebelum dikhatankan terlebih
dahulu diaturkan majlis khatam Al-Quran untuknya.

Antara faedah berkhatan adalah :

Melindungi daripada berbagai-bagai penyakit.

Membersihkan diri dari kekotoran.


6. Menyusukan Anak.

Demi kesihatan anak, ibu hendaklah menyusukan anak dengan susu ibu.

Firman allah Taala dalam surah Al-Bakarah ayat 233:

Maksudnya : "Dan ibu-ibu hendaklah menyusukan anak-anak mereka selama dua
tahun genap iaitu bagi orang yang hendak menyempurnakan penyusuan itu".

Imam As-Syafie berkata

"Sihat atau tidak anak itu adalah bergantung sama ada anak disusui oleh
susu ibu atau tidak walaupun sekali susuan".

Kelebihan menyusukan anak :

Setiap tegukan dari susu ibu, Allah S.W.T. memberi pahala satu kebaikan.

Bila ibunya semalaman tidak dapat tidur kerana menjaga anaknya yang sakit,
maka Allah S.W.T. memberi pahala seperti memerdekakan 70 hamba ke jalan
Allah.

Sumber: email seorang rakan di Melaka

Penting | Apa nak buat kalau kena simbah asid?


Kepada semua wanita Kuala Lumpur semuga nasihat dari Prof. Dr. Zainudin Arifin, Pakar Kimia boleh menjadi panduan :
 
Bagi mencegah kesan penghakisan teruk dan kecacatan kekal pada kulit, Zainudin daripada Jabatan Kimia, Fakulti Sains, Universiti Malaya menasihatkan kaum wanita supaya membawa sebotol air dalam beg tangan mereka dan menggunakannya untuk mencuci simbahan asid jika kejadian seumpamanya berlaku kerana air adalah bahan pelarut mudah mencairkan kimia. 
 
"Cuci bahagian badan dan bersihkan simbahan asid dengan menggunakan sebanyak air yang mungkin kerana masa amat kritikal ketika ini. Jika anda melengahkan pencucian asid itu, kesan lebih buruk dan menakutkan akan berlaku. "Dapatkan sebanyak air dan berada di dalam aliran air sekurang-kurangnya 15 minit, lebih baik jika dapat 30 minit, kemudian tukar pakaian dan hanya selepas itu anda dapatkan rawatan," katanya. 
 
Beliau berkata jika serbuk penaik, sodium bikarbonat boleh diperoleh, mangsa simbahan asid boleh mencampurkannya dengan air dan meletakkan di kawasan yang terkena simbahan asid bagi meneutralkan kesan asid berkenaan. "Dan jika dalam paling teruk di mana tiada air boleh diperoleh, lap kawasan yang terkena simbahan asid dengan sebersih-bersihnya," kata beliau. Beliau juga mencadangkan kaum wanita menggunakan alat pelindung keselamatan seperti kaca mata besar – Petikan dari Utusan Online.
 
Kalau korang ada informasi atau ternampak penyimbah asid bersiri ini sila hubungi Polis di Rakan Cop hotline 03-21159999 atau SMS POLISKL ke 32728.

Gambar | Farid Kamil dan Scha Al Yahya dalam InTrend

intrend

Wow, kelas kan gambar diorang ni.

Cara nak semak status halal

Makan HALAL dan HARAM terus mencengkam kehidupan umat Islam. Keadaan ini
berlaku kerana Umat Islam Malaysia tak mampu menyediakan kemudahan yang
cukup dan bergantung kepada Non-Muslim untuk menyediakan kemudahan seperti
makan proses, bahan makanan sehinggalah kedai makan.

Pengusaha Muslim bukan tak ada tetapi agak lambat bergerak mengikut
peredaran masa lihat sahaja kedai makan orang Melayu ada yang tak berubah
sejak berpuluh tahun sedangkan kedai makan MAMAK dah lama upgrade ala
Bistro manakala kedai kopi CINA dah naik taraf jadi KOPITIAM. Kita umat
Islam hanya pandai marah JAKIM atau marah pengusaha Kopitiam apabila dapat
tahu Kopitiam tertentu tak ada sijil HALAL JAKIM. Kan KOPITIAM tu untuk
orang Cina jadi kalau ada yang minta sijil HALAL JAKIM tu kira bonuslah
untuk orang Islam.


Kita mesti rajin memeriksa status HALAL dan HARAM dengan berbagai kemudahan
semakan ONLINE dan SMS yang ada dan jangan harap KERAJAAN nak suap depan
mata sahaja.


Semakan status HALAL SMS


Jika ragu-ragu tentang kehalalan produk sesuatu syarikat, boleh juga cuba
semak dengan telefon bimbit anda:


Taip HALAL SEMAK [No. ROC] & SMS ke 15888.


Maklumat lanjut, http://www.mysms.gov.my.


Semak status halal online:


http://203.217.178.220/ehalal/index.php?ty=directory&type=A&hits=NEW



Kenapa ramai blogger tak suka twitter? terkejut saya membaca satu entri kat satu blog, tak suka twitter katanya padahal beliau seorang blogger dan memberi bengkel2 kepada dah ramai peserta le kot kan.
 
Saya yang tak penah-penah beri ceramah ni pun suka twitter ni sbb banyak faedahnya, memang tidak di nafikan le kan. Terimalah hakikat bahawa twitter juga penting sama seperti fb tapi kena tahu cara gunanya le ye?
 
Saya rasa ramai yang nak tahu camne nak link blogspot ke twitter dan ke fb ni kan? Sila tinggal komen skit kalau betul2 nak tahu, senang je. Nak cari sendiri pun boleh tapi ambil masa skit le, kalau nak saya bagitahu ambil masa skit jer.
 
Saya tunggu komen ni...

Toyota Corolla Altis 1.8G | Servis 1000km rm115.90

Saja je nak nak infokan kat blog ni tentang Toyota Corolla Altis 1.8G
( nama penuh utk tarik trafik dan main SEO skit ) supaya siapa-siapa yang
nak cari info tentang Toyota Corolla Altis 1.8G boleh le cari kat sini
sebelum buat belian kan.

Minggu lepas kau pegi servis Toyota Corolla Altis 1.8G kat Toyotsu seksyen
15 shah alam. Servis 1000km ni kena bayar rm115.90, ok le kan bagi Toyota
check keadaan kereta ni dulu, rasa le selamat sikit nak bawak.

Lama jugak servis ni, lebih 2 jam tuh mula dari aku daftar kat kaunter dan
pegi check kereta dgn org jaga kaunter daftar tu.

Takde apa-apa yg pelik, rosak atau pun defect mana2 kan. Toyota berjaya
beri aku kereta yg berada dalam keadaan baik dan aku juga berjaya jaga
kereta ni selama sebulan ni tanpa calar lagih hehe.

Nanti aku update lagi berkenaan kereta Toyota Corolla Altis 1.8G ni dari
semasa ke semasa. Selalu le check kat blog ni.

Hanis Zalikha dan naib juara pertandingan Dewi Remaja 2010 di majalah remaja

Siapa Hanis Zalikha? Takkan tak kenal kot yang namanya dicari lebih banyak dari siti nurhaliza dari Google pada hujung tahun 2010. Setahu saya le sebab masa berblog hari tuh, ada kameramn ambil gambar dia dan videa. url Blognya terpampang kat tv, promosi percuma le tu kan, lepas tuh terus di cari oleh blogger.
 
Siapa Izara? saya tak tahu ejaan nama sebenarnya sama ada Izara ataupun Ixara. Tetapi Izara ialah naib juara pertandingan Dewi Remaja 2010. Dulu Memang cantik orangnya kalau tak macam mana boleh dapat naib juara kan?
 
Apa tunggu lagi? Dapatkan majalah Remaja bulan ini untuk mengetahui rahsia 2 gadis yang masih single mingle ini. Mana tahu ada tips-tips untuk korang mengorat dia. Tak gitu?


Toyota Corolla Altis 1.8G | About Tribe Toyota


Tribe Toyota is the official Toyota community catered to Toyota owners across Malaysia. It began out of the legacy of the Funser club, a lifestyle club catered to Unser owners that has since expanded to accommodate all Toyota vehicle owners. Our goal is to build a close-knit community where Toyota owners can make friends and share in fun lifestyle activities with other like-minded Toyota owners.
 
Why "Tribe"?
A tribe is defined as a kinship-based group. The word "tribe" carries a strong message of unity and integration. Our new logo reflects this belief through the connection between the "r" and the "i", which depicts the partnership between Toyota and our customers.
 
Moving Forward as One Community
As technology brings us closer, we want the new Tribe Toyota to be a place where Toyota owners and Toyota can better support each other. A platform geared towards open dialogue and better understanding. A place where relationships are built.

By merging Tribe Toyota with Toyota Owner's Journal (TOJ), Toyota owners can now manage vehicle records and share ownership experiences on a single portal. If you're a current Tribe Toyota/TOJ member, you may access the new site with your existing username and password.
 
Join in on the Action!
If you're a Toyota owner, we welcome you to join the Tribe family. Membership is open to all private individual Toyota owners.
Cam tu le mengenai About Tribe Toyota.
 

Pantang Saya Berundur - Mat Sabu

 
Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Mohamad Sabu tetap tidak berganjak dengan keputusan untuk terus bertanding bagi jawatan Timbalan Presiden PAS nanti.
Beliau mengulas mengenai ura-ura penarikan dirinya bagi memberikan laluan kepada Naib Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man yang turut bertanding bagi jawatan kedua terpenting dalam parti.
Sebelum itu, seorang lagi Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub mengesahkan menarik diri dari merebut jawatan sebagai Timbalan Presiden PAS.
 
Sehingga ke hari ini, tinggal lagi calon yang bertanding termasuklah penyandang Timbalan Presiden PAS, Nasharuddin Mat Isa, Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak, Exco Kelantan, Datuk Husam Musa dan Tuan Ibrahim Tuan Man.
 
Bercakap kepada pemberita, beliau melahirkan keyakinan untuk menduduki kerusi tersebut berdasarkan kepada jumlah pencalonan yang tertinggi setakat ini.
 Walaubagaimanapun, beliau tidak meletakkan jumlah pencalonan tersebut sebagai kayu pengukur sebaliknya beliau menyerahkan mandat kepada perwakilan kerana mereka yang mengundi pada pemilihan itu.

PENJELASAN ROS - STATUS BATAL DAFTAR PKR!!

Pendaftar Pertubuhan (ROS) meminta Parti Keadilan Rakyat (PKR) menjawab notis pembatalan pendaftaran yang dikeluarkannya terhadap parti itu dalam tempoh yang ditetapkan dan bukan menggunakan saluran media untuk memberi jawapan.

Ketua Pengarah ROS, Datuk Abdul Rahman Othman, berkata notis itu adalah mengikut Seksyen Kecil (2), Seksyen 13, Akta Pertubuhan 1966, di mana PKR diberi tempoh sehingga 9 Jun depan untuk memberi sebab memuaskan mengapa pendaftaran parti itu tidak patut dibatalkan.
Katanya, pihak yang diberi notis tersebut hanya perlu untuk menjawab balik notis itu berserta alasan kukuh dalam tempoh masa yang diberikan.
"Apabila ROS keluarkan notis, mengikut Akta Pertubuhan 1966, pihak yang ditujukan perkara tersebut diminta menjawab dalam masa yang diberikan, menggunakan saluran yang sama, bukan menggunakan saluran media kerana ia dianggap kurang manis," katanya.

Beliau mengulas kenyataan Setiausaha Agung PKR, Saifuddin Nasution Ismail, yang mempertikaikan tindakan ROS menghantar notis tersebut kepada sekretariat parti pada 9 Mei lalu dan menganggapnya sebagai tidak berasas.

Pada persidangan akhbar di ibu pejabat parti itu di Petaling Jaya hari ini, Saifuddin mendakwa notis untuk membatalkan PKR atas alasan parti tersebut melanggar Fasal 32.2.1 Undang-Undang Berdaftar Parti kerana memecat A Rajagopal tanpa dibicarakan oleh Lembaga Displin parti terlebih dahulu adalah mengelirukan kerana fasal tersebut tidak wujud dalam perlembagaan PKR.

Selain itu, katanya, rekod parti menunjukkan bahawa nama individu yang dinyatakan itu sebenarnya adalah A Jayagopal yang dipecat pada 26 April 2009 kerana bertanding sebagai calon bebas dalam pilihan raya kecil (PRK) Bukit Selambau.
Anggota Majlis Perwakilan Parti yang juga Ahli Parlimen Subang, Sivarasa Rasiah, berkata sekretariat parti akan menghantar surat jawapan kepada ROS hari ini.

"Saifuddin akan menghantar surat jawapan kepada ROS untuk menjelaskan semua perkara, dan kita juga akan merujuk kepada penasihat parti, untuk menimbang semua langkah susulan baik di dalam dan luar mahkamah untuk melindungi keperluan parti," katanya pada sidang akhbar yang sama.


Kejadian tanah runtuh | Anak-anak Yatim dan Anak-anak Hidayah Madrasah Al-Taqwa

 
Setakat ini pihak Sukarelawan dan Operasi Bertindak sedang berusaha untuk mengeluarkan baki mangsa dari kalangan Anak-Anak Yatim yang masih tertimbus.
Kelihatan beberapa Pemimpin Politik turut hadir melihat lokasi kejadian dan membantu pihak yang terlibat.
Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yasin dijangka akan turut hadir untuk melihat kawasan kejadian.
Sementara itu, beberapa tokoh politik telah mengucapkan takziah kepada Anak-anak Yatim dan Anak-anak Hidayah Madrasah Al-Taqwa termasuklah dari pihak Presiden PAS, Dato' Seri Abdul Hadi Awang.
Al Fatihah buat seluruh mangsa dan juga Takziah kepada keluarga mangsa yang terlibat....Apa pun esok kita perlu bangunkan semula rumah buat anak anak Yatim ini.
 
"Saya dengar bunyi dentuman kuat, tiba-tiba tanah kejar saya," kata Ketua Warden Rumah Anak Yatim Al-Takwa, FELCRA Semungkis, Mohamad Hambali Ismail, 34, ketika ditemuramah wartawan Berita Harian Online, sebentar tadi.

Katanya, ketika kejadian 2.15 petang itu, seramai 23 penghuni sedang membuat persiapan untuk menyambut ketibaan rombongan FINAS yang dijadualkan makan tengah dan beramah mesra dengan anak yatim.

"Ketika sedang sibuk membuat persiapan, saya terdengar dentuman kuat. Saya tidak dapat berbuat apa-apa dan terpaksa lari menyelamatkan diri," katanya.

Beliau berkata, sementara menunggu rombongan FINAS, anak yatim terbabit sebahagiannya berlatih kompang dan nasyid.

Ketika kejadian, 23 orang berada di bawah khemah untuk majlis makan tengah hari itu.

Rumah anak yatim berkenaan mempunyai 34 penghuni, semuanya lelaki.

Setakat ini, lima penghuni maut dan lapan pula cedera parah. Manakala 11 orang lagi belum di temui.

Sementara itu, seorang penghuni rumah anak yatim berkenaan, Mohd Faizal Isni, 17, berkata, ketika kejadian dia ke tandas dan tiba-tiba kejadian berkenaan berlaku.

"Saya nampak kawan-kawan yang berada bawah khemah sudah tertimbus, cuma nampak tangan dan kepala mereka. Semuanya terkambus.

"Masa yang sama, ketika saya menoleh ke belakang ternampak tanah runtuh seperti mengejar saya," katanya. -BH

Sehingga waktu ini Gomo di fahamkan segala bantuan misi menyelamat terus di jalankan. Semoga 11 orang yang belum di temui selamat hendakNya. Amin
 
 
Satu lagi mayat kanak-kanak penghuni Rumah Anak-anak Yatim dan Anak-anak Hidayah Madrasah Al-Taqwa di Jalan Sungai Semungkis, Kampung Gahal dikeluarkan dari tapak kejadian tanah runtuh kira-kira jam 6.15 petang tadi.


Walaupun dalam hujan lebat, kerja menyelamat oleh pihak berkuasa masih diteruskan bagi mengeluarkan 15 mangsa yang tertimbus termasuk empat kakitangan pengurusan rumah berkenaan.


Setakat ini, seramai 9 orang telah berjaya dikeluarkan dengan tiga kanak-kanak terkorban dan enam cedera.


Kesemua mangsa dihantar ke hospital untuk rawatan dan bedah siasat.


sementara itu pasukan DBKL telah menghantar 2 pasukan penyelamat ke tempat kejadian namun setakat ini juga kerajaan negeri di bawah PR masih belum bertindak dalam membantu mangsa yang terperangkap.

Apa sebenarnya Lynas Gebeng Kuantan ni?

Apa sebenarnya Lynas ni?

Terserah kepada pembaca untuk menilai semua fakta-fakta ini.


  1. Kilang Lynas sudah pun 95% dibina di Gebeng Kuantan. Keluasan menyamai 140 buah padang bola atau 100 hektar tanah. Kedudukan Kilang Lynas diapit oleh Polyplastic dan Projek Fasa 1 Kluster Industri Minyak Kelapa Sawit yang juga berhadapan dengan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) dan bersebelahan dengan BASF Petronas Chemicals. Juga tercatat papan tanda LAMPSON atau Lynas Advanced Material Plant (LAMP) antara Lynas Malaysia Sdn Bhd dan UGL Resources. UGL Resources adalah syarikat utama yang berpengkalan di Australia dalam bidang Pengurusan Aset dan Projek dengan jumlah kakitangan sekitar 42,000 orang. Mereka telah dianugerahkan Kontrak Pengurusan Projek Pembinaan Lynas di Gebeng pada 22/2/2010 dengan nilai kos pengurusan projek di sekitar RM96.8 juta. UGL Resources bertanggunjawab di dalam urusan rekabentuk kejuruteraan kilang Lynas. Kos infrastruktur Lynas di Gebeng dianggarkan sekitar RM700 juta.
  2. 100% milik Lynas Australia.
  3. Dijadual untuk disiapkan Suku-3 2011 (September). Tarikh asal dikatakan pada Suku-1 2011 (March).
  4. Lesen untuk dibina diberi pada tahun 2008.
  5. Peluang Pekerjaan hanya untuk 350 orang sahaja.
  6. Akan menghasilkan 22 ribu tan 'rare earth oxide ' setahun
  7. Nilai eksport dianggarkan pada nilai RM8 Billion setahun.
  8. Bebas Cukai selama 12 tahun.
  9. hina merupakan pembekal 'rare earth' atau nadir bumi terbesar di dunia sebanyak 95%. Dijangka berlaku penurunan export nadir bumi atau 'rare earth' China dari 72% kepada 37% pada tahun 2011.
  10. Harga satu tan pada RM364, 800.
  11. Pembeli terbesar adalah dari Jepun, Amerika dan Eropah untuk keperluan industri berteknologi tinggi (Magnet Prestasi Tinggi) seperti Kabel Fiber Optic, Monitor LCD, Komputer, Lensa Kamera, Mentol Lampu, Smartphone, Alatan Ketenteraan dan Kereta Hybrid.
  12. Lynas dijangka akan menjadi pengeluar 1/3 daripada keperluan 'rare earth' atau nadir bumi dunia selepas 2 tahun beroperasi.
  13. Proses menghasilkan 'rare earth' atau nadir bumi secara umumnya:
    • Ore dilombong di Mount Weld Australia.
    • Ore tersebut kemudiannya akan dikeringkan dan proses pengasingan akan dilakukan. Di sini 'rare earth concentrate' akan dihasilkan.
    • Di Gebeng Kuantan, proses seterusnya ialah menghasilkan 'rare earth compounds' dimana rawatan dengan menggunakan bahan kimia akan dilakukan untuk proses pengasingan seterusnya.
    • 'rare earth compounds' tersebut akan seterusnya diproses dengan menggunakan kuantiti bahan kimia yang berbeza bergantung kepada jenis 'rare earth' atau nadir bumi itu, sama ada ia ringan atau berat untuk menghasilkan ' rare earth oxides' di mana ia kemudiannya dihantar atau dieksport semula ke kilang pengeluar produk.
    • Di kilang pengeluar produk berteknologi tinggi, 'rare earth oxides' ini akan diproses sekali lagi juga menggunakan teknik 'solvent extraction' untuk menghasilkan 'rare earth metal' yang akan digunakan secara langsung atau dicampurkan dengan bahan lain untuk menghasilkan produk berteknologi tinggi itu.
  14. 'Rare earth ore'yang dilombong di Mount Weld mengandungi beberapa mineral utama dan diantaranya ialah monazite. Monazite adalah bahan radioaktif. Di dalam bahan mineral monazite ini terdapat thorium, cerium dan lanthanum. Monazite kaya dengan Thorium dan Thorium ini juga adalah bahan radioaktif yang tinggi dan boleh digunakan untuk menggantikan uranium dalam menghasilkan tenaga nuklear.
  15. 'Rare earth concentrate' yang diimport dari Australia untuk diproses di Gebeng Kuantan ketika itu dianggarkan mengandungi 0.0029% Uranium dan 0.16% Thorium for every metrik tan.
  16. 'Rare earth concentrate' yang diimport akan diproses untuk dijadikan 'rare earth oxide' di Gebeng Kuantan. Daripada komen yang disampaikan oleh CEO Lynas sendiri, kandungan Thorium adalah pada nisbah 55:10,000 metrik tan dan dari 22 ribu tan setahun 'rare earth oxide' yang dihasilkan dari kilang Lynas atau LAMP di Gebeng Kuantan itu, sisa buangan Thorium yang dianggarkan akan dihasilkan dalam tempoh setahun adalah sebanyak 121 metrik tan bersamaan dengan 121 buah lori 1 tan atau 24 buah lori 5 tan SETAHUN!.
  17. Maklumat berkenaan Thorium dan kesannya kepada manusia persekitaran seperti yang dilaporkan oleh Agensi Perlindungan Persekitaran Amerika Syarikat (EPA) adalah seperti berikut:

  • Thorium-232 mempunyai jangka hayat 14 billion (14x109) tahun.
  • Thorium-230 dan Thorium-228 mempunyai jangka hayat 75,4000 tahun.
  • Pencemaran Thorium boleh merebak dengan lebih meluas melalui air dan udara.
  • Mereka yang tinggal berdekatan tempat yang menghasilkan sesuatu bersama Thorium berkemungkinan terdedah kepada bahaya Thorium.
  • Manusia boleh dijangkiti atau terdedah dengan Thorium melalui sedutan udara, makanan dan air.
  • Thorium yang dihidu atau disedut melalui udara akan kekal untuk jangka masa yang lama pada salur pernafasan. Thorium yang masuk ke salur darah akan juga tinggal di tulang pada jangka masa yang lama.
  • Risiko Kanser di tekak, tulang dan pankreas kesan dari hiduan sisa Thorium.
  1. Kes 1: Syarikat Mitsubishi Chemical yang terlibat dalam industri pemprosesan 'rare earth' di Bukit Merah dikaitan dengan 8 kes Leukimia dan 7 kes kematian. Telah ditutup pada tahun 1992 dan kerja-kerja pembersihan sisa masih berjalan sehingga ke hari ini (Hampir 20 Tahun) dan telah menelan belanja lebih RM300 juta.
  2. Kes 2: Kebocoran radiasi di Fukushima selepas bencana Gempa Bumi dan Tsunami mendesak kerajaan negeri Jepun yang dikatakan cukup maju dalam pengurusan bencana untuk melebarkan kawasan evakuasi dari 16KM kepada hampir 40KM termasuk mengisytiharkan tahap 7 kebocoran radiasi, sama seperti yang dialami di Chernobyl Ukraine pada tahun 1986 yang telah meragut hampir 200,000 ribu kematian akibat kanser seperti yang dilaporkan oleh Greenpeace ketika itu.
  3. Kes 3: Kesan toxic dan radioaktif dari industri 'rare-earth' di Baotou Mongolia. Setiap proses 'rare-earth' bermula dari perlombongan 'ore' ke 'rare earth oxide' atau 'rare-earth metals' banyak menggunakan bahan asid dan kimia. Malah ketika perlombongan 'ore', bahan asid akan dimasukkan ke lubang yang digali. Sisa buangan radioaktif khususnya Thorium juga dihasilkan ketika melalui semua proses itu. Kebocoran bahan asid, kimia dan sisa radioaktif ini yang banyak berlaku di Baotou terbukti telah menyebabkan kemusnahan kepada hasil pertanian dan kesihatan seperti kerosakan hasil tanaman, gigi tercabut dan rabut putih atau beruban diawal usia muda sekitar 20-an. Malah kematian disebabkan kanser juga direkodkan walaupun lokasi penempatan penduduk berada 10KM dari kawasan penyimpanan sisa buangan radioaktif itu.
  4. Kes 4: Kajian yang dilakukan oleh Kolej Perubatan Jiangxi di China dari sample darah dan ujian IQ pada kanak-kanak mengemukakan kesimpulan bahawa kanak-kanak di sekitar umur 7-10 tahun yang tinggal berdekatan dengan kawasan 'rare-earth ore' berkemungkinan mempunyai IQ atau kecerdasan akal yang lebih rendah berbanding mereka yang tinggal jauh atau yang tinggal di kawasan yang terkawal.
  5. Kesannya kepada sumber ekonomi negara khususnya kegiatan ekonomi rakyat di sekitar Kuantan dan Kemaman:
    • Sektor Perlancongan khususnya di Cherating Pahang (dalam Jarak 18-20 KM dari lokasi Kilang Lynas).
    • Sektor Perikanan di Kuantan adalah antara yang terbesar. Terdapat 390 nelayan laut dalam yang berdaftar.
    • Sektor Industri Kecil dan Sederhana (IKS) khususnya makanan laut (Keropok Lekor, keropok, ikan bakar dan sebagainya).
    • Nilai hartanah akan merudum kerana tiada siapa yang mahu membeli tanah atau kediaman di sekitar Kuantan dan di Kemaman.
    • Ancaman kepada syarikat berdekatan khususnya Petro-Kimia seperti Kaneka, MTBE, Petronas BASF dan BP Chemicals. Kerugian yang besar jika operasi mereka terganggu dengan insiden kebocoran sisa radioaktif yang boleh menjejaskan kesihatan pekerja mereka.
    • Pelabur baru dari luar negeri dan dari luar negara tidak akan berminat untuk melabur kerana ancaman sisa radioaktif daripada Lynas. Risiko terlalu tinggi.
23.  Pertikaian rakyat khususnya rakyat setempat adalah berkenaan:
    • 'Public Consultation' atau Konsultansi dari pihak awam tidak pernah berlaku malah sebelum lesen untuk dibina dikeluarkan pada tahun 2008.
    • Laporan penuh Jabatan Alam Sekitar tidak dikongsi kepada rakyat, hanya Ringkasan Eksekutif yang dipaparkan di halaman web.
    • Lokasi yang terlalu dekat dengan kawasan kediaman. Jarak 2 KM dari Balok dengan kepadatan penduduk seramai 16700 orang. Jika diambil kira keluasan evakuasi di Fukushima dalam jarak 40KM dari Gebeng Kuantan, kebocoran sisa radioaktif akan melibatkan keseluruhan penduduk di Kuantan, Gambang, Cherating malah Kemaman di Terengganu sekalipun. Jumlah penduduk yang mungkin terlibat boleh mencecah hampir 800 hingga 900 ribu secara keseluruhannya dengan Kuantan sahaja di sekitar 600 hingga 650 ribu orang. Syarat yang ditetapkan oleh Kerajaan Australia adalah minima 35KM dari kawasan penempatan penduduk.
    • Cadangan untuk membawa masuk 'rare earth concentrate' dari Mount Weld Australia ke Malaysia sebagai bahan bukan radioaktif dari pelabuhan Kuantan.
    • Menteri Western Australia, Hon Norman Moore memaklumkan sisa buangan radioaktif itu adalah milik Malaysia dan tidak akan diterima balik oleh Australia.
    • Sisa buangan radioaktif dari 'rare earth' boleh dibuang sama seperti sampah domestik.
    • Percanggahan kenyataan bahawa Mount Weld 'ore' yang dilombong di Austalia adalah jenis lanthanide dan bukan monazite.
    • Panel bebas yang dilantik oleh Kerajaan Malaysia iaitu IAEA atau Agensi Tenaga Atom Antarabangsa tidak bebas dan berat sebelah kerana mereka bukan 'regulator' atau pembuat undang-undang yang tiada berkepentingan dalam sumber tenaga itu tetapi mereka adalah 'promoter' atau pihak yang menyokong penggunaan sumber tenaga itu.
    • Panel bebas harus diwakili dan dilantik oleh rakyat yang berkepentingan dalam isu ini.
    • Kelulusan untuk beroperasi tidak boleh diberi selagi mereka tidak memenuhi piawaian yang dicadangkan oleh Molycorp Minerals (California).
    • Piawaian negeri China yang berkait dengan Perancangan Pengurusan Pemprosesan dan Sisa Buangan tidak seharusnya digunakan. Sebagai contoh Menggunakan piawaian China GB9133-S3 dimana sisa buangan dengan aktiviti khusus yang kurang daripada 74Bq/g diklasifikasikan sebagai bukan sisa radioaktif dan boleh disimpan di kemudahan simpanan sisa biasa.
    • 'Proof of Concept (POC)' atau Bukti Konsep seharusnya dibuat oleh Panel Pakar yang bebas dan ujian konsep ini seharusnya dilakukan di Mount Weld Australia sendiri.
    • Cadangan membawa 'rare earth' bukan sahaja dari Australia tapi juga dari Malawi. Berkemungkinan 'rare earth' dari negara lain akan dibawa ke Gebeng Kuantan. Gebeng Kuantan berkemungkinan akan menjadi pusat serantau Asia malah dunia dalam penyimpanan sisa radioaktif dari perlombongan 'rare earth'.
    • Denda RM50 juta seperti yang termaktub di bawah Akta Perlesenan Tenaga Atom Perenggan 59 (1) untuk setiap bencana kepada Lynas dilihat cukup ringan berbanding hasil RM8 Billion setahun LAMP. Hanya satu bencana yang melibatkan sisa radioaktif memadai untuk menjadi ancaman yang serius dan kekal lama kepada semua.
    Tepuk dada tangan selera, jangan terima info ni bulat-bulatm selidik le dulu yer.

Artis | Sham Kamikaze bercerita mengenai hidayah

Tiada kata yang dapat diucapkan apabila melihat video Sham Kamikaze bercerita mengenai hidayah yang diperolehinya untuk berubah ke arah kebaikan.
 
Tahniah saya ucapkan. Semoga Sham Kamikaze terus berjuang di jalan ini dan sentiasa mendapat rahmat dariNya. Tahniah Sham.
Semoga artis lain pun ( termasuk saya ) berubah ke arah kebaikkan, amin )

Kantoi - Shahir dan Rozita Che Wan keluar bersama-sama

Akhirnya terkantoi sudah yang Shahir dan Rozita Che Wan keluar bersama-sama. Kali ini ada manusia yang hebat berjaya menangkap gambar mereka berdua di LCCT. Untuk pengetahuan anda, Rozita sememangnya mengakui yang dia sedang bercinta dengan Shahir tetapi Shahir sekeras-kerasnya menafikan dakwaan tersebut. Malu-malu lembu ke Shahir?

Kalau Abang Nara dapat awek macam Rozita Che Wan, bukan setakat malu malu lembu, esok terus ajak kahwin. Hehehehe. Tapi tak apalah, mungkin Shahir tak mahu popularitinya jatuh merudum. Mana tahu ramai peminat yang tak suka hubungan Shahir dengan RCW. Tak gitu?